Cinta dan sayang membawa pengertian yang sama tak? Apa ada dalam cinta dan apa ada dalam sayang? Ambil kisah dan perasaan cemburu tanda cinta dan sayang juga ke?
............. sekian renungan ilmiah dari CikSom dipagi Isnin 5 Muharam 1434 .................
Resolusi tahun baru ialah to 'upgrade' resolusi yang pernah dibuat :
1. menyegerakan serta memperbaiki solat dan yang berkaitan dengannya
2. menjadi muslimah yang memberi munafaat
3. berprasangka baik
4. lebihkan berdoa & tawakal
5. rajin
Insyaallah dipermudahkan ...
Selalunya lepas solat subuh I akan bercerai bantal maknanya takdelah nak golek2 dan gentel2 bucu bantal lagi. Kalau dah bangun terus bangun. Tu kalau kat rumah sendiri tapi bila tidur kat rumah kazen diJasaint County (adik bijak tambah 'county'), mata nih asyiklah terasa pedih2 aje terus bum! (nihlah yang terjadi pagi nih, hehe.. Sambung zzzz till 9am, waah bliss).
I dah self-study kenapa kat sana I boleh tidur balik dan bila tersedar tau2 hidung nih dah berbau mee gorenglah, jemput2 pithanglah. Baik punya pe'el tetamu perasan diva nih, kan?
Bila menumpang kat rumah orang w'pun dah kenal berdekad2 lamanya, terasa masih malu dan tak reti nak menyusur dapur orang buat air atau cari makanan sendiri berbanding duduk rumah sendiri, by 7 or 7.30am I dah siap berbreakfast, sambil makan tengok tv atau baca sokabar, alhamdulillah.
Having said that, tidaklah pulak I acted like a mem. Tidaklah kedekut tenaga tulang empat kerat nih taww..
2 minggu lepas merupakan kali terakhir kita menumpang teduh dirumah kazen sebab RD dah boleh didiami, syukur alhamdulillah. Kami terhutang budi yang tak terhingga pada kazen suami isteri dan ahli keluarga yang lain. Allah saja yang dapat membalas budi baik mereka esp sejak RD mula dibina hinggalah ia siap boleh diduduki dengan selesa.
11pm: perasaan macam pengantin baru aje bila kereta menyusur kearah RD, auww..
Auww, auww jugak tapi terasa gerun jugalah. Keadaan sekeliling literally gelap gelita sekiranya takde cahaya lampu kereta dan cahaya dari lampu porch. Masa nilah my imagination runs a tad wild, errk..
Masuk aje dalam rumah, tak menyempat2 tekan semua switch yang ada. Voila! terang benderang terus hilang rasa takut tadi. Seronoknya bukan kepalang seakan2 rasa mula berkahwin dulu semasa berpindah kerumah sendiri w'pun rumah sewa aje masa tu, hehe..
Malam tu juga kita berkemas serba sikit barang2 keperluan yang kita bawak kesana... tapi yang paling best bila pasang cadar baru pada tilam dan sampul bantal baru, ehem... You ada? hehe..
Nice or not the cadar? 50% diskaun dari Parkson, hehe.. |
11 malam tiba RD sebab sebelumnya kita JJCBarang diJaSaint County dulu. Kita nak keCourts beli barang letrik tapi ntah siapa suruh dia tutup kedai maka rezeki beralih kekedai Litson ET. Dah kita dilayan dengan baik sekali maka membelinya pun seolah2 tiada esok bagiku, hehe..
All in all ada 8 jenis barangan yang sempat kita hangkut (delivered the next day). Bila membeli secara tunai, harga asal barangan dikurangkan dengan muai sekali which is alhamdulillah sangat2.
Macamana sekiranya takde duit tunai dalam tangan? Kalau takde tunai, jangan beli dulu. Kumpul duit tu sampai cukup. Kalau nak berhutang sekali pun, pastikan mampu membayarnya setiap bulan tanpa culas. Inilah yang kita amalkan dan diharap amalan nih diguna pakai oleh D&T nanti, insyaallah.
Dah lewat malam tapi takkan tak nak tidur ditilam baru nan empok tu kot? harharharrrrrus but that can wait. Kita berihat diruang tamu yang luas (almaklum takde perabot apa2 lagi, kaan?). TB mengadap gadget barunya dan I bz bersms dengan D (dia dan kazennya balik ke RD pada keesokan hari so ternyata kita berdua sedang berhanimoooon, haha..).
Sedang kita asyik dengan kerja masing2, tetiba bunyi 'buk' dari luar rumah. TB cepat pandang kearah tingkap tanpa seurat benang ie lum ada langsirlaaa.. dan I cepat pandang kearah TB yang membawak maksud 'apa bunyi tu?' tapi sebaik aje TB pandang semula kegadgetnya, I pun sambong bersms dengan D (as if nothing scares me).
