Friday, 11 March 2011

Harga bawal ...

Sekejap dah hari Jumaat. Rasa macam baru semalam I hantar T balik kesarangnya dan kejap lagi beransurlah I kejajahan Kanda Deris untuk menjemputnya pulang keteratak idaman. Selalu I kata "kejap aje T dah balik rumah ek?" .. "taklah ... rasa lamaaa" sambil asing2kan baju yang perlu direndam dulu atau zuup terus keperut mesin.

Sejak T dah empowered herself membasuh, menyidai n melipat her own baju, I rasa seronok cos there's more time for me to golek2 n goyang2 punggung kaki but since mesin basuh dah buat hal, terpaksalah I tolong henjut2 itu buaian, sigh. Dia sure mengeluh for umpteenth time "Miii ... please Mi, get it repaired Miii.." <- eleh cakap omputih konon. Umi tak paham cakap omputihlah!

Tukar topik kejap. Selalunya bila beli 'perishables', I jarang tengok harga sekilo. Kalau tengok pun, tengok ajelah. Otak tu macam boleh congak2 "mampu or tak mampu", so tu ajelah yang I buat. Baru2 nih I berbelanja kat supermarket kecik dekat rumah .. Beli udang, beli ikan bawal, bla2.

Nak tanya sikit pada kengkawan, diharap boleh tolong beri jawapan bernas, hehe. Berapa ringgit harga ikan bawal tu kalau dibeli ditempat anda?? Beratnya lebih kurang 330gm. Mungkin lain tempat lain harganya (tetiba terpikir kenapa tudung bawal diberi nama begitu, patutlah heheheee...)


Bawal hitam aka black pomfret

Masa mengelap n menyusun segala manikam dalam esbok hari tu, terpandang si yogurt terceruk kebelakang. Habislah.. sure dah expired nih (Ndja yang belikan, dah 2-3 minggu juga). Tertanya2 juga nape T tak habiskan aje tapi bila I bukak penutupnya ................... kahkahkah ...
.
.
.


Pernah tengok yogurt perisa udang kering? ngeheheh. Terlupalah pulak I adalah juga queen recycle (bukan hoarder ehhh? ada bezanya tu, hehe).


T dah sms "Umi otw ke?" ... Ha'ah Umi memang otw <-- 'tipu putih' walhal baru nak carik baju bagai, hehe... Dia mintak dijemput pukul 1130 tapi I sengaja lambat2kan. Bukan I tak amalkan sikap punctual tapi biarlah dia tunggu kejap ... sabar separuh dari iman, kan?


Say what? mandi? Nasi Mandi ke? Aaahh, hari tu baru makan, ingat tak? heheh..

16 comments:

Lili said...

Kahkahkah))) I tersembur macaroni yg I makan sambil baca ni! Lasat you kuorkan isi perut vogurt tu...

Ok..back to business (I pong tak paham bahse omputih...) pasal bawal tu, tempat I kalo kat tepi laut ler, sekilo RM24, so besor tu maybe dalam lima belas ringgit. OKlah tu! :)

Mira Marlena said...

CS,

Ohh no!NOt agaian!!!Nasib baik isi udang kering...kalau tak rezeki cik tong lagi nampaknya,hahaha..my mom pun cenggitu...habis bekas yoghurt,ice cream..semua jadi bahan simpanan..(kiranya CS ngan my mom boleh dok sekapal ye?)

Suka ek nasi arab?

Oh...device tu my husband beli dekat Low Yat..tu dekat BB kan?Dia cakap semua kedai dlm tu ada..

Kakcik Seroja said...

Udang kering tu kalau kat rumah I gunanya sebagai perencah untuk buat pajeri terung je. Itu sebab I tak ada simpan stok udang kering. Beli sampai sekilo pun cuma untuk agihan je (apa kena mengena komen I ni dengan catatan you, ya?) :)

Anonymous said...

Err... Tie sendiri tak pasti berapa hari ikan bawal tu, sebab biasanya abg yang pergi pasor. Kalau kita pergi sekali pun dia yang membayornya, hehe..

Cuma bila ke hypermarket je kita belek betul-betul harga barang, sebabnya kita yang keluar duit masa kat counter nanti, uhuk uhuk!

Ibu n Abah said...

kak som..
(nak mengadu kekdahnya...)
i selalu tak dapat nombor satu...
camana orang penang tu dapat tempat pertama lak?
tp i puashati gak sebab org sungei petani tak dapat mengatasi kecekapan i....

Ibu n Abah said...

