Monday, 16 February 2009

Coincidence ?


Al-Fatihah untuk RA. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampun segala dosa, diterima ibadat dan taubatnya serta ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin.

Dalam masa 14 tahun kami masing2 berhenti kerja, adalah dua tiga kali kami bertemu di rumah LS, sesi makan2 dan sekali dua jumpa dimajlis kawin. Walaupun tak selalu jumpa, kawan2 selalu update perihal kawan2 yang lain. Sejak mula kenal RA, penyakitnya ialah semput, lepas tu alami 'lung collapsed'. Selama ni RA hidup dengan sebelah paru2 saja.

Awal tahun lepas, RA jalani pembedahan kerana barah tulangnya. I tak pergi melawat cuma dengar cerita dari FMR aje. Pertengahan tahun lepas, FA, NA n I melawatnya di DSC sebaik saja kami tau keadaannya yang lumpuh dari dada kebawah. Kami cuba menahan sebak tapi RA cool aje - masih positif, masih tersenyum dan pasrah. Sejak dulu RA memang kuat semangat terutamanya redha dengan berbagai dugaan Allah.

Semasa hadir menyaksikan jenazah RA dimandikan, kenangan lalu mengimbas. Al-kisah..

Dua orang yang tak pernah kenal ditempatkan dalam satu bilik di Ming Court, PD. Dah tentu I yang terasa lebih tak selesa, tak best, tak tu tak ni .. sebabnya I malu dan terasa kekurangan. Kalau tak silap RA kerja sebagai Info. System Analyst dan I? I kerja sebagai nadi pejabat jer.. (tapi important gak taw).

Malam tu RA diserang semputnya. Baring tak kena, duduk tak kena. I offered my help but the least I could do was to offer her minyak angin. Kebetulan I bawak minyak angin cap Singa Kwan Loong namun sebenarnya I tak suka minyak angin kerana ia mengingatkan 'sakit perut yang memulas2 tapi tak nak keluar2 ' dan juga mengingatkan zaman kanak2 'mabuk darat ketika berjalan jauh'. Tak best!

Dalam pada tu, sempat juga telinga ni dengar beberapa ?**?@!.. You know, gegerl talk TAPI yang paling memeranjatkan albeit mengembirakan was when RA dropped the bombshell that her hubby was SH - naib juara Bintang RTM (tahun? hehe tekalah). Masa bercerita tu RA tak de pulak excited yang hubby dia punyai suara sedap. Sipendengar cerita lagilah cool .. (buat2 cool mcm tak heran gitu).

SH sezaman Jamali S dan Frankie C. Masa tu Bintang RTM world tau, kalah American Idol (haha). Kebetulan pulak Frankie d'celebrity ni was our Maths teacher so kelonggaran telah dibuat dengan bijak sekali. Setiap kali recess, kami dihiburkan dengan lawak Atan aka JS, lagu SH 'That Wonderful Sound' dan tentunya lagu 'Cheryl Moana Marie' dari selebriti merangkap Maths teacher kitorang Mr Cheah...(and because of him I passed my Maths..). I wonder too, boleh pulak HM Mrs Rasiah yang bermata hijau kulit langsat muda setuju kitorang dihiburkan cam tu.

Dan beberapa dekad kemudian, siapa sangka (sumpah I tak sangka as it was beyond my wildest dream) I berkenalan dan berkawan dengan RA, wife SH hingga keakhir hayatnya. Banyak kali bertembung dengan RA&SH jalan pimpin tangan lovey-dovey gitu (namun I buat2 tak pandang). Juga tak sangka Mr Cheah pernah jadi jiran kakak and now operates a Nyonya Restaurant at the ever so busy area of SS2.

Coincidence atau kebetulan, semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Life is indeed short, very very short.

3 comments:

Anonymous said...

Cik Som.. wa tak penah dgr pon nama SH tuh.... mesti masa tu wa tak wujud lagik.... Alfatihah untuk arwah kawan Cik Som.... cantik ek... cam awwww.... Cik Som jugak....

Lee said...

Hi Somuffins, just dropped by say hello.
Keep well and have a nice day, Lee.

CS said...

Anonymous, tq and auwww. Takmoh kembang sangat nanti suar tak muat kang, haha.

Lee, tq. Hope you juga sihat, ceria dan bergembira.