Wednesday 9 March 2011

Rezeki Rabu ...

Seminggu dua nih macam takde feel nak basuh baju guna kudrat mesin basuh. Bila I let go of my old fridge (refer entry b4 this ), lebih kurang masa tu jugalah my mesin basuh buat hal berasap bagai. Macam takde masa lain nak break down *sigh*. Dah kena hempap kepala jatuh ditimpa tangga kekdahnya.

Nak tak nak, terpaksa selok handbag hingga kepangkal lengan kot masih ada duit raya budak2 yang belum dibank-in lagi, haha.. (D&T, ketahuilah Umi tersangat amanah menjaga harta anak2, so apa yang dibaca nih memang sebagai penyedap cerita jer ....... errk!).

Muafakat membawa berkat so masing2 dah setuju siapa patut beli apa. Cuba teka I beli apa? Ehh.., baik tok sah teka cos I will deny it till the cows come home. BTW, tengok tak news kat tv semalam? Sekor lembu dah naik minyak, habis dia lompat kijang serbu penonton semua.

Tulah tu, lembu syok2 ragut rumput diajaknya masuk gelanggang pastu dicucuk2 badannya dengan pedang, kan dah?? Kalau I jadi lembu, I pun naik minyak angin cap singa. Dahlah cuaca panas, kena cucuk lagi tapi kalau sediakan refreshments ke, sejuk gak hati lembu tu.

Berbalik bab mesin basuh tadi tu, tak tau nak trouble shoot mana silapnya sebab kadang2 ok, kadang2 tak ok. Bila tekan butang spin, air bertakung patut mengalir dengan sendirinya sebelum proses spin/perah bermula but lately air masih berbaki dalam perut mesin. Since air masih bertakung maka proses spin/perah terhenti. Mesin akan merengek 'pheet' 8 kali, maknanya proses terbantut! Aduuh, gue tension!

So apa I buat? Well.. bayangkan Prof. Som jadi McG kejap. Berbekalkan penyangkut baju, cangkoknya I kait pada hose about 2' dari tubuh mesin basuh (tubuh?) pastu I henjut2 as if henjut telur nak buat baulu atau henjut buaian nak tidurkan baby. Most of the time cara tu menjadi tapi ada kalanya aaaarghhh *tarik rambut*. Bila dah aaarghhh, kenalah tekan butang spin semula dan sambung henjut2 sampai dengar bunyi 'ngeng3' <- petanda fungsi spin berjaya.

Bayangkan juga.. I menghenjut 'buaian' dalam keadaan membongkok 90 darjah, dengan lipatan lelemak and all, tak ke I mengah? Mengah is breathless = penat, so today of all the days, I mogok masuk dapur, nehi JJCM, nehi JJCL, nehi!

Allah dengar rintihan hambaNya ... amin.

Ndja fone dari KL bitau dia dah belikan nasi Mandhi-manda dari restoran Hadramaut <- gitulah bunyinya. Alhamdulillah dapat 2 set nasi .. ayam/kambing + desserts sekali.

Maka tersengih2 I menyambut makanan dari Ndja. Dia tak singgah sebab nak cepat balik Sban. Kat atas tu bread pud dari DeliF (Ndja tu paling terer menyinggah dari satu kedai ke satu kedai). Ada aje yand dibelinya but I'm not complaining, heheh... Oh ya, sungguh teruja dia bila terserempak dengan DSNorhalija. Tak teringat nak ambik gambar tapi sempat salam aje. Ndja kata DSN sangat comel, manis n cantik w'pun guna little mekap.


Yang nih star of the day kekdahnya. Ndja kata ayam untuk I while kambing for TB. Muafakat membawa berkat, kan? So kita harus exchange suka sama suka (but I know TB tak pandang ayam bila dah ada kambing). Kita mampu habiskan 1 set aje so another set jadi rezeki D kot.

Buah Melaka tu sedap sangat .. lembut dan gulanya meleleh kedagu tis tis tis ... Yang hijau/putih tu pun YUM!

Khas untuk AA ... silalah .. jangan malu dan segan, hehehee ..

13 comments:

DeLancrettLurpak said...

yeayyyy!! I no 1!!!

DeLancrettLurpak said...

I kan bile part henjut tu, I siap imagine ok! nasib taktau muka CikSom yg sebenaqnya.. kalau tak, full visualization you,


erk, you ada lelemak mcm I ke? hehehe.. mcm tak je..

ZR said...

saya mcm cik lurpak juga..imaginasi saya agt tinggi ye...aduiii...

uMMisYa said...