Hadramaut...
hadramaut...
yes... geng baru balik dari menyopping.. nak ajak pi makan nasi di hadramaut....

zarin said...

muahaha lawak lawak yogurt perisa udang kering LOL
teringin jugak la nk makan nasi mandi kat hadramaut tu...tengok gambar mengancam. adakah rasanya juga menganacam? heheh

Sizuka said...

CS,

Baru je nak tulis, "eh! yoghurt tu sama brand dgn mine", tapi i kena tambah "mine takde perisa udang kering".. hehehe

my mom baru bagitau, ikan bawal kat kampung, yg baru naik dari laut, RM15 sekilo. fuh! tak sabar nak balik. tapi dengar tsunami kat jepun, risau jugak

kak ja said...

Tanak ckp bnyk (azam baru sempena ari jemahat).. ikan bawal u nampak ensem..

DeLancrettLurpak said...

nak saya check ke rega black pomfret tu dkt sini? nanti saya report, hehehehe..

kalau la ada org bukak petiais ciksom, pastu hati berbunga-bunga nengok yoghurt, mesti frust kan bila found out itu adalah udang kering, kihkihkih.. batu belah batu bertangkup, telanlah dakuuuuuu!!!

Ibu n Abah said...

kak som...
baru balik pasar..
dah tanya ikan bawal adalah RM18 hinggit sekilo....
suka bawal goreng....
dan suka bawal masak kari....

CS said...

LILI
Kat sana harganya RM24 sekilo juga ke? Well, ikan yg I beli tu murah dari belas2 ringgit yg u mentioned maklum it was only 330gm. I tak sangka ikan dah naik harga, mencii!


MIRA
Bolehlah your mom jadi my sparring partner cos kita sesubmarine, haha. Thanks bitau pasal kedai gadget tu. Kat KL meh? Hoho.. amat jauh kali non!


KAKCIK
Komen you memang ada kena mengena dgn my entry. So now you taulah, bila nak agih2kan udang kering, jangan lupa anto sepeket kat sini ok??

CS said...

TIE
Belanja dapur memang hak milik kekal I sorang wpun fulusnya dtg dari The Boss. Takkan kita nak beli yg cincai2 aje nanti dia komplen plak, kaan? Selalunya mmg tak hafal harga sekilo apa2 mende pun. Bukan apa, tak nak peningkan kepala, haha.. Tapi bila ferasan harga dah naik varu nak mula fening, fadan muka!


AKAK
I dah nasihatkan you recheck your bloglist, kan? You kenalah meddle2 kat situ supaya the latest entry para blogger on your list akan tunjuk entry terkini. Camana orang Penang boleh no. 1? Eh you tak tau ke? I kan dah findah kat Fenang??


ZARIN
Kalau you tanya I sedap ke nasi Arab kat Hadramaut tu? I'd just say OK takdelah lazat sampai nak cuba lagi esok dan esok. Cuma bagus kalau kita boleh makan nasi Arab kat a few places then we can compare ;-)

CS said...

SHIDAH
RM15 per kilo? Maknanya if that pomfret weighs 330gm it would cost me <> RM5 aje kan? Hmmm.. anyway thanks for the info.


JA
(tak nak cakap manyak jugak)
IkanG pun kiut!


DLLURPAK
Boleh gak tolong checkkan harga n hantar report kemarkas, hehe. TQIA.
Anak2 I selalu terkena bila bukak bekas butter tetiba ada lauk kari atau nasik leftover, muahahaaha..


AKAK
Tenkiu beri mash for d'info. RM18 sekilo? Boleh tahan harganya tu. I suka bawal hitam esp part kepala tu biarlah digoreng garing tapi masih tak suka menyiang bab kepala tu sebab ada darah pekat, yukh! I tak sker tapi dah I juga maid of honor, terfaksalerr ..

ceriaWAN said...

i pun tak reti gak cakap omputeh ni..tapi for the last week, i pi memancing and then i got a lot of ikan bawal, pari and ikan glamer(yg dibuat ikan masin).
but i veri jeles to mai ankel bekos he fishin sotong en got for abaut 24KG!! in 1 nite.
jadi kesimpulannya.. harga bawal kat sini..err.. i tak tahu sgt laaa sbb masih ada 4 ekor dalam esbok yg i pancing tempoh ari

CS said...

WANZ
Tererlah. Tak sangka disamping jadi penternak itik quack2 you juga jadi nelayan dilaut besar. Ada ke orang fishing sotong? Apa nama yg sesuai? men... apa ek namanya?

Bak mms rupa bawal yg dlm esbok tu. Kena ada bukti, if not kitorang tak percaya.. hehe.