Wednesday 26 November 2008

Hulk ..

This week budi pekerti kita kurang memuaskan. Diantara sebab2nya ..

Anak jiran dengan 2 sepupu sepapatnya main2 bola dlm kawasan rumah depa, so no hal of mine. W'pun bertiga aje yg bermain tu, namun keriuhannya macam nak bunuh sekor ular tedung. Ular vs dot3. Siapa dulu patut kita hapuskan? Hehehe, ya betoll! Awak yg sebut, kita tak sebut apa2 pun..

Sebelum ni dah banyak kali juga kereta harapan kita dilanda pantulan bola. Olehkerana bola tersebut jenis innocent, bukan kaler oren ala bola NBA basketball (ya ke kaler oren?), kita biarkan aje.. dan bila bola terbabas, diorang pandai2 sendiri bukak gate atau 'boloskan diri' menerusi pagar keluar masuk sesuka hati kat kawasan rumah kita ambik bola tu. Fine, kita kasi chan jer sebab diorang underaged. Konon nak jadi jiran yg memahami dan bertolak ansor.. afterall dgn budak2, toksah berkira sangat.

Bila mood kita ceria, selamatlah budak2 tu, tapi khaan ... langit tidak selalu cerah.

Alkisah.. sedang kita memasak, kedengaran suara orang bercakap2 kat luar yg sangat hampir pada ruang tamu. Mula2 panik gak almaklum takkan ada orang yg boleh masuk jika gate karat tu tak dibukak oleh tuan rumah (hanya tuan rumah aje yg tau nak handle gate karat tu.. ). Maka dgn sudip ditangan kita menegur dengan suara keras "siapa tu?? nak apa"? Dia jawab "nak ambik bola, aunty". Eii, boleh aje kata gitu dah masuk rumah orang tanpa kebenaran? Tak cakap sori, tak cakap timakasih.

Anak jiran baru darjah 6 manakala 2 lagi kupu2 tu dah cam bapak orang w'pun dapat agak diorang tu masih dalam tingkatan 3 (kot?). Anak jiran tak akan buat gitu sebab kita sort of kenal dia, lagi pun mak ayahnya jenis civilised, hormat jiran dan berhemah.

So, I'm torn .. whether or not to tell the boy that he needs to polish his manners...

Lepas masak kita sengaja ke luar rumah, konon2 nak fill-up air minuman kucing2 tapi sebenarnya mengharap sangat2 bola tu terpantul sekali lagi masuk ke kawasan rumah. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan ... maka ... ciksom pun bertukar menjadi hulk tanpa bajunya kelihatan rabak2 .. hahaha...

Dak tu: Aunty, nak ambik bola (tunjuk muka seposen)
Hulk: Yes??? (buat2 tak paham)
Dak tu: nak ambik bola.. (tunjuk muka doposen)
Hulk: Were u the one who entered my house? (hulk mestilah cakap omputih khaan?)
Dak tu: (anggok2)
Hulk: Were u the one who climb up the fence? (serious gituuu walhal dlm ati kahkahkah)
Dak tu: (anggok lagi)
Hulk: Next time please ask permission before u enter my house. Did you ask permission just now?
Dak tu: (geleng kepala muka dah pucat)
Hulk: Ahhh, what did you say just now?
Dak tu: Bola ..
Hulk: OK, u can take the ball now. U can climb up the fence ...

Actually Hulk tak tau budak tu panjat pagar atau 'boloskan diri' menerusi pagar sebab Hulk dah masuk ke dalam rumah. Pagar jiran ni spesel sket dimana budak2 kecik dan yg kurus kering boleh selitkan badan masuk menerusi pagar (jenis kap-lam-ya-nga ni lain mcm sket). Rasanya budak2 tu faham bahasa, diorang tak sambong main bola dan terus masuk ke rumah.

Petang tu bila kekedai, kita lalu kat kawasan padang futsal belakang rumah, kelihatan ramai budak2 bersukaria main bola segala ... Hulk slowkan kereta .. maka terpandang budak2 bertiga tu penuh aksi ..

Apa pun, kemarahan Hulk tadi tak kemana .. macam marah anak sendiri juga .. (tapi khaan, if we were to compare Hulk and ciksom, sah ciksom tu lebih baik. Dia memang tak sker maragh2 phon.. haha, iyolah tuu..)

2 comments:

Anonymous said...

gitu ciksom.. pucat jugak la muka kite baca dialog ciksom marah bebudak tu... hihihi!

Anonymous said...

Cibil.. baru baca aje dah pucat meh? Har3.. Kita nak cari kerja jadi script writer pulaklaah..