Tuesday 1 March 2011

Telur kocak2 jadi omelette ..

Tiap subuh either Ndja or me will sms each other. Subuh2 pun sibuk bersms. Ekceli kita bersms tak kira masa, tempat, cuaca atau musim, hehe.

Subuh tadi kiranya I dapat ingot emas sebab terus solat bila masuk waktu. Ingot emas, serbuk emas, gerek atau serpih emas adalah jawapan yang kita berdua classifykan seiring dengan waktu kita solat. Agak2 terbabas kari pukul 7 baru nak mengeliat n genyeh2 mata (contoh keji nih), memang dapat gerek ajelah. Sape tak tau gerek??

Kononnya dah dapat ingot emas, I duduk kejap disofa sambil 'baca2' apa yang patut untuk bekalan akhirat kekdahnya sementara tunggu alarm hp berbunyi pukul 6.30 untuk kejutkan T. Sedang 'baca2' tu tetiba pintu rumah diketuk. Selalunya I intai ikut tingkap dulu tapi kali nih I terus jer bukak pintu. Ada 4-5 orang lelaki pakai baju putih, semuanya sendo2 belaka. I cam 2 orang, rupa macam pelakun drama.

Tetiba I rasa cuak, spontan aje I tutup pintu tu tapi pintu tu renggang. Owh man! I terus tarik pintu tapi 4-5 lelaki tu terus force open the door. Diorang terus masuk macam dah biasa aje. Ada yang terus kedapur cari makanan. I suruh diorang keluar "nih rumah saya, suami saya takde awak semua mesti keluar". Berulang kali I bitau "suami saya takde rumah".

Pastu lelaki yang rupa cam pelakun tu ambik hp dia terus telefon TB. Bila dia dah cakap dengan TB dia pass hp pada lelaki sorang lagi. Belum sempat lelaki tu cakap dengan TB, I mencelah "mintak saya cakap dengan suami saya". Berbueh mulut I bercakap dengan TB macam bertih jagung "you balik rumah cepat you, diorang masuk rumah kita, you kena balik sekarang jugaaa" ...

Somehow diorang balik tanpa perlu I panggil polis .... so I happily terus kedapur masak udang salut tepung dan omelette versi T. Dia nak breakfast nasi dengan 2 lauk tu sebab dia skip dinner semalam. Giler aah, by 8am cik Som dah siap masak?? Tulah satu aktiviti pagi paling mulia cik Som tak sker nak buat, hehe..

By 9.30am J-gua meluncur membawa anak burung pulang kesangkarnya, tweet.. tweet!!

Telur, seaweed, filament or crab stick, lada hijau n bawang. Jangan lufer garam okay?

Semalam I tengok drama ... 2 pekerja bank datang kerumah makcik tua. Diorang mintak makcik tu keluar dari rumah (nak kena sitar) sebab dah 6 bulan tak bayar pinjaman bank. Ekceli bukan dia yang meminjam tapi semua tu kerja anak sedara dia yang badigol yang suka berjudi n berfoya2. Dia 'jual' geran tanah makcik tu pada bank.

Dah tentu makcik tu panik 3-rasa .. takut, heran & marah so dia nangis hiba merintih2 "tu rumah aku taw.. tu rumah aku .. kalau kau ambik rumah aku, kat mana aku nak duduk?" .. huwaaaaa .. sob x 18.

Mimpi adalah permainan tidur, kan? Apa yang kita pandang atau pikirkan semasa berjaga mungkin akan jadi cerita dalam mimpi (w'pun kadang2 tanpa kita pikir, benda tu datang dalam mimpi .. contohnya ada orang syok kat kita, auwww..).

Tulah tu, suka sangat tengok drama sampai 'orang bank' yang jumpa makcik tu masuk dalam mimpi I, har3. Mau I tak panik??

14 comments:

Tie said...

Haha.... memanglah panik! Kita tentunya nangis guling-guling lagi....

Lain kali tunggu orang beri salam baru bukak pintu.. walaupun dalam mimpi!!!

DeLancrettLurpak said...

hahahahahah.. CikSom terlampau feeling la tgk movie..

itu baru tgk cerita mcm tu.. kalau cerita hantu, I taktau laaa...hehehe


awainya makan nasik?

CS said...

TIE
Kalau tak bermimpi, jangan harap I tunjuk muka langsong. Kita cam dara pingitan bila duduk rumah semunyik belakang langsir. Tak sker mimpi gerun2 cenggitu. Hari tu mimpi handbag hilang, waduh2.


