Tuesday 8 June 2010

Hi hi hi ...

I betul2 menempa sejarah kekdahnya! I tulis sebaris jer tapi komen dari kawan2 datang mencurah2, rahrahrah ... taak, I tak marah *tengah senyum kambing biri2 nih haa*. Terima kasih diucapkan.

Pagi2 lagi I dah siap bersarapan RC segera (cicah dgn kuah samtum pron) ditemani secangkir neskefe. Bunyinya macam tergesa2 aje tapi memang pun tergesa2 sebab I nak rebut seat paling depan supaya I boleh dengar betul2 apa Doc K nak cakap nanti. In fact I'm ready now, dah siap pakai baju cantik, pakai tudung-lekap-baru-beli-$10 dan dah wangi dah nih. Ehh, kata nak masuk tibi, kaan? Tu yang kita siap lelawo nih (ada kaitan tak? har3).

Sementara tunggu siaran bermula, I curi masa berkarya kejap (I dapat bayangkan Fa, Lili, Akak dah ngadap tibi, kan kan kan?)

Sabtu lepas I berkobar2 mengemas sokabar lama untuk dijual. Ketinggiannya dah sama tinggi budak sihat umur 12 tahun. Macam biasa harga pasaran RM5 sejengkal. I congak2 dapatlah puluhan ringgit, boleh juga beli top up ke, touch n go ke, I Talk ke ...

Bila apek tiba dimuka pintu, I masih asing2kan beberapa sokabar yang belum sempat dibaca. Apek tu eksyen pulak tak boleh tunggu sekejap pun. Dia kata sementara I buat kerja tu, bolehlah dia keluar pusing2 kawasan (untuk cari pelanggan lain). 10 minit kemudian apek muncul dan bertanya kenapa I tak jual semua sokabar tu. Ehh, sker hati gualah apek oii! (cakap dlm hati but I wish apek dapat dengar).

Bil sokabar bulan Mei sebanyak RM75.20 dan apek beri I RM5.50 aje??? Sungguh tak berbaloi!
Anyway, siang tu I terima sms dari kawan lama katanya dia akan keudara di tibi. Sebenarnya I tak minat siaran cam tu tapi dah kawan nak masuk tibi, I tetiba rasa sewonok pulak.

Habis aje siaran tu, I pun hantar sms kat dia "waah, you bertambah cun". Memang cun pun dan dia mengaku banyak perubahan positif pada kulitnya tapikan tapi dah namanya business maka fahamlah kita. Apa yang kita lihat tidak semuanya benar. Kita semua tentunya arif tentang 2 peranan make-up yang boleh menjelitakan dan menghodohkan. So kesimpulannya? MakTok kata kalau dah bersimpul, biarkan aje .. toksah dileraikan *har3*.

I sewonok bila TB cuti sebab dapat kesana kemari, makan dan minum free bersama2 tapi kali nih I jadi tangan yang memberi (for a change kekdahnya), maklum baru dapat gaji kan? hehe. Masuk 2 supermarket nak beli grocery dan ikan bagai tapi rupa ikan2 tu 'cam lama benar dah mati', tengok pun tak selera.

Nevertheless, sempat gak I mencelah kesatu kedai jual 'hal dalaman wanita', niat nak tukar size seluar sebab tuan kedai dah tepon I beritau dia dah ada stock 'besar' untuk I. Sebelum nih I borong beberapa helai seluar panjang (basahan pakai kat rumah) tapi bila acu kat rumah rasa ketat semacam, auww. I terkesima memborong sebab ada pulak saiz sesuai (selalunya.. asyik free size aje.. mana gua muat kan??) dan harganya berbaloi2. Dapat tukar 1 dan I beli lagi satu, heheh. Maka melaramlah I dirumah silih berganti dengan 'suar2' yang berbagai rona tu. TB sempat komen "lawa seluar?". Haipp..!!!

Pencarian ikan segar beralih ke supermarket no. 3. Tak jauh, I pergi 'Paris' jer. Tempat yang jarang kita pergi memang memberi satu kelainan. Orang ramai tak boleh nak cakap tapi I kenot say NO pada lambaian ikan, udang, daging etc. Mereka kelihatan sihat dan segar w'pun dah lama tak bernyawa. Puas hati!

