Saturday 9 February 2013

Eve of CNY ...

Tulis tajuk cenggitu macamlah ada kena mengena dengan I, hehe.. Best juga takde kena mengena, kalau tak surely I tak menaip sekarang nih sebab sibuk jadi menantu contoh tolong mak mentua kat dapur, kaaan?

Anyway, dapur para MakNya mesti tengah sibuk sekarang nih almaklum petang nanti ada jamuan besar2an. Mungkin dari pagi dah mula merebus pot belly dan sea cucumber aka timun laut (suka hati aje kasi direct translation). Sebenarnya tadi tu I lupa namanya gamat until I tanya T. Bukan mengada tapi hakikatnya minda dah kertu, TST ajelah.

Sea cucumber (SC) ada berbagai jenis dan kualiti maka harganya juga berbeza dari semurah2nya hingga semahal2nya. I tak pernah makan SC tapi pernahlah pegang yang dah direndam dan dibersihkan kat supermarket tu.

Talking about supermarket, Giant supermarket dah pun dibukak pada 31Jan lepas. Takat nih I dah kesana 2x, hehe.. Pantang ada tempat syoping baru dibukak ek? Ehhh taklah.. pergi tu pun sebab temankan T.

Hmmm ... turutkan juga selera orang muda ... 2 hari 2 kotak ...


Dua kat tengah tu perisa durian
Jangan tanya kenapa diletak gambar yang sama tu. Dah katanya blog sendiri, kaan? Sajalah nak tunjuk betapa terernya my kamera hp berfungsi, keh3 *gurau senda hari raya Cina kekdahnya*.

Anyway, I sedang dalam dilemma. TB dah beli hp baru dan I akan mewarisi hp lamanya tu. 3 beranak tu asyik tanya bila I nak guna hp baru tak baru tu. Kalau tak kerana hp Cokia dah buat pe'el nyanyok dia, takdelah I nak guna yang lain (malaslah nak suai kenal dengan hp baru .. kekok).

Tak suka kena desak2 cenggitu (though I know they meant well) I kata "nantilaaa ehh?".

Tak ke diorang paham perasaan I? Rasa sedih meruntun jiwa bila nak berpisah dengan something yang dah jadi sebagian dari kehidupan seharian, mengharungi saat2 jubilant rejoice suka duka nestapa bersama. Perasaan cenggitu berulang kembali, sama ketika berpisah hidup dengan my Jaguar (bukan nama sebenar) kira2 2 tahun dulu.

Tengoklah camana keadaan my hp tu nanti. Kalau dari nyanyok terus koma dan bedridden, mungkin tulah masanya I bergaya bertukar kecinta lain, huwaaaa....tak rela!

OK, done with the drama, it's time to be heading to the kitchen. Masa untuk masak pulut kuning dan rendang. Tiap kali khatam, tulah aje yang dia mintak. Isssk.... Tukang masaknya bila pulak nak khatam kalau bacanya semuka sehari?

Camana kubur nak terang? Pls buck up!
.

8 comments:

Bintangjauh said...

Salam CS, begitu muhibbah disana tanahtumpahdarahku dimana sesama masyarakat berlainan kaum meraikan sambutan CNY...
ooh là là là... gambaran photos yang bertaraf artsy ! terpegun lagi terpesona Ratna tatkala menatapnya..

Gimana pun, selamat memasak pulut kuning&rendang dan siapa kah gerangannya yang sudah tamat dengan sempurnanya pengajian Al-Quran nan suci itu? semalam buatnya makan tengah'hari Ratna kukuskan pulut lemak bersantan dengan hanya berkuah curry kosong sahaja sebagai penemannya,berselisih kebetulan agenda memasak pulut ya CS...

Tidak mengapa, meski pun setiap hari hanya semuka sehari sudah Alhamdulillah karena setiap satu huruf yang disebut ganjarannya sebanyak satu kebajikan dengan 10 kali pahalanya... yang pentingnya upaya itu kekal dan bacalah setenang yang mungkin dan mengikuti tajwid dan ngerti keatas wakaf-wakafnya, Insya'Allah... kuburmu akan seterang nurcahaya yang bersinaran dariNya...

Selamat bercuti dan berhujung minggu bersama seisi keluarga. sampai nanti... salam manis semanis madu.

azieazah said...

Jujur, I kurang suka Giant, sebab Jaiyen tu harga dia bleh tahan jaiyen jugak la. Maklumla I kan boleh pilih tempat lain. Mentang-mentang dekat Tesco dan Pasar Pudu (tu terbanding sekali tak?)

Memang sedih kan berpisah dgn hp yang menyimpan seribu kenangan pahit manis kelat.. eh?
I tahu sikit la teknik amik gambar tu, ada yg Shepia... normal.. lagi apa ntah lupa dan malas nak belek dah. Takut jadi tikus jahanamkan labu manisnya.

Ehh I baru jer buat Pulut Kuning hari Khamis malam Jemaat ritu, tahlil di surau.

Hmmm... kerana tak dapat kimeng nomot satu, I kimeng la panjang sikit tang ni.

chow! selamat cuti-cuti Som!

Cik Lina said...

cik som, last time ai singgah umah cik som, dah kena lock... monyok je kita balik umah sendiri... baidewey, nak tanya, donat tu cap apa? mcm menarek je...

mokja said...

at present mamason di KL menyertai geng geng pendatang meramaikan KL yang sunyi dan sepi...
Syedap pula tengok donat donat itu.

Unknown said...

CS
Betoi! Yg antique tu lebih puas diguna compared to the new item. Kadang2 i lebih selesa guna kamera h/p yg lama pada kamera samsung yg baru dibeli oleh my hubby.

CS said...

RATNA (wkumsalam)
I ada chinese BIL tapi dia sendiri dah lama tak menyambutnya maka takdelah kita nak ucapkan apa2 pada dia. Pulut kuning & rendang daging dah licin licap(sepatah kata my Mak), alhamdulillah. Kata2 Ratna menjadi pendorong, insyaallah dikuatkan semangat. Kejap lagi akan beransur keRDesa. Jumpa lagi :-)

CS said...

AZIE
20 tahun dulu, harga barang diGiant mmg murah tapi sekarang tak lagi. I jarang ke Tesco, Carrefour atau Giant sebab harga Mydin lebih murah, lagi pun dekat rumah. I pergi Giant baru2 nih sebab ianya baru dibukak so curious jugalah nak ninjau2 apa yg best. Apa ada dgn pulut yg kita bertiga cam pakat2 aje memasaknya ek?

CS said...

LINA aka CikLina ke?
Tu donut dari J.Co... (lama tak makan donut cenggitu).


MAMASON
By now you mesti dah balik Perlis, kan? Mesti letih tu so haruslah JJCM aje, hehe...


HALIZA
Tulah kalau dah lama dlm comfort zone, kan? Bukan salah kita tapi salahkan mereka yg kerap 'tukar2' teknologi tu, hehe..