Friday 14 March 2014

MH = ?

Assalamualaikum ...

MH = memang hairan
MH = memang haru
MH = memang horror
MH = memang (ada) hikmah

I kecik hati bila Malaysia dan MAS dipersendakan. Yang mempersendakan tu orang2 kita juga. Orang luar jangan cakaplah. Memang cari peluang!

China keluarkan kenyataan tak benar. OK, diorang dah pun minta maaf tapi tak terbaca pulak China kena SEMBUR dari kuasa2 besar dunia?

Banyak yang nak dileterkan tapi cukuplah tu. Kita nih bukan siapa2 pun.

PENDAPAT PERIBADI: Kapalterbang akan ditemui pada hari ke-10, insyaallah. Ini bukan spekulasi tapi pendapat peribadi yang bersandarkan pada 'sesuatu' sambil kusyuk berdoa mengharapkan keajaiban berlaku.

JEREBU semakin menjadi2. Sedut udara berulamkan asap bakar sampah kekdahnya. Dapat pulak selsema. Bersin bukan reti sekali dua tapi berangkai2 5-6 kali. Bersin berkali2 waktu solat adalah bahaya (sama juga bahayanya ketika batuk). Kenapa? rahsia wanitalaaa, kenot tell.

TODAY I am on MC, sendiri approve (so acara memasak ditunda dulu). Tengah lapar sebenarnya nih. Sekeping roti, sebiji suji dan secangkir kopi masa breakfast tadi. SAH tak lama kenyangnya..


Suji dimakan dengan roti, macam makan sandwich. Bukanlah sedap sangat, haha tapi dek kerana nak mengimbau zaman kanak2 punya pasal, layankan juga. Terbayang2 muka bai roti yang datang setiap petang dari laluan pintas belakang rumah (tepi dapur).

SESI JJCM 2 hari lepas dengan TB agak bercanggah. Nasib baik tak bertumbuk, har3 ganaz. Dia nak makan ayam, I pulak nak makan nasi. Tak baik bertelagah sementelah dia yang nak belanja maka dengan senyum riang I pun mengalah.

TB mengharapkan ayam dalam balutan (wrap) tapi takde rezeki sebab promosi hanya untuk sebulan.

Gambar arkib dated 23.1.14

TB beratur menunggu giliran sementara I mencari tempat terus aje duduk . Romantik tak? haha..


Tu cara pemakanan baru yang dirombak oleh SAYA sorang. Selalunya roti tak habis dimakan. Kena cari cara lain supaya tak membazir bersekongkol dgn syaithon so roti dibelah dua... bubuh coleslaw, mashed potato, ayam dan cili sos, jadilah ia sandwich.

SEJAK dua menjak I suka sangat masak sweet peas. Goreng ala kadar gaya orang malas pun dah OK. Kemanisan peas sama terserlah dengan kemanisan orang yang menggorengnya, hahahaha... jokinglah! Tapi takde gambar nak share.

Yang ada cuma gambar lauk kacang panjang menggerutu. Goreng lebih kurang aje kalau suka rangup bila dikunyah. Bunyi krap krup .. meriah taw.

Bukan kacang panjang biasa

NAK SAMBONG berleter (baru teringat). Orang kita bila cakap omputih kena perli, kena kutuk. Well.. dah bahasa tu bukan bahasa kita, so what? Untunglah dapat juga AWAK (bukan awak yang membaca entry nih) paham dan tak perlu mengheret juru bahasa.

Saluran CCTV ada menemu-bual sorang AMOI dari negara DIA. Ada PhD lagi tapi bila bertutur BI, bunyinya OMG! and yet she was being asked about our missing plane. Didnt help at all! Buat telinga sakit sebab terpaksa kuak2kan telinga, haha..

And last but not least, kalau ada peluang nak aje I beritau Masterchef OZ yang sorang tu. Kita sebut belacan as BELACHAN bukan BELAN-chen, fehemmmm??

Note: tengah geram sebenarnya nih so takdelah nak proof read TAPI mood tetiba melompat2 kijang sebab Ndja datang bawak nasi dan bermacam2 juadah. Alhamdulillah n may Allah bless her always. Muah..

.

14 comments:

Ibu n Abah said...

Waalaikummussalam
Warahmatullahiwabarakatuh...
(Ustazah i cakap jawap panjang.. Lebih pahalanya..)
Setuju dgn pendapat u...
Masak sayur kacang tu jangan layu sangat...
Hahahahahaah
Ekceli nak cakap pasal missing MH...
I mendoakan agar segera urusan mencari ini selesai demi memberikan satu titik nokhtah ada keluarga yg menanti.....
Semuga mereka semua selamat dan kembali kepangkuan keluarga masing2.
Ndja bawak nasi arab?

