Tuesday, 20 November 2012

Malam kedua ...

Yes, entri takat 'malam kedua' aje takde malam ketiga, hehe..

3 minggu berturut2 TB terpaksa bekerja tanpa cuti. Cian dia, kan? Semua tu bahana kawan2 sekerja ambik cuti meraikan Diwali, Awal Muharam dan ambik peluang sempena cuti sekolah.

If only TB kerja kat kedai mamak di Georgetown, maka tidaklah tukang masak kat kedai tu sembelih lehernya sendiri gara2 tak dibenarkan bercuti balik India untuk meraikan Diwali bersama keluarga disana. Gitulah nak dijadikan cerita, macam2 kan? (imbasan dari entry KakCik hari nih).

Since TB memanjang bekerja maka takdelah peluang kita balik ke RD menunggu durian runtuh. Kadang2 terasa rindu pulak nak kesana, TB & D tak terkecuali berperasaan sama cuma T belum rasa apa2 lagi sementelah selama kita pergi balik kesana, dia asyiklah hadirkan diri kekelas. Alhamdulillah she no kaki pon-teng (kalau I dah lama teng-pon, heheh).

Malam pertama di RD ...
Dono why tidor tak berapa lena asyik terjaga aje w'pun tidur diatas tilam empok. What's with the tilam anyway? haha...padan muka I lah. Siapa suruh bukak lapisan pertama plastik tapi tinggalkan lapisan  kedua? Memandangkan molek tilam tu dibaluti plastik maka kita biarkan aje tapi rupa2nya amatlah tak selesa bila ditidurin.

Tidor beralaskan plastik, wahahahahhh sungguh nostalgia I tell you.. Once upon a time when I used to wee2 at nite.. Mak/Chik alaskan tilam double decker dengan plastik. Over time bila plastik dah seasoned sket, mulalah ia mengeluarkan bunyi2an ala keropok lemau ... kiahkiahkiah.. What a lovely life!

Ndja lebih berat dari I tapi I tetap tidur sebelah bawah d.decker. Gitu kekdahnya untuk elakkan dari you know what tembus ketilam terus menitis kebawah kena Ndja, harharhar...

(digress is my middle name, macamlah you tak tau)
Pagi juga akhirnya.. the boss sambung tidor tapi bikThom meneroka dalam rumah berbekalkan bulu ayam dan sebatang penyapu. Sebelum tenaga diperah (teruklah sangat macam menuai padi pulak), minyak hitam haruslah diisi dulu ...

A 'dara' toaster TB dapat in a lucky draw 3 yrs ago.
Menikmati roti bakar berseletkan kaya sambil menghirup hembusan nyaman udara pagi. Mata ralit dijamu keletah segerombolan tupai yang girang melompat dan meloncat dari satu dahan kesatu dahan sehingga gedebuk sebijik dua Raja segala buah menyembah bumi .... cewah! bahasa I mantap tak? kih3..

nyaman mata memandang
  Tetiba pandangan beralih pada kawasan sebelah rumah. Let's stalk her, shhh...

A durian poacher aka sedara jugak tu (pokok milik kazen TB)

Sedang I buat2 sibuk kat dapur, tertoleh kearah depan rumah ... what do you know, my 1st ever visitor pays a visit cumanya dia kurang hemah tak beri salam pun. Dia cuma berdiri atas kereta, boleh gitu??

Comel tak my visitor?
Yup! my 1st visitor was none other than siNyet2... Once nampak I dia terus cabut kehutan simpanan jiran sebelah. Setengah jam kemudian dia datang lagi. Tersentak jugaklah dibuatnya sebab tak sangka dia datang lagi berdiri depan pintu sliding. Gayanya betul2 macam manusia. Steady berdiri sambil sebelah tangan pegang grille tapi cepat aje dia cabut once nampak kelibat I. Sambil berjalan sempat juga dia menoleh2 lagi tu..

Tak sangka pulak kehadiran siNyet2 membawa 'rezeki'. Dia tinggalkan seketul you know what kat tempat dia berdiri tu. Sejak bila depan pintu tu jadi bilik termenung dia? Ishh.. noti, cubit kang..

Makan tengahari masih dirumah sepupu. Dah orang pelawa, memanglah kita suka tapi tetap malu2 kucing. Petangnya barulah pekerja Litson ET menghantar barang2 yang dipesan. Dah penat mengemas so adalah alasan tapau food for dinner tapi hati nih macam bersemangat nak masak ...

Since D dan sepupunya tiba petang tu, niat memasak terus menguncup dan niat membeli makanan untuk dinner kian mengembang tapikan tapi of all the nights, malam tu pulak diorang boleh tidur awal?

Malam kedua .. Almost 11pm dengan sopan TB bertanya "kita nak makan apa?" dan dgn sopan juga I menjawab "kalau you teman I kat dapur, I boleh masak". Yalah, tingkap tak berlangsir. Kat luar tu punyalah gelap kot tetiba terpandang samting 'putih'? Errk..

