Selalunya kita singgah R&R AK for late lunch tapi kali nih tak boleh nampaknya sebab tempat tu mesti dikerumuni umat.
Tak tau macamana keadaan sepanjang perjalanan nanti. Diharap tak tempuh kesesakan yang melampaui batas sebab hari nih sebilangan besar yang bercuti mungkin dalam perjalanan balik kedestinasi masing2. Berita TV dah beri amaran hala keselatan dan keutara mengalami kesesakan teruk - massive jam katanya.
Semalam mem masak 'kus-kus' dan lauk daging beriani atas permintaan siadik manis, hehe.. Dah ada lauk spesel tu, mem terajin nak menjala pulak. Bila TB tanya apa yang I buat untuk bekalnya malam semalam? I jawab surprise! kenot tell (sebab malam sebelumnya I mogok tak buat apa2 untuknya mengunyah diofis).
Am sure TB tersenyum riang tatkala menikmat RJ diofis (sambil lambai the real RJ diPerancis) dan terdetik dalam hatinya "cayang diaa" :-)
couscous & beriani daging -sarapan tadi |
rupa couscous macam manik2 kecik |
pulut kuning |
periuk dah licin baru teringat nak klik2 |
Dah 2 minggu tak keRD, tak tau samada rumput2 yang ditanam sebulan dulu hidup menghijau segar pugar. Diharap takde binatang atau serangga liar yang merindui mem macam minggu lepas. Kita masuk toilet pun dia nak ikut makanya mem tetiba jadi shaolin warrior berhempas pulas dengan sekor nih ..
nasib baik mem tangkas guna batang mop, har3... |
Till then, salam ceria ...
.
9 comments:
Salam CS,
pemurah ingatanmu terhadap itu nun terjauh disana RJ yang tidak boleh dikunyah.....! tersentuh lembut serasa dihati yang sememangnya lembut..!
gimana pun itu couscous/semoules/boulghour aka nasi kepada ummat manusia dari Morocco, Algeria juga Lebanon begitu popular disini Peranchis... almaklum mereka semua banyak berhijrah disini jadinya sering sekali menyediakannya dimakan bersama brochettes/satay daging cara l'orientales atau pun Labanese salade "Taboulé" yang terkenal itu... rendang CS pastinya mega yummy karena casserole sudah kosong&licin namun adore dengan itu serai yang sendirian...
Selamat beristirehat diRD, semoga rumput-rumput baru tersebut sudah menumbuh dengan jayanya... sampai nanti.
assalam CS...ai tk pernah makan kus-kus, sedap tak? adakah lepas makan kita macam nak tercakap, kussemangat? ekeke
yg tinggal serai tu, lauk apa? heheh kepochi ni...ya la psti sedap tu, sampai lisyin lisyau....
gambar last tu, terlompat ai you!
rainy season camni memang ada je tetamu dalam last photo tu kan auntie CS. Dah jumpa 2 kat sini. tapi tak sebesar yang auntie jumpa la.
memang ramaiiii sangat umat kat Melaka this holidays, penuh jalan and dalam malls.
Howdy! This blog post could not be written much better! Looking through this post reminds me of my previous roommate!
He constantly kept talking about this. I most certainly will
forward this information to him. Pretty sure he's going to have a good read. I appreciate you for sharing!
Here is my homepage - cash advance loan cash
kuskus semangat tu kan, i tak pernah makan... cemana rasanya ekk.. beriani daging tu prrgghhh kasi leleh satu badan.. longlai tengok sbb lama tak makan (nak masak tak reti & mim alif lam sin)...
ps: i baru tau ustaz citer hewan bahaya takleh bunuh dalam rumah.. kena jolok2 kluar rumah baru bunuh.. kalau kat luar rumah, can bunuh terus.. tapi scary la nak jolok2 kasi kluar rumah..
RATNA (wkumsalam)
Sesungguhnya memang ingat selalu apatah lagi you antara sorang dua yang sudi dan kerap memberi sepatah dua ayat pendorong naikkan semangat dan menghidupkan ruang komen Al-kisah yang kian gersang. Couscous tu jarang2 dimasak unless ada yang memintanya. Rumput rampai diRD tak berapa elok tumbuhnya, sob3.
QJ (wkumsalam)
Kalau you nak kuatkan lagi semangat, sila makan kus2, heheh.. Kus2 tu ada rasa tersendiri sama gak macam pulut (yg kadang2 rasa/bau cam kotak, ekekeke). Psst.. awak speed reading entry kita eh? Sah tertinggal fakta as to why kita guna serai untuk masak apa. Alaaa mencii aah cenggini :-)
CAHYA
Maybe so sebab musim hujan sementelah centipede mmg suka tempat2 lembap (lembab?). Since ramai bercuti keMelaka, for sure you tak menang dan kering tangan melayan pencinta2 kopi. I can imagine..
ANONYMOUS
Cash advance loan for free? If that, I like! Present status: debt free.
MULAN
You boleh beli kus2 kat Carrefour atau Grocer. I makan kus2 dgn lauk tapi kalau dibuat sup pun sodap (serupa makan makaroni sup kekdahnya). Mekasih bitau cara bunuh haiwan bahaya (masa hari kejadian I berada dlm keadaan mengiurkan dalam bilik air, mmg tak terpikir nak kuis2kan. Kebetulan batang mop ada dlm bilik air, I pun keluarkan bunga2 silatlaa..
Post a Comment