~jeet~ said...

waalaikumussalam...ye CS, saya pon geram dengan Malaysian yang kutuk negara sendiri dan MAS, semangat nasionalisme saya naik serta merta (ok, ini agak hyperbola), tak kurang yang kurang bijak yang kerja buat teori tak masuk akal, buat lawak tak bertempat...

kita doakan mereka diberi hidayah..

p/s: KFC!! saya rindu KFC jugak!! :)

t.a.t.a said...

Very true kak, kalau bagi salam seeloknya penuh. Assalamualaikum wbt. Kita nak jawab pun yakin. Hehehe. Kalau setakat bagi salam assalam ke memang tak berjawab la dek saya. (No heart feeling ya kak? :wink)

Talking about bersin while solah, you are a very fortunate woman compared to me. I can't perform 2 solahs in one wudu'. I have to take another wudu' in order to perform another solah. Pity huh?

But I know He knows better. Everything happens for a reason.

Tengok sayur kacang panjang tu kan mesti mengembalikan memori lama. Kakak saya pernah itu hari masak, konon tak nak bagi layu sangat. So okay la tumis sekejap aje. Nah kau sekali makan, saya rasa otak saya lenguh kesan dari mengunyah. Keras sangat!

Dan dulu pun selalu tanam pokok kacang panjang ni. Senang nak hidup. Tapi kes malas nak buat trellis, tu yang dah tak tanam lagi dah.

azieazah said...

Salam SOM. Nampak gaya skill U nak gurau gurau manja kena sorok bawah kuku la ya?
Hmmmm kadang2 I pun makan bun KFC mcm tu. Kalu idak dok tinggal keras kejung camtu la. Kacang panjang tu jenis kacang panjang akar kan? I suka buat sup ABC jer. Manis.
MH370 adalah satu catatan dlm sejarah negara kita yg memberikan pelbagai rasa dan kesan. Semoga ada hikmah dan kesan kepada kita semua. Insaf..

Unknown said...

Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

CS said...

IBUnABAH
ya benarrr...jwb salam panjang2 dpt pahala lebih tapi rasanya yg dulu memberi salam juga dpt pahala lebih (wpun pendek ucapannya)..kan?
MH370.. I aminkan doa you, amin.

CS said...

JEET
Setuju dgn pendapat you. Terkini ex-doc gigi buat fitnah... ehhh, malas nak tulis sbb kalau tulis buat I sakit ati aje. Sama2lah kita doakan yg terbaik untuk Msia dan penumpang MH370.
p/s: KFC = kenot fry chicken :-)

CS said...

t.a.t.a
Kalau beri salam dgn menulis assalam pun dah ok kot. Selalunya kalau ucap verbally mmg ucap panjang2 (lbh senang dari menaip).
Btw, you ada masalah kesihatan ke?
Re: kacang panjang..yg I maksudkan jenis menggerutu... ada jual benihnya ke?

CS said...

AZIEAZAH (waalaikumussalam)
Tapi kuku I sentiasa pendek... camana? hehe..
Kalau cara kita makan adalah sama, sah kita mmg KETAM sejati *wink*
P/S: MH370 = insaf

CS said...

M.TAUFIQ
New kid on the block ya? Terima kasih singgah dan saya pun dah balas ziarah. Good job there!

~jeet~ said...

Salam CS...finally saya dah tau sapa masterchef yang sebut belanchan tu...

siaran sini tertunda sikit...kali ni saya tengok sangat2 sebab the male contestant ramai yang cute miut..(tolak kelty, micheal and totem yg berlagak tu..) so tetiap hari dok tunggu...hehehe..

*sini pon terkesan ngan MH 370, each time org sini nak kutuk malaysia (MAS, gomen) saya jadi emo...

Mulan said...

waalaikumsalam... terus berdoa semoga semua selamat kembali..

mula2 hari tu macam inspektor gejet dok tunggu sambil2 otak dok pikir macam2 ngalahkan hishamudin & jauhari.. kesian diorang kan.. berkedut2 dah dahi.. pastu sangat geram dah lah nya dgn komen2 luar yg ouuucchh..

ps: i kluor dgn aintsuperwoman last week.. dia kirim salam.. tgh berkabung kucing meninggal dunia kat vet clinic sbb sakit..

CS said...

JEET (waalaikumussalam)
Selamba aje dia sebut belanchen kan? Happy viewing the OZ M'chef sampai ke finalenya ok?
Psst.. kan sana pun ada yg mengutuk? Pls 'pang' them for me, hehe. .

CS said...

MULAN
Masih belum dpt kepastian apa sebenarnya terjadi pada MH370. Today dah hari ke 17 kot? Semoga dipermudahkan usaha mencari kapalterbang n penumpang2.

p/s: kucing gebu Fa dah passed away? Sekor or both? Ohhh so sad :-)