Tapi sebenarnya I memang takut, lebih2 lagi kat tempat baru dikelilingi hutan rimba plak tu. Takut hantu dan takut orang. Nak pandang kearah tingkap secara total pun takut, cukup takat jeling2 sipi aje tapi dah TB nampak tersangat cool, tetiba tersedor diri I berada ditengah2 kampung semasa musim durian berbuah dengan jayanya dan yang berbunyi tadi tu adalah bunyi sebiji dua durian menyahut panggilan graviti.
I should've known but I am a city girl remember? ahaks.
Peneman halwa telinga pada malam yang sunyi ...
Patutlah namanya Riang2.. memang tersangat riang bunyinya! |
Konon mengaku city girl (hic) sebab teringat akan usikan my good friend "I always thought you are a city girl". Haha... am I?
Jawapan sebenar "it's because I blend well....cos I make the effort to blend well" (I hope Noir tak baca maksud in-between the lines).
BTW, hujan semakin lebat... mata pun dah terasa pedih2 nihaaa... patutkah I rujuk pada bantal yang dah dicerai tu dan mula menggentel2nya semula? haaa... jom kita?
.
12 comments:
Ehem!!!
ketatnya kotak suara ni...
1st Night at JaSaint County...
Aduhhhhh Syahdunya Kekanda....
I sebaik baca BUK tu dah tahu mesti deriyan punyer kerja.....
I am a Kg Baru girl... That's why i know..
Tadi dah masuk, tiba2 bila nak komen, semuanya hilang.
Main nyorok2 kat rumah baru ya CS? :)
Aunty CS,
Ewah....seronoknya dia ber Country Home ye? Kita pun baru ni ikut Mama kita pergi menginap di dusun durian tau. Sedaramara saya macam mana? Ikut pindah tak? purrrr....meow!
CikSom,
Dah alang2 ke JaSaint town, pi la pekena cendol macha sedap tu.. favourite saya tu...
Umah CikSom dikelilingi oleh pokok durian ke? Heavennya!!!
Bestnya dengor citer. jeles dengo tapi my husband very the city boy.Sudah, nasib badan..huhuhu
Bila nak buat house warming partey nih?
Nunggu jemputan, almaklumlah orang tak tahu malu.kihkihkih
Ahkak
post kali ini agak terang dan nyata namun old habits die hard. tetap read between the lines :)
CS, I berpegang pada prinsip 'tak ada buat hal tak ada' but still I suka your tip tentang berbelanja bila tak ada cash.
Auntie, da duduk JaSaint meh la datang kat Mermaid Aeon..dekat da tu..
Aslmkm CS..
Wah, seronok dengar cerita2 duduk berduaan di rumah baru yg jauh dari rumah jiran *kelas* dan pula dikelilingi pokok2 buah, burung2 nan berkicauan.
Tak pernah di impikan tapi satu kehidupan yang sungguh menarik semasa umur meningkat..
Terasa muda kembali..ya CS..
Assalamualaikum ..
AKAK
Kotak suara ketat sebab ada phlegm ke? ahaks. Although you are a 'Kampong' Baru girl, kedudukan 'kampong' you itew adalah ditengah2 bandaraya. Kelass awaak!
KAKCIK
'Apa' sebenarnya yang hilang? Your komen atau my entry yg hilang? Rumah masih takde perabot so mmg takde koner2 nak menyorok. Main nyorok2 belakang pokok derian bolehlah kot?, hehe..
CAT
Durians not good for cats, believe me. As for your sedara-mara, dont be khuatir. When we finally move, we'll certainly bring them along tapi biarlah diorang jalan kaki aje but I tidaklah zalim for I'll make sure they use gps to get there, harharharrr *evil laugh sangat2*
DLL
Kat mana exactly arah nak pekena cendol tu? I nampak pondok cendol Wak Rom tapi tak pernah ada peluang menyinggah. Rumah kat sana tidaklah semata2 dikelilingi pokok durian tapi sekali pandang boleh nampak lebih dari 10 batang (ours only 3).
AHKAK
Where have you been? You walk2 eat air meh?? Soklan cepumas 'bila nak buat house warming partey?' .. I sendiri tak tau nak cakap bila selagi I tak nampak selori pokok Ixora bermacam jenis dihantar kesana, ahaks...ahaks..
NOIR
Sebetulnya memang ada something in between the lines. 100% agree with your prinsip 'takde buat hal takde'.. so much so nak guna harta kaum keluarga sendiri pun tak teringin (takat ni laa..).
CAHYA
Sebenarnya belum berpindah lagi. I kesana cuma bila hubby ada cuti aje. Habis lama pun 3 hari 2 malam aje *honeymoon harus jgn lama2, tak gitu?*.
ARTLOVER (w'kumusalam)
Tulah I jeles tengok you berdua2an wink2 mata, so I pun kena jugalah hidupkan atmosphere yang sama (ekceli rumah sana atau rumah sini sama aje, kita tetap berdua most of the days). I mmg tak impikan kehidupan berubah tapi minda nih dah disetkan menerima perubahan sejak dulu lagi bila TB menyuarakan hasrat bila pencen nanti nak balik kekampung halaman.
Post a Comment