Semasa I memilih udang, ada sorang pompuan jelita nih bertanya "nih udang laut ke?". Hello woman! I nampak macam nelayan pada mata you ke? keh3. Tapi I jawab mengalahkan sorang nelayan. I bitau dia "semua nih udang dibela (sambil jari2ku dibawa kelidah setelah menyelet sekor badan udang).. Yalah tak masin, bukan dari laut *senyum*. You tak suka udang jenis nih ke?" .. "I suka udang dari laut".

Pempuan jelita tu jalan setapak dua kesebelah 'tong' udang jenis lain. "Yang nih dari laut ke tak?". I ulangi sesi menyelet dan menjilat badan udang "sama jenis, diorang bela".. "tapi yang nih dah ada bau kan?". Kalau TB perhatikan I dari jauh, dia mesti tanya "kawan you ke tu?". Apa lagi perlu I bitau TB bahawasanya bini dia nih berjiwa ramah (jiwa aje ramah, luarannya well...).

Hari ni hari Selasa. Hari Jemahat petang kami sekeluarga akan ke bandar bersejarah hingga hari Ahad. Takleh lelama kat rumah orang lagi pun hari Senin T ada apoinmen kat UH. Bila nak berjalan jauh, perihal kucing jadi satu masalah juga; kalau nak harapkan si H bangla bersihkan dan beri kucing2 tu makan untuk beberapa hari, I macam tak berapa percaya dia boleh buat dengan sempurna. Wallahualam tapi dialah satu2nya orang harapan masa kini..

P/S: Lupa nak buat panggilan kat tibi1 tadi. I dah pasang niat nak tanya tuan doktor "boleh ke saya jadi anak angkat pada istewi doktor'??

11 comments:

Kakcik Seroja said...

Oh.. dah mandi, ya? :)

Dr Singa said...

pssst... kalau tuan doktor terkata bolehh....pening puan doktor nanti...

kucingorengemok said...

bawak je kucing tu jalan²

kak ja said...

I dok terbayang u jalan2 pegang2 tangan dgn adik-beradik angkat u yg empat org tu; sambil si bongsu ajar u bahasa pelat dia..

CS said...

Salam semua...

KakCik, dah mandi smlm b4 beradu. Masih wangi as at 9am tadi tapi skrng lepas masak nih, OMG! hehe.


DrSinga, kita buat2 jadi cikgu tuisyen Aisyah.. Amacam??


KOG, masa populasi kucing sekor 2ekor dulu mmg kita bawak jenjalan kenalkan sedara-mara tapi skrng takleh sbb dah ramai kekdahnya.


Ja, I terasa2 diri nih mcm cute aje bila you bayangkan cenggitu. Best juga bolehlah I merealisasikan mimpi jadi Nanny McPhee'lat', heheh.

Ja, word verification I 'macto' as in MakTok kah? kah3

Ibu n Abah said...

hahahahahahahahahahhha....
kak som.. tak pernah i ketawa cenggini mula-mula..
selalunya i bagi salam dulu...
i jugak terbayanglah juga antara ramai-ramai anak-anak i... (dah jadi 5 termasuk u...) berpimpin tangan macam yg 'wild imaginary' ja...
patutnya u jawap kat lady yg menanya udang laut tu... "bukan udang laut... udang parit..."

Lili said...

Hahaha))) I pun tak tahan gelak macam istewi doktor tu! Hai la Cik Som nih!

Eh, I sonok you imagine I melekap kat tibi this morning! Tapikan tapi I dah kuar rumah pepagi lagi mengantar my Girl ke sekolah, pastu ronda2 pasar...pastu minum2 kopi dgn kawan kat tepi pantai... so, I missed the show! Tapi dah dapat tgk kat blog akak tadi...hikhik!

CS))) kenapa I malas nak update blog macam you all hah? (dengar tak I teriak sekuat hati ni!) hehe!

CS said...

Akak, nampaknya you macam bersetuju I jadi kakak sulung pada Z,Q,A & A. Yeayy.. (dapat naik carousel),


Lili, part you minum2 kat tepi pantai tu memang I cemburu.
You tanya nape you malas nak update blog? Maybe sbb you tak rajin kot? har3..

FaAtip said...

hmmmm...whhh....egghhhhh!!!!!! (tokleh cakap, mulut kena zip!)
k . e . k . d . a . h. nyer.

en_me said...

meooowww.. ehehe

CS said...

Fa, masih belum dibukak zip tu lagi ke??


en_me .. bulan dah mengambang ke??