Assalamualaikum ...
"tak jawab berdosa"
Ayat sebaris tu mengingatkan I pada anak jiran Teh. Dia meninggal ketika umur 9 tahun kerana kemalangan jalanraya semasa berjalan kaki kekedai gunting rambut. Jarak rumah dan kedai taklah jauh.
Ayat tu ialah ayat gurauan manja pada Mamanya tak kira masa dia akan memberi salam. Somehow I terlebih ingat pada aruah (sah menjadi ahli syurga).
SINCE TB perlu makan dulu sebelum kemasjid/opes, adalah afdhal I bersiap sedia awal dengan bahan2 yang perlu dimasak. Baru aje masak nasi. Ayam dan daging dah pun lembik, hehe. Apa taknya dah dikeluarkan dari freezer sejak pukul 9 lagi.
Thought of cooking something simple.. sup ayam n begedil daging. Kentang dah pun direbus (selalunya kentang digoreng). Bila bersihkan ayam tadi, macam terdengar2 ayam tu kata "jangan masak sup, masaklah lauk lain" .. ewahhhh? dah pandai mencadangkan pada chefkah?
Hmm.. kalau tak masak sup, nanti takde kuah pulak. But I kinda agree dgn cadangan siayam tadi tu. Rasa cam nak kensel masak sup sebab teringin nak masak ayam ponteh..
Bahan-bahan:
■180ml minyak masak
■300gm bawang merah
■10 ulas bawang putih
■150gm pes kacang soya (tau cheong)
■1kg ayam dipotong kecil
■10 cendawan kering cina, direndam di dalam air mendidih
■1 liter air
■3 biji kentang dibelah empat
■2 sudu kicap cair
■1 sudu kicap pekat
■65gm Gula
Garnish.
■1 tangkai daun ketumbar
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih selama 10-15 minit. Tambahkan pes kacang soya jeruk dan saute hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan cendawan. Kacau dan goreng hingga sebati.masukkan air.
3. Biarkan hingga mendidih dan masukkan kentang. Perasakan dengan soya sos dan gula.
4. Perlahankan api betul-betul masak dalam 25 minit sehingga kentang dan ayam masak dengan sempurna.
5. Garnishkan dengan cilantro dan hidangkan.
ERRRKKKKK ... bawang merah/putih tak diberitau samada goreng sebiji2, dimayang halus atau diblend?
Since resipi TAK TERANG it is subject to confusion (hehehe...cari alasan nampaknya nih) maka .... tengoklah camana.
MASAKAN dari Chef Thom 2-3 hari yang lepas. Tak sempat keluar tivi so keluar kat blog sendiri pun dah rasa EPIC, haha..
PENJELASAN amat perlu pada gambar2 tersebut.
Top to bottom:
1. Sambal tumis udang. Udang disponsored oleh Ndja. Terlupa nak tanya why gave me 7 only, why not 8? haha.. Siapa yg akan beralah? Chef Thomlah yang beralah. TB/D/T dpt 2 sorang. I dapat satu jerrrrr, sob2 sekotak tisu lencun, ngeh2.
2. Resipi sdn bhd. In other words resipi memandai. Campak capsicum dan nenas sekali. Biar mereka berkawan dlm kuali.
3. Sambal sothong digarab dari sotong kembang cam radar tu, hehe..
4. Tauhu goreng cicah sambal kicap (cili merah, kicap manis, gula, garam n garlic).
OK GTG. Isteri mithali nak mengutip pahala dihari Jumaat yang mulia. Jom kita main masak2
Ikhsan: Recipe Florence Tan/Google
.
8 comments:
Dear isteri mithali,
I was laughing really hard when I saw nothing, nothing whatsoever photo about your chicken. You wrote about the recipe and about how it cooked, even mumbling about the ingredients, yet when I scroll down all I see was a big prawns.
Thank you. Thank you my dearest isteri mithali. You really made my noon.
Sincerely from the girl who still had her eyes watered.
t.a.t.a
Dearest t.a.t.a
As I write this... I cant stop myself from smiling ever so sweetly, hehe..
Am glad that on this barakah Friday, I hv made your day albeit having your eyes watered, heheh...
Just one short sentence "please reread my latest entry as you obviously have missed out what was written".
Semuanya nampak sedap. Semestinya sedap sebab dimasak dengan kasih sayang, kan? :)
KAKCIK
Alhamdulillah...
Perencah utama ialah kasih sayang
Perencah tambahan ialah tanggong jwb
*cewah*
.
Diharap tapak tangan KakCik dah sembuh.
Kanda
Mmg berterima kaseh sangat sebab u sertakan resepi yg i belek2 bahan2nya dan cara masak.. Sesuai dgn selera i...
Cuma nak masak ptg ni, ayam lak takda.
Masak esok ajerlaaaaa.
Jadinya u masak apa ari ni?
AKAK
Dinda.. I c/p resipi chef Florence yg dia masak semasa prog. Masterchef.
Lunch tadi I masak sup ayam, ayam gor, sayur kangkong gor n samtum telor. Tak jadi buat bagedil... buat esok aje kot?
pos je boleh tak semua tu.. miss u so much cik som... tadak insetegeram or pesbuk ka.. meh la borak situ jgk..
MULAN
Bak sini alamat...I nak poskan nih.. (kalau tak sedap, dendiam aje k?).
Psst....semua yg disebut tu kita adaaa....hehe.. tapi ada yg diprebetkan dan ada yg suam2 kuku ;-)
Post a Comment