Then
One of PJ's earliest landmarks collapsed while demolition work was going on ...
.
Sejak tau diorang nak demolish Jaya supermarket, kami sekeluarga was taken by emotion pulak. Sedih. Yalah kan, tempat jatuh lagi dikenang (tu pun kalau jatuh yang memalukan aje), ni kan pulak tempat bershopping, makan2, bergembira ria dan ehem.. macam2.
.
Kalaulah I ni berbintikan Trump (nak Trump jugak), mau aje I acquire building tu merely for old time's sake. Zaman tu ada 4 supermarket aje yang boleh divanggakan. 2 in KL - Fitzpatrick & Weld, and 2 more in PJ - Thrifty & Jaya. 2 supermarket kat KL tu memang dah macam hak sendiri (berangan), selalu sangat kesitu cuci mata aka window shopping. My opes that time kat Jalan Conlay berselang dengan Jalan Raja Chulan, dekat aje (tapi tetap naik taxi .. 40-60sen. Murah kan?).
.
RSM kat Jalan Conlay kan? Masa I kerja kat situ RSM tak nampak bayang lagi but years later 3 sekawan nih; Lina, Shirley & Kelly (ehem), berfarewell luncheon sdn bhd kesitu. Either terlampau syok menikmati makanan atau asyik mahsyuk berbual, tetiba 3 sekawan tu tersedar diri restoran tu bukan anjer masing2 yang punya.
.
Macam dah berpakat, masing2 angkat punggung in unison sebelum disuruh beredar cara hormat. Dari berpuluh2 orang yang makan kat situ, 3 sekawan tu aje yang tak reti nak balik. Apapun, takkan diorang berani nak halau 3 sekawan tu, kan? Diorang bukan makan free lagipun ada BERAN ke halau pelanggan yang dikira cun? (masa tu laa). Hehe, sure tak beran. Tengok aje rangka si Shirley tu, jangan memain. Paling busuk dia akan cakap "nak halau I? over my dead body". Garang o itu perempuan.
.
Well.. that was 15 yrs ago, semasa semuanya penuh dengan bau2 wangi bunga ditaman maklumlah time tu masih muda, masih comel, masih ayu, masih kurus dan masih takde ub**. Dan sekarang? Alhamdulillah albeit the dugaan silih berganti ..
.
Tak melampau kalau I kata I kayakan Jaya dan Thrifty (now Jaiyen) masa tu. Mana taknya, both supermarkets tempat I melabur beli groceries, ikan, udang, daging segala. Kebetulan pulak my 2nd opes face-to-face dengan Thrifty. Jangan lak kata I eksyen pergi supermarket aje tak pergi wet market yang beraroma tu. Satu2nya market yang I pergi masa tu, sebelah Jaya tulah.
.
I teringat kat sorang AhSoh yang jual ikan kat market tu. Patut ke dia panggil I 'auntie'? Memang tak patut sebab masa tu I belum layak dapat ISO9000 lagi taw. Dah banyak kali dia mengauntie2kan I, I pun malaslah nak beli ikan2 dia. Dalam pada tu, I belajar samting dari AhSoh tu juga sebab sejak tu I mula kenal paras rupa ikan Nyoknyok... (should see mulut AhSoh nyebut nyok2; sungguh tak syomel).
.
Anyway AhSoh, wa lupa nak ucap kamsia kat lu dulu, so now wa ucapkannya eh? eh? Wa masih ingat budi baik lu taw, terlampau ingat maka wa dah tak rasa nak beli ikan nyok2 tu lagi. Walaupun dah lama, wa tetap ingat rupa lu, rambut lu yang semakin keriting sebelum dan selepas hari besat lu.. Waah..
.
Aisay AhSoh, wa nak citer camana akrabnya wa, anak2 dan famili wa dengan Jaya supermarket tu, tapi wa dah melencong jauh citer pasal lu pulak. Boleh dapat ikan free tak?
.
Wa stop dululah. Wa nak keluar kejap ada misi penting. Wa terpaksa beli beras dan terpaksa beli lauk pauk.. Jangan suruh wa beli gulai ikan nyoknyok daaah. Chosan (yaa.. wa taulah sekarang dah petang tapi wa ucap untuk besok.. lu ni phonn).
1.15pm khl
4 comments:
Cik Som,
Jaman jahiliah wa dulu masa mula-mula kerja and kena secondment kat Digital Equipment (DEC) Sec 14 dulu tulah tempat wa makan minum, dating gak, kat Cable Car dalam Jaya tu. Masa tu ngan ex-boy yang jugak beropis kat dalam tuh...Kenangan gak tu untuk wa. Lets emo together-gether....
I pun ada kenangan tersendiri dgn Jaya ni.. InsyaAllah akan tulis ttg ni skit masa lagi..
Somuffins, I takde kenangan silam dengan Jaya ni...so, tak rasa apa2 la. But the tragedy really2 sedey la.
Gee, jom beremo! :-)
Cable car? We tengok dari luar jer, tak pernah masuk. Dara wa yang sedih lelebih, mcm2 kenangan.
Ja, kenangan mengusik jiwa ehh?
3E, memang sedih. 7 terkorban
Post a Comment