Thursday 21 February 2013

Kalau dah ajalnya ...

Bila berjalan jauh I nak cepat sampai tapi tak berapa nak congkil kenapa dan mengapa I jadi macam tu... Nasib baik dah ada hobi baru *wink* maka perjalanan sejam dua tak mendatangkan mudarat malah  mendatangkan pekdah jua :-)

2/12 4pm

Al-kisah di RD (lagi..) .. sejak dua menjak I amat berhati2 bila menyapu atau vakum habuk. Kalau boleh I cuba hindari diri dari menjadi pembunuh bersiri pada para serangga (except cicak) yang tak berdosa tu. Kali nih cuma terserempak dengan serangga nih aje ...

Mere nam Kacong, hehe..
Masa kecik2 dulu Mak buat kita heran bila dia bercakap dengan kacong "kacong kacong, macamana cikSom tidur?". Bila kepala kacong bergerak2 senget maknanya cikSom juga tidur senget cenggitu (which is bid'ah) but all the same it was plain fun!

Kat atas tu kacong, kat bawah nih apa namanya ehh? For sure bukan grasshopper (sorry as at this very moment terforgot nama Melayunya ... haha betul ngengada but that's a fact. Almaklum dah kertu, I tend to forget names n things). Ooooops, dah ingat daaah...grasshopper ialah belalang, hehe.. (so kat bawah nih sepupu belalang kot?).

2/13 1051am
 Bila dah siap vakum lantai, cubalah nak vakum celah2 pintu sliding tup2 ternampak ... alahai kesiannya. Tak sangka pulak ajalnya secepat tu? sob2.

1120am
Tak dapat nak diselamatkan lagi ...nak buat CPR pun kenot as its head oredi terlentuk. 

1241pm
Dah jadi rezeki silabah2 so I permudahkan usahanya dengan memberi perkhidmatan 'air-lift' percuma. I hangkut kedua tu sekali kedalam rumah pastu I tengokkan aje kemana silabah2 mengheret rezekinya.

Ohhh... dia makan sensorang nyorok tepi meja rupanya ehh ?? Tak pelawa kita ponn??

Anyway sekarang nih tengah tunggu TB balik dari servis kereta pastu apa lagilah khaan? Bonding time dengan jelen2 ceri meken..yeehaa..!
.

15 comments:

Mulan said...

nasib u tak kasi HD & macro punya foto.. so kejam the sepender oppsss sepaider.. kalo tengok animal planet, disc channel pasal hewan ngap hewan lain, ngeri betol.. tapi camtu la dapat tengok dekat2 kan kan..

bila nak meken2 dgn i ni..

Kakcik Seroja said...

Oooo... Itulah rupanya kacong, ya? Kakcik kenal dia sebagai mentadak... :)

Queenie said...

kacong tu mentadak mentadu la kan? hehe

CS...kebesaraan Allah kan? cicak dan lelabah tk bersayap tp Allah dtgkan benda bersayap kpdnya sebagai rezeki...I selalu suka merenung disebalik sesuatu yg berlaku...

Ibu n Abah said...

Oooooo
Kanchong darat kat banting tu kena mengena dak dgn kachong yg ini?

Yong Kamariah said...

wahhhh dah jadi entry national geographic dah ni..
kacong tu kira cam mentadak-mentadu lah kan?, kita pun suka nyanyi lagu tu pastu kepohci tanya org tu tido cemana lah, makan cemanalah etc.
belalang yg last tu cam belalang yg org tempat kita panggil pelesit ke haper yg berdecet2, legend has it said that klu tanggal kepala dia ada rambut maka sah le pelesit haha cemacamlah org dulu2 ni!

kak ja said...

baru sepurnama dua I tinggalkan u, u dah jd pembunuh bersiri2 ek? tsk tsk tsk..

*ni nak tekan 'publish' sambil berdoa komen I tak hilang mcm slalu.. wonder knp I slalu kena kat umah u ni, kander??

CS said...

MULAN
Tangkap gambar guna hp Cokia generasi dinosaur mmg kenot berHD n bermacro bagai. Kita pun suka tengok animal planet etc tapi bila ada yg mati mangsa predator, kita sedeh wak :-(


KAKCIK
Ramai tau namanya mentadak mentadu tapi I tau Kacong, nama glemernya aje, hehe. Kacong sama bunyi KakChom, kaaan? :)

CS said...

QJ
Kacong = mentadak mentadu (ekceli I baru tau, hik3). Kebesaran Allah? Memang kenot disangkalkan lagi. Setuju!


AKAK
Oleh kerana Banting adalah sangat alien bagi sikatak dibawah tempurung maka terpaksalah dizip mulutku yg syomel nih, hehe..

CS said...

YONG
Ekekeke.. lately I freelance dgn Nat.Geog. Tak sangka mencabar sungguh kerja tu, cewah. Have heard of the pelesit horror story tapi adakah serangga itew pelesit? Maaak...!


JA laling
Pembunuh bersiri tapi takde pistol atau apa2 senjata so kenot masuk lokap. Kimeng you selalu hilang? Tu petanda you diwajibkan aktif berblogging. Tak caya tanya blogsefot dot kom.

Unknown said...

Wahai CS..
I pun ada dengar mentadak tu ada kena mengena dengan pele...t. How far it's true tak tahu.
Best la kat rumah macam2 jenis seranga, yek. I pun nak cuba jenguk2 kat taman, yg nyata banyak kat tempat I bermacam2 jenis burung.

Cik Lina said...

cik som. tu bukan org selalu panggil pelesit ke?

azieazah said...

Hmmm dah jadi orang pengabis komen ni, nak komen apa eh?

Mujur sempat komen sebelum ruang komen dikunci rapat pada tempoh tertentu.

Cik Som ni kekadang kejam tauuu....!

blu4sky said...

CS,
Banyaknya binatang..kasi keras itu serangga bley buka muzium serangga..

CS said...

ARTLOVER
Takat serangga I masih boleh bertahan but not ulat dan rakan2nya, I geli. Rumah you mesti ada berjenis2 serangga & burung sementelah taman you banyak pokok2 bunga, kankankan?


CIK LINA
I tak sure namanya pelesit tapi dah you & Yong kata pelesit, I akur :-)

CS said...

AZIE
Listen, listen, listen :-)
Part mana yang I kejam sangat tu? Part bunuh cicak atau kunci ruang kimeng rapat2? I sker kalau you kata DUA2, ngeh2..


SUE
Takat serangga kecik2 tu I keraskan untuk buat bookmark aje kot? heheh..