Salam kak. Lama sungguh sya tak menjengah blog akak. Sya dah kerja semula & bz skit skrg,tu yg lama x update blog. Thanks kak sbb masih sudi menyapa di Blog sya yg dah lama suram.

azieazah said...

SOM..
terharu niii.. terimakasihhh!

Apa lah yang I nak komen agaknya. Bila baca kisah spin mesin basuh yang hangguk hangguk tu, I jatuh kesian.

Bila baca tang set Nasi Arab tu, I jatuh chenta...

Bila baca bab jumpa DSNurhalija tu, I jatuh kagum..

bila baca bab Buah Melaka tu... huh! Air lior I yang jatuh.

Dan I rela jadi tukang perah baju U.. (itupun kalu umah kita dekat-dekat).. hahaha mujur!

hahahahahaha

Antara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!

Lili said...

Hahahaha))) *oopps, dah boleh ketawa, ek?

Betul jugak kan, kalo you henyak2 telur dgn gula dah boleh buat baulu kat kami yang sering melangut kat umah you ni.

Alahai CS, mogok2 pong dapat nasi mandimanda, I mogok kena turun dapur...

Anonymous said...

dulu when i tukar posisi wm, samalah problem. i use your teknik tapi tak pakai sangkut baju. i twisted the outlet valve keatas and it works till now.

p.s entri ni buat my imagination run wild instead of kesian you :}

ahkakbatik said...

DSnurhalija tu cantik sebab tak berlemoih masuk dapur macam saya... kalau saya tak masuk dapur... saya pun cantik kan ciksom kannnn........

Kakcik Seroja said...

Mr Bob (suami I la tuuuu) suka sangat makan nasi arab. Tapi isterinya ini lebih rela makan nasi dengan pucuk paku masak lemak bersama sambal belacan. Oh! sungguh pasangan yang tak serasi, kan? ;-)

Mesin basuh I yang diletak semetara (kerana berkemas) di luar pagar, telah disapu dek kaum beberapa bulan lepas. Huhuhu...

Ibu n Abah said...

Kak Som..
nasi dari Hadramaut...
hmmmm..... masa i jumpa ja 2 minggu lepas, my geng KKM ajak makan kat Hadramaut pada waktu yg sama... but instead.. i pilih jumpa Ja...
So nama Hadramaut dan Ja dah jadi sinonim...
satu lagi....(nak menyibuk kat sini citer persamaan kita)
My WM-washing machine dah bisu... i dah kena belajar bahasa isyarat pulak... dulu dia suka buat bunyi bila cucian dah bersih... tapi kini dah diam terbungkam saja.....
6 tahun, kira dah lama ker?....

CS said...

DLLURPAK
Jarang I beri hadiah pada orang pertama tinggalkan komen but this time, just for you I hadiahkan CUTI2 DIBRISTOL/BIRMINGHAM selama mana you suka. Fair deal tak? ehem..
Lelemak? Ayooo, pls don't remind me. Tepu tak tepu, semua ada.
Psst.. visualise muka I cam muka Dodo Cheng boleh?? haha..


K.TEAM
Adalah afdal if you could visualise something sejuk mata memandang, auww...


SYA
Blog bercuti takpe asalkan urusan keluarga berjalan lancar. Timakasih tak lupa menjengah kesini :-)

CS said...

AA
You perasan tak I dah buat you JATUH sebanyak 4x? Cukuplah jangan jatuh2 lagi, tak sanggup I bayangkan you gedebuk jatuh pakai selipar perpel cam nangka busuk. Bila you sebut 'mujur', ia terus menusuk kalbu sbb bunyinya cam tak ikhlas aje??


LILI
Caner dah boleh ketawa? Baru recharged bateWi ehh? Ekceli my sista tak tau pun I majuk tak nak masak. Gitulah kekdahnya kalau rezeki nak datang, kankankan?


NOIR
Thanks for the tip but I kenot imagine how your teknik works (mende complicated always blurs me). Imagination runs wild? I think you better jangan pandang kelangit selalu sangat, heheh.

CS said...

AB
DSN mana boleh lawan you?? Dah ada anak mpatbelas pun masih sweet sebentin. DSN ada??


KAKCIK
Mr Bob? Auww.. so sexy, ahaks. Nasi arab mmg tak boleh makan selalu sangat. Anytime lauk kita yg biasa2 tu jugak yg sedap. WM dah dikebas dek kaum? Alahai.. dah beli yang baru lum?


AKAK
Nasi arab Hadramaut tu sangat muai. 1 set boleh 2 orang makan. Haa.. your WM tu, I think dia mengamalkan 'silence is golden' kot? hehe ..

'Silence is Golden', aaargh.. lagu lama tu, huwaaa..