Thursday, 22 August 2013

Tajuk hari nih ialah MENCI!

Penurunan mood untuk berceloteh berkarya terbantut dan terkontot gara2 blogspot.com membuat onar. Maybe blogger lain tak alaminya sebab I tak terbaca mana2 blogger komplen samada tak boleh buat entri baru, tak boleh tampal gambar atau komplen tentang apa2 yang tak memuaskan.

Apa dosa yang I dah buat sehinggakan I menerima nasib seburuk nih? Cewahahahahaaa...

Sedang menaip nih pun I rasa pelik. Sebab apa pelik? sebab cursor tak boleh gostan tapi gostan semasa delete boleh pulak. Haishhh....*urut dada*.

Gambar kat atas tu sepatutnya diselitkan pada 4 entri yang lepas tapi masa tu macam2 masalah yang timbul. Cakap benar I had enough of bersabar dan memanjang urut dada untuk simmer down the ledakan didada nih. Hantar feedback pada Admin tapi masalah masih ada. I have half the mind to say they are a bunch of bengaps...Haaaa... kan dah terkeluar huruf terlarang itew? I marah okay???

Bila cursor tak boleh gostan guna tetikus maka terjadilah satu masalah baru, THUMP! *marah sambil ketuk meja guna buku lima* ...

Tu diaaa...tetiba aura KLGangster dah meresap kat jiwa I. Grrrr...

Nampaknya kena jugalah hantar feedback pada Admin. Memang menyampah nak buat tapi dah terpaksa sebab I masih suka nak berhibur bercerita berkarya dan menjadi blogger syok sendiri tapi diorang (blogspot people) yang mematikan kesukaan I.

Banyak cerita ceritut dan banyak hal2 pahit manis berlaku sejak I 'dibekukan' dari berceloteh kat Al-kisah. How could they do this to me?? Bila I tak berceloteh maka takdelah orang nak baca celotehan I, tul tak? Bila takde orang memeriahkan Al-kisah maka camana I nak dapat duit poket dari encik Nuff?? haha.. 

Terpaksa berenti disini dulu.. Kang penat taip berjela2 tapi takleh publish. I juga yang rasa sakitnya nanti. Menciii...
.

18 comments:

Ibu n Abah said...

Lupa nak bgtau..
I yg lama tak hapdet sebab tak boleh masuk gambar laaa
Dah berubah benar blogspot ni
Nak tukar yg lain.. Tak rajin
Lama2 i berhenti dari buat entry...

mela said...

selalu jugak singgah senyap
baca dan ketawa sendiri
ye raya mesti ada sambal goreng
tapi masih belum tahu masak sedap macam nyai punya

Queenie said...

pelik jugak kan?
I plak selalu komen tak lepas, (eh sebelum tu nak bitau rendang dah siap so buleh duduk depan sini jap), pagi ni nak add sorang follower baru, sekali tu kena tindang out! apa la salah dan dosa ai ni CS, cer you bitau...

~jeet~ said...

selamat hari raya CS , maap zahir batin dari saya..sementara masih di bulan syawal..maapkan ler admin blogspot ni ye....

CS buat open house jemput dorang, sure lepas ni line clear je nak posting ;)

3E said...

Salam Aidilfitri buat Aunty CS & family....

miss u aunty...take care ya aunty!

Unknown said...

Hi CS.....
Patut lah lama tak berkarya.
Selamat Hari Raya...maaf zahir batin!

kak ja said...

I mmg dah pesan kat the blogspot ppl, kalau raya u tak antaq kat I bahu-lu brg sekontena dua, jgn biaqkan u bebas berkarya..

Tak skerlah dgn bahu-wa!! sakit..

sudipVSsenduk said...

mesti raya belum mintak maaf pd dia.. tu yg dia marah tu :)

CS said...

AKAK
Kita senasib kekdahnya. Jom kita berpiket, jom??

CS said...

MELA
Kalau nyai masih panjang umur, harus belajar hands-on dari dia... Bila dah mantap, jangan lupakan I. Lebihkan paru n udang, nyums...

CS said...

QJ
Dosa you cuma satu aje ie you selalu buat I menangis tak berlagu esp bila mood memasak I merundum jatuh tergolek. Having said that, you percaya tak I masak rendang kijang masa Ramadhan baru2 nih? Sebut kijang, tetiba teringat kak aji Yat Spore.

CS said...

JEET
Selamat hari raya mahap zahir batin. I dah siap masak 3hari 3malam untuk orang2 Admin tapi diorang nak bbq pulak. Tak ke too much tu?

CS said...

ASILAH
Salam Aidilfitri untuk you n family. Banyak ambik tempah buat kek raya?

Muah2 n take care too..

CS said...

LEEZA
Selamat hari raya maaf zahir batin.

Ada 2 sebab I kurang aktif berkarya. Shhhh rahsia taw. I selalu tersenggok2 the moment I duduk dpn laptop. Kadang2 mulut terlopong, har3..

CS said...

JA
I memang tak pernah buat bahu-lu mahu pun bahu-wa sebab I dah ada bahu-LI, hehhehh...

CS said...

SvS
Too bizi kekdahnya maka mmg tak dan nak mintak mahap kat 'dia' tapi sape 'dia' yg you maksudkan tu? my hubby ke? ooooops terbocor rohsia..

inahar ali said...

Salam CS..SHRMZB wat CS sekeluarga ye!

CS said...

DOC INAHAR
Assalam dan SHR untuk Doc sekeluarga dan MZB juga (wpun kita takde dosa...hehe penuh keyakinan gitu).