Thursday, 10 October 2013

Syoping, ziarah n run errands ...

Assalamualaikum ...

Next Tuesday dah raya haji so mesyuarat tergempar dah pun dibuat sejak minggu lepas lagi. Mesyuarat dengan adik beradik, beres! dan lebih penting mesyuarat dengan The Boss (better known as TB) samada nak beraya diRD atau disini aje, juga beres.

Keputusannya, kita semua beraya di PJ aje. I telah diamanahkan memasak dhalca dan daging masak kicap stail Johor. Bila I dah sebulat hati setuju, Ndja plak kata "kesian you kena masak 2 lauk".

Pada masa yang sama dia nak oder kari kambing tersedap didunia so secepat kilat daging masak kicap distrike off dari list, yeayy. Dah makan kambing, makan lembu lagi. Usus pun konfius.. kejap mbekk, kejap mooo.. belum bunyi ayam lagi tuu..

SELASA temankan Ndja bersyoping. Dah kata 'temankan' maka sesampai aje, I terus duduk dikerusi empuk. Lebih2 lagi lepas mendaki tangga, mencungap mintak nyawa taw. Selalunya bergayut pada railing tangga takut 'malang tak berbau' tapi tempat tu railing tangganya dibuat dari kaca tebal. Kot kuat gayutan I, tak pasal2 kaca tu make way, innalillah ..


Last April kami kesini juga so takdelah I membelek barangan yang dijual. Jeling dari jauh cukuplah. Ekceli I pasang strategi biar Ndja tak lama membelek dan tak membeli banyak, hehe. Yalah, bila tengok I duduk aje mesti dia ingat I boring, tul tak? walhal dia tak tau I dah curik2 ambik gambar, hehe..


Kedai tu menjual tudung, baju, seluar, jubah dan macam2 lagilah. This shop is on the 1st floor, tingkat atas dan atas ialah pejabat travel agent sementara tingkat bawah ada cafe dan juga travel agent. Menunggu Ndja taklah boring sebab menghidu bau2an dari cafe kat tingkat bawah tu tapi tulah, laparlah pulak..

So Ndja berjaya beli beberapa helai tudung yang cara memakainya dibelit2 tu, haha.. Last April dia beli rona putih so puaslah hati dia tu dah dapat macam2 rona. I tak reti pakai cara belit2 tu. Ndja bought me 2 jenis selendang mayang tapi macam tak sesuai aje. I only look sweet (har3) wearing one or two tudung yang rata2 iri hati nak sembunyikkan or even bakar tudung tu as they said my tudungs have seen better days. Jaaaaa-at laa diorang semua tu..

Done bersyoping kita pun berluncheonlah. Dah my niece kerja kat bangunan tu maka kita ajak dia makan sama. Bonding time kekdahnya tapi bukan makan kat cafe tingkat bawah tu ...


Namanya grilled chicken salad kalau tak silap. Yang kurus makan tu aje tapi yang kurang kurus bantai segala karbo bagai, haha..

Siang masih muda. Harus habiskan petrol lagi. Petrol baru naik 20sen aje kan? So kita ke PJ ziarah Chik. Keadaannya serupa aje tak mau bercakap. Her cheerful self has gone for good but not when we were there. Macam2 kita buat supaya dia bercakap so asyiklah kita beri salam aje biar dia jawab. Jawab salam she did tapi takde bunyi kedengaran. At least we know she still has a sound mind, insyaallah.

Puas hati dah ziarah Chik, time to run errands. Bayar bill -- beli kueh -- beli barang dapur -- beli murtabak pastu barulah balik rumah.

MASA dikedai tudung I sempat memuji tudung yang dipakai oleh sorang pempuan manis. I gatal mulut bertanya staff disitu dapat diskaun tak (thinking that she was one of the staff there. Takde niat to downgrade her status). Dia mengangguk.

SEMALAM Ndja beritau pempuan yang I bertanya tu ialah tuan punya kedai. So, kalau dia tuan punya kedai, adakah salah soalan I tu? I tanya mana Ndja tau pempuan tu tuan punya kedai? Ndja kata dia baru aje tengok siaran yang dia rekodkan pada Ahad lepas. Ehh.. I pun rekodkan juga.

Sah pempuan manis tu tuan punya kedai. Segala barangan dibeli dari Dhaka, diekspot di Canada, UK dan Msia. Pereka tudung dan lain2 busana direka oleh muslimah berkulit putih dari UK.

Kalau barangan dari Dhaka, I percaya agak murah untuk mendapatkan stok tapikan tapi....... *kenot say sbb I dah plaster my mouth, hehe*.

Tapi nak cakap jugaklah. Sementelah pempuan tu is the boss, surely dia 'dapat' lagi good diskaun dari staffnya, tul tak? maka .... (sila habiskan ayat nih).
.

9 comments:

azieazah said...

SOM, I jadi pengomen pertama ker nih?

azieazah said...

Oh yesss...!

Kerana Raya Haji kali ini semua cuti extra dibekukan, maka I tumpang seronok jer baca persiapan orang lain. Bestnya bila time raya jer boleh gather dengan ahli keluarga. Masak tu ini, makan itu ini. Masa tu, pedulik hapa dengan diet segala. Nyum! Nyum!

Ada buat baju sedondon tak?

CS said...

AZIE
Blog I tak sefemes blog you tu sbb lengang aje; lagi pun yang singgah kat sini tak kuasa nak menegur sape dgn tuan tanah kedaung wpun setiap entry yg baru dipublish, ramai juga yg sudi menyinggah. Maybe blessing in disguise kot? TQ babe!

CS said...

Lupa nak habaq... I tak pernah buat baju sedondon, tak tau kenapa tak pernah teruja :-)

Teena Tna said...

Persiapan raya saya biasa2 jer. Masak rendang, ketupat. Tak semeriah macam raya puasa.

Unknown said...

Aslmkm CS..
Rindu I eh??
Alhamdllh I am find..not in the mood
to write long long cerita..but will do someday.

Yong Kamariah said...

Assalam CS.

Selamat Aidil Adha CS. Lama nyer tak jenguk kekawannnn.

Mulan said...

sodaaappp itu ciken.... sbb tgh lapor lah cs...!!! bila nak mai sini..??

CS said...

LADIES.....MOHON MAAF SEBAB TERLEWAT RESPOND..

TEENA TNA
Samalah kita... biasa2 aje yg dihidangkan tapi mesti mabeles!


ARTLOVER
Ha'ah rindu sampai termimpi2 nampak you dgn kengkawan mimum kopi kat subang parade. I duk lambai2 tapi you make dono jer :-(


YONG
A very belated slmt hari raya aidil adha to you... Aci tak? hehe..


MULAN
Awak pelawa kita keGanu ke? Insyaallah... kita tunggu tiket Firefly dari awak ehh?