Well, TCTLSShort ... juadah kita pada malam tu berjaya dilaksanakan dari hasil tangan siapa ek??

Sardin, samtum bilis, tempe gor & omelette berkecai
Hasil dari gandingan bahu the boss & bik Thom ...
TB: goreng tempe/bilis dan masak sardin dan samtum bilis
BT: sediakan bahan2 dan goreng omelette berkecai tu (sbb tak guna proper kuali..haha..alasan).

Nota: TB & BT? muahahah... sehati sejiwa gitu..

Masa main masak2 tu teringat masa memula kawin dulu. I yang tak reti memasak bertanyakan TB nak masak apa? Jawabnya masak singgang dahlah so I pun masak singgang (calling2 Chik dulu mintak tips), goreng kacang panjang dan goreng ikan. Hmmm...those were the days..

Sekian dari empunya cerita yang suka sangat bercerita long n winding, phewh!
.

10 comments:

Ibu n Abah said...

1st 'toaster' pecah dara...
ekkekekekeke

blu4sky said...

hi CS,
sardin adalah penyelamat donia kan..kan.. semalam my daughter request sardin lagi and i off course say Yezzaaa...hahaha..

LEEzasTOUch said...

Alo
Wah! nyaman nampak di ur RD n cik nyet tu pun nampak comel tapi jaga2 jgn sampai ia bertandang kedlm rumah cik thom!

Bintangjauh said...

Salam CS,

hmmmmm ... alang kah tenang permai suasana diRD, adore dengan pandangan sipohon durian itu... gimana pun bahasa coretan CS bertambah power tatkala mengenangkan apa sahaja pengalaman baru dirumah desa, taman halaman, visitor siNyet dan durian runtuh sehingga makan berhidang... tidak kah begitu wahai CS?

sabar menanti Alkisah seterusnya... bien sûr ! hanya diRD hendaknya..... Salam manis semanis madu.

azieazah said...

Pelawat Nyet tu macam baik jer kan? Tak risau U eh? Kot la Nyet tu terkam U nak cari kutu atas kepala? hehehhe lariiii

Queenie said...

salam CS...

ai dpt rasakan betapa nyamannya petang dan pagi you di situ...so maknanya you dah permanent kat sana la ek?

your visitor tu....hati2 tau! once dia dah pernah singgah maknanya akan selalulah tu...kena tutup tingkap dan pintu selalu, tak kalu selalu pulak you kena share lauk pauk tu ngan dia...sidia tu suka selongkar piuk belanga tau!

er...kita masih sedara lagi kan?
nak duriaaaannnn................

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Wow CS, romantika de a mor cerita malam kedua..memasak pun nak TB sama.
Ya la, dengan siapa lagi kann.
I bet you will miss the place kalau seminggu tak pegi.

Be careful with yr tetamu Nyet tu..sekarang dia usha you..nanti nak usha kat dlm rumah baru pulak.
Kalau I, dah lama cabut lari...I takut monyet!

CS said...

Assalamualaikum ...

AKAK
Toaster tu ala dara pingitan dijaga rapi oleh bik Thom..


SUE
Yezzaaa....kalau tak sardin, telur juga penyelamat donia. Hidup SARTEL! hehe..


LEEZA
Kat sana waktu malam dan pagi hari memang tersangat nyaman. Insyaallah cik Nyet tu dapat baca isi hati I ie trespasser will be eaten, harharhar ...

CS said...

RATNA (w'kumusalam)
Siang hari keadaan sekeliling amat tenang tapi bila malam hari ada sekeping hati yang tak tenang (sebab takut!); tak sabar menunggu siang. Merci sbb tak jemu baca cerita RD :-)


AZIEAZAH
Nyet tu nampak baik sebab dia ziarah kerumah orang yg juga nampak baik, ekekeke.. Menyesal seumur hidup kalau Nyet tu berani terkam I sbb I ada pendinding taw...

CS said...

QJ
I masih jadi rakyat kanda Deris. Akan berpindah keRD bila my doter betul2 dah habis belajar. Kesian siNyet tu.. you think elok tak I ambik dia jadi anak angkat? Boleh gak tolong lipat kain?? Of course kita masih bersedara... cumanya durian berguguran beribu2 lemon masa I kat sini so JOM sama2 kita gigit jawi jemawi, sob3.


ARTLOVER
TB terpaksa teman I kedapur sebab I takut sensorang as my tingkap masih takde langsir. Dah lewat malam kalau nak cepat makan, dia kenalah turun padang sama. Psst.. tak sangkha I windukan RD, huhu. As for siNyet, it used to be somebody's pet. Tak pasti samada dia sengaja dilepaskan atau terlepass...