Wednesday 19 May 2010

tulis delete tulis delete ...

tulis delete tulis delete tulis delete ... aighhhh... penat dah, asyik cenggitu aje.

Oleh kerana minda gagal mengolah 26 abjad menjadi sebuah karya maka ada baiknya I divert my attention dengan mengunyah lite cream crackers. Ada juga pekdahnya.
Maybe bungkusan jenis nih dah lama dipasaran tapi I baru perasan last week tentang cara membuka bungkusan tu which I like very much. Nampak tak arrow merah tu? Initially ada stiker rona biru atas flap kuning; kopek aje stiker tu dan terus tarik flap. Individually wrapped crackers tersusun rapi, nampak comel, cantik dan menyelerakan.

Hari nih w'pun terasa malas yang amat, terhidang juga - daging lemak cili padi, sayur sawi Jepun, ikan goreng dan ikan kering. Cukuplah tu ... tapi kalau ada lauk lagi simple untuk dimasak, pls bitau I.

Misi berjumpa dentist masih ada 2 temu janji lagi. Semalam dan hari sebelumnya I duk menganga close to 2 hours each session. Selama 2 hari I buat root canal dimana procedurenya teramatlah rumit. OMG! macam2 yang I rasa; ngilu, sejuk, manis perisa stoberi dan paling tak best rasa pahit sebaik diinjek LA pada gusi.

I bitau seseorang that I really need a good set of teeth untuk persediaan hari tua bersama cucu2. Yalah kan? Kalau I berdepas depus tanpa gigi, susah pulak diorang nak paham sesi Al-kisah bersama TokMi. Nak ajar cucu2 I baca Quran lagilah payah; mana idghamnya mana tajuidnya nanti.

Dan esok insyaallah .. Teh, SIL and I akan mengukur jalan hingga ke SA. Thot of visiting gedung kain yang baru dibukak berdekatan kolej T tu. Kalau ada kain yang molek2 haruslah capai 2-3 helai. Bukan suka2 nak capai tapi terpaksa beli kekdahnya sebab baju2 yang sedia ada dah 'kecut' kainnya, heheh.

Lagi pun tak cun kalau pergi majlis kawin pakai baju ala sarong nangka.

12 comments:

Naz in Norway said...

Tapikan Kak Som...individually wrapped goods ini is not a green option. Banyak packaging means more pollution. Totally unnecessary!

CS said...

Well Naz, I tend to agree with you but it is always good to have options, hehe. As you know over here they practice go green on every Saturday ie no plastic bags being given or offered to shoppers. But why only on Saturday? And the irony of it all, we are allowed to buy plastic bags at 20sen each and the bag isn't even of biodegradable quality.

Ibu n Abah said...

salam kak som...
Hmmm... nampaknya i pun patut betulkan gigi-gigi i nampaknya... nak ikut u sebab nanti dah tua bila mengaji sure banyak angin yang keluar... tapi.. i paling tak suka jumpa dentist... penatlah kena nganga jer.. tak boleh ker dia buat kerja dalam keadaan mulut kita terkatop????
Wah... nak melancung ke Gulati yer?? I ada sorang kawan yang sangat suka melancung ke Gulati... sampaikan kahar panggil dia dgn nama ....... gulati. Puncanya kami banyak kawan yg namanya serupa... bila i nak mentioned siapa2 dgn lebih tepat, kahar suka cakap yg ..... gulati tu???????

Lili said...

CS,

Sama la dengan I ni...asyik tulis, delete, tulis delete... Cerita banyak, just that words tak ndak singgah ke kepala!

Kakcik Seroja said...

Salam CS.. kakcik pun ada banyak kain baju yang dah mengecut.. Macamana boleh jadi macam tu, ya? :)

CS said...

Salam ..

Akak, I memang tak sker jumpa dentist tapi bila dah terberani jumpa sekali (dlm keadaan terpaksa), the next visit dah tak cuak lagi.
Dalam keadaan mulut you terkatop, doktor tu boleh aje buat kerja dia tapi dia buat kat mulut patient lainlaaah, har3.
3wks ago I dah pi Gulati kat SACC Mall tapi tak beli apa2. Later on I bertiga nak ke Jakel aje. They have new building bertingkat2 taw. Pastu pi lunch dgn T sekali. Dak tu dah mengidam nak makan nasi kat restoran pak Arab ;-)


lili, napelah agaknya kita cam tu ek?? Bila mood 'lorat' tu datang, terasa badan resah gelisah jer. I donlaikit...


KakCik pun ada masalah kain mengecut ke? Miahahaha... Saper patut kita salahkan?? Jom kita brain storm... ;-)

azieazah said...

Alaaaa Kak SOM. I tau dah kedai mana tu. JAKEL yang baru bukak tu kan?

Bukan main besau lagi, kelip kelap lampu dia malam hari.
Ritu I lalu depan dia, masa angkut my AMOI balik dari kolej.
Pastu kitaorang pi anto barang ke rumah baru (next sem kena duk luar) kat area situ.

Uishhhh dekat dah tu. Seksyen 7 Jalan Kristal.
Amacam, bila2 kita lepak kat Pak Ali Kopitiam? Ada berani? hehehehe

ain said...

saya dah buat rawatan akar utk gigi. Ya Allah..menyeksakan sebab mulut saya kecik, bukaan gigi pun kecil gak. dentist jd tensen bila nak masukkan tgn dia yg gedabak tu. tu belum lagi nak buat acuan crown gigi. cukuplah sekali tu je. sepatutnya ada satu lagi gigi yg kena buat root canal. no wayyy!!!!

FaAtip said...

som,
I kalo makan bisekut tu kan....cicah dgn teh o kan, anak lelaki mak mentua I lalu pun I tak perasan tauuuu....

PatinPasta said...

CS,

Biskut tuh cicah air teh panas.. nikmat!

Hmm.. gi ke dentist memang ngeri, nyilu.. suma ada, kan? Naper la tak buleh bius pitamkan kita jek, ek? Sedar2 nanti suma dah setel. Huhu!

kak ja said...

No wonder I cari bithkut I tu tak jumpa.. u amek ghopernyer!!

Bithkut tu kalau cicah kopi O sdp, kopi thuthu pun sdp!!

I sama mcm Akak, tak thuka jumpa dentist.. Tp dlm I dok mengelak2 jumpa dentist, tak plak 'terjumpa' doktor!!

CS said...

Azieazah, ha'ah gedung kain yang TU lerr. You selalu ulang alik kat area tu ke? Makanya your Amoi n my Amoi belajar kat tempat sama kot?
Yang tanya kita 'ada berani' tu nak ajak dating ke? hehe, kalau kena masa yang sesuai, insyaallah. BTW, Kopitiam Pak Ali dekat2 situ eh?? Tak perasan pulak.


Ain, memanglah seksa rasanya tapi I still think it is worth it laa. Sebiji gigi persis sebutir mutiara, sangat berharga. Can't afford to lose any (not at my age).


Fa, baru jer makan biskut you dah tak perasan anak lelaki mak mentua you lalu?? Ciannya diaa tapi ehhh, ciannya youuuu....


Aida, boleh aje bius pitamkan kita sebelum dentist mula menggerudi TAPI tu afdal untuk kanak2 jer, hehe. I pernah juga terpikir nak buat cam tu, tapi :-(


Ja, you yang beri I sebungkus sorok2 hari tu masa you datang kay ell, kan?? Lupa lah tuuu.. :-)
Psst Ja, it wld help jumpa dentist kalau rupa dia cam artis idola kita, kan kan kan?