DLL
Drama biasa2 aje tapi I amat menjiwai watak, kesian dgn nasib makcik tu. Selalu gak nengok citer seram tapi tak plak mimpi.
My doter makan nasi awal sebab dia skip dinner; lagi pun dia nak balik ketempat dia ada kelas pagi tadi so dia kenyangkan diri so that dia boleh skip lunch :-)

ahkakbatik said...

hampeh entry CS hari ni,,,, iya-iyo oo hengat CS dapat jumpa superstar cerekarama mai ghumah...

ada rupa remy ishak org tu? rosyam takmo dah tuo...

Rima said...

LOL Cik Som.. nasib bukan si Aaron if si dak Aaron sure u dont want the mimpi to end begitu saja hehe

zarin said...

sungguh2 u menjiwai watak ye..errr hensem ke pelakon drama tuh?
eh, teringat i last year, tertengok tv3 punya drama pasal wife dia mati dlm tidur then malam to i termimpi hb i mati plak...nangis2 shahdu shahdan sampai terjaga tidur and nampak hb kat sebelah..cepat2 panggil nama dia and sib baik dia jawab...uuuuh sib baik mimpi rupanya

Lili said...

I mimpi CS dengan al-JAzeera duduk tepi sungai kocak2 kaki dalam air sambil nyanyi lagu Suriram...

CS said...

AB *bukan adik/kakak TB*
Hampeh ka? kakakaa.. dapat gak menggetarkan jantung limpa you di Charlotteh nun, hehe. Niway, yg datang dlm mimpi tu tak pulak I kenal tapi dia selalu dapat watak jahh-hat! Rosyam dah tua? tapi dia tetap berlakun jadi somi romantika d'amor in Trilogy Cinta (kita folo wak!).


RIMA
Aaron? har3. You tau tak dia tu pembersih? mengelap lantai guna kain (tak guna mop), ikut cara Jepun. Very d'teliti one. How I know? Haaa...

CS said...

ZARIN
Kadang2 berkoyan I tengok drama/movie, tak pun dtg kat mimpi tapi kes makcik tu, alahai.. I dapat rasakan ferasaannya. Pelakun drama tu muka dia tegang aje, sah tau dia jahhat. Pastu trus merempuh masuk rumah I,tak beri salam plak tu, muahahah..
Ada sekali I mimpi someone tu mati. Wpun dia mmg JAHAT dgn I, bila tersedar, I nangis you.


LILI
Lagu Suriram? Al-Jazeera n me main kocak2 air, maka terlihatlah tumit dan betis kita yg gebu mulus?? Nanti you dapat ketumbit kang.. a'haa tak ta'wu!

Anonymous said...

i had to read twice, no 3X. panik jap. semalam i mimpi 7 puteri, takut...

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Haha! Dalam mimpi pon buleh lepas saat genting, terus masuk dapor. *tabek!*

Saya pernah couple dengan Sammy Supernatural, yang tinggi dan hensem dan cool gila tu :D (kes marathon tgk siri tu sebelum tertido pegang remote)

CS said...

NOIR
Nape you read 3x? My karya mengelirukan ke? atau you sedang menjiwai watak? ahaks.
Mana datangnya 7 puteri tu? Cuba citer sket..


AIDA
My mind memang set nak masak something lepas solat subuh, tu sebab mimpi ngeri tu takde effect on my mood. Ekceli I terlelap for a few minutes jer (I was citing some doa masa tu).

Mimpi Sammy? Best gak mimpi 'idola' kita kan? hehe..

azieazah said...

Ya SOM.
I pun sedih tengok Nenek tu yg tertipu dek anak sedara sendiri. Pakai jubah serban macam alim tapi ada hati nak jual anak menakan plak buat bayor utang...


Hmmm tengok telur taruh macam2 tu memang tergoda, tapi bila tang part Crab Stick tu.. aduhai..

Nanti I citer kat entri lah pasal Crab Stick tu...:)

CS said...

AA
Kalau dah biasa tengok drama Melayu, kita mesti dapat rasakan watak seseorang tu jahat atau baik, kan? Awal2 lagi I dah kata "siMalik tu mesti tak bleh percaya". Anytime kita boleh jadi penulis skrip, kahkahkah..

I sedih tengok hal sibuta sekeluarga tu. Cian ek?

Anyway, hal crab stick tu kaaaan.. ekceli dah lama I tak beli tup2 dara kata nak makan mende tu masak omelette.

I lebih suka brand SeaPack tapi dah lama dah phase out. Brand yg ada dipasaran memang tak best.

Awatnya? You ada citer seram pasal crab stick tu ehhhh?? Cer citer..