Monday, 3 March 2014

Emosi menebal katanya ...

Assalamualaikum ...

Already 3rd March? Tak berlengah I terus fone Ngah beri salam dan tanya kabar lebih kurang. Aduhai... tetiba rasa semacam ada bebola ikan tersekat dikerongkong!

* Ngah...hari nih besday Abg M kan?
- Yaaa...hehe..
* Ngah, tolong cakap kat Abg M happy birthday dan terimakasih banyak2. Banyak sangat budi Abg M, rasa tak terbalas.
- Alaaa...tu kisah lama, dah terkubur pun. Kenapa emosi menebal hari nih? hehe..
* Mana boleh terkubur gitu aje tapi ntahlah kenapa emosi menebal hari nih. Teringat macam2 nih.. pasal kasut ...

Tiap tahun dengan coolnya I akan ucap SHJ pada my BIL menerusi Ngah but this time apasal ntah I terovercome with emotion pulak.


Al-kisah...
5 tahun lamanya I menumpang duduk rumah Abg M n Ngah (dari mula bekerja hinggalah berkahwin). Ndja pun duduk sama. Kita berdua tak banyak bercakap dengan Abg M. Segan dan hormat. Cakap bila perlu takdelah nak bergurau senda.

Abg M ambik kisah hal ehwal Ndja n I. Menerusi Ngah, Abg M hendakkan kita menjaga keterampilan diri. Ekceli kita pun dah orite dah, haha.. tapi bila Abg M kata gitu maka terlebih berhati2lah kita takde nak beri dia peluang mengkritik kita belakang2, hehe..

Wpun Abg M tak tengok camana gaya kita kepejabat; apa kita pakai, handbag apa kita guna atau jenis kasut yang kita pakai NAMUN kita tau Abg M tak hepi kalau tau adik2 ipar dia pakai kasut 'dah haus'.

Masa mula2 bekerja tidaklah Ndja n I menyimpan berkotak2 kasut untuk dipakai bersilih ganti. So bila heel kasut kita dah agak senget dimamah jalan tar akibat berjalan jauh mengejar bas mini no. 25 maka kita guna Plan A dulu (sementara Plan B diaktifkan).


Contoh Plan A. Kita sengetkan kasut ala2 gitu so tak obvious sangat walhal bukan pun Abg M nak check samada tapak kasut dah haus ke tak, haha..

Budi baik Abg M dan Ngah memang tak terbalas dan tak terhurai. Allah saja yang membalasnya.

I juga teringat disatu pagi dimana keadaan emosi semua orang agak hura hara, kucar kacir dalam kesedihan. Dahlah semalaman berada dihospital memasing dengan hati yang cemas.

Siapa yang akan beritau pada Ngah anaknya dah takde? Anak yang baru beberapa jam dilahirkan dah pergi buat selama2nya sedangkan tulah yang dinanti2kan selama 12 tahun?

Somehow masa kalut begitu ahli keluarga yang lain tak ada disisi, cuma sebilangan aje yang ada. Pagi tulah I bersama Abg M pergi kerumah Long untuk membincangkan apa perlu dibuat. Masa dalam perjalanan tulah Abg M tanya apa nak diberi nama anaknya yang baru lahir tu.

I suka nama Fatin Hamamah tapi rasa lokek pulak nak sebut nama tu sebab I dah chup untuk nama anak I (maybe simpan nama tu untuk anak T memandangkan nama tu masih available). Pikir punya pikir tup2 sebut "Fatihah". Abg M kena setuju atau terpaksa setuju. Ya tulah nama anak Abg M n Ngah.

Alhamdulillah Abg M dan Ngah ada zuriat yang menunggunya dipintu syurga.

.

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Untung Abg M dan Ngah.

CS said...

KAKCIK
Tulah satu2nya zuriat yg diorang ada..

t.a.t.a said...

Kak, at first I thought I just want to be a silent reader for this post, for I don't know how to react. I am so touch reading about him.

Ibu n Abah said...

Kanda
Baca kisah Abg M u..
Tetiba dalam hati ...
Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yg baik dikenang juga
Mengenang jasa org kepada kita mmg sangat mengharukan dan sebak..
Bagus kita mengenang daripada lansung tak mengenang...
- alahai.. Tetiba lak i pulak yg sebak
Lebey2 pulak....

azieazah said...

Betul Som. Hanya Tuhan saja yang boleh membalas jasa Abg M dan Ngah tu.

I pun ada pngalaman tinggal dgn abang dan kakak masa belajar dulu. 2 tahun. Dan dah jadi rezeki I, abang meninggal di spital di KL dan I dapat uruskan semuanya sehingga bawak balik ke Perak. Rasa indah wpun bagai tak sama dgn jasanya pada I sebelum itu.

CS said...

t.a.t.a
It's ok if you dont feel like commenting but all the same thank you very much for taking the time to read/comment. I appreciate it.

p/s: psst... cewah kita speaking London gamaknya nih, hehe...

CS said...

IBUnABAH @ AKAK
Vavava...dinda siap berpantun 4 kerats lagi. Bila orang banyak menabur budi pada kita, memang sampai bila pun tak terbalas cuma jangan jadi kacang lupakan kulit sudah, tul tak? Dahhh... jangan sebak2 lagi. Jom kita enjoy makan lempeng pithang...

CS said...

AZIEAZAH
Bila dapat peluang balas jasa orang yang selalu/pernah menabur jasa kat kita, rasanya memanglah tersangat seronok (wpun apa yg kita balas tu tak sebesar mana). Syukur you juga berpeluang membalas jasa abang you.

You bayangkan... I 6 beradik berkahwin dirumah Abg M n Ngah. Tu aje dah cukup untuk mengenang jasa mereka sampai mati.