Wednesday 4 February 2009

J-gua .. (masih)

Today is Wednesday and I feel jittery already. Jittery ni macam gementar, bawah sikit dari menggelabah. Lepas Rabu.. Khamis and then Jumaat ... aaah, kena pegi spital lagi untuk baluti lukaku kali ke-4. Sebab tulah gementarrr... pedih, sakit......hadoii!

Dressing kali ketiga yang paling tak best! Ada yang best ke? Adaaa (bila tak rasa sakit laa). Selalunya misi aje yang bersihkan luka tapi kali ni doktor sama2 sertai rombongan. Apsal semalam dalam bilik tu ramai sangat misi kuar masuk? Buat I cuak aje.

Doktor kata bengkak yang I alami mungkin hasil gigitan serangga. Notinye dia! Sekarang ni I very d fobia bila nampak bintik merah dibadan. Anyway, bila tengok muka doktor yang berkerut semasa meneliti luka, buat I risau gak. Dia mintak ??!*? = sepit angkup, dia mintak gunting .. all made me resah dan bertambahlah lagi kedutan dimuka I menahan sakit.. Ouch!!!

Misi kali ni bagus.. selalu sebut Bismillah. Lepas selesai segala, dari tingkat 7 I terjun ke ground floor nak kayakan SDMC. Hubby tunggu kat bawah, kalau tau kali ni sakit, sure dah suruh dia bawak troli ke, stroller ke ..

I ni kan, mana pernah pegang2 tangan hubby masa berjalan sejak zaman bofren n gefren lagi. Namun semalam .. terpaksa melapah tangannya yang sasa itew hingga ke kereta..gigigigg.. (giggle sambil katop mulut: Mana ada sasa? Dia tu slim sokmor). Masa pegi lunch kat restoran dot3 (saja tak nak sebut, nanti Gee cemburu), sekali lagi tangannya I rangkul, jalan pelan2. Memang sakit tapi nak makan punya pasal. "Tulah sombong" kata hubby berseluruh bila I kata "ngaderkan I ni.. dulu takdelah nak pegang2 cam nih"......(ehhhh... tak skerlah orang kat restoran tengok kita cam nih..).

Alhamdulillah dapat makan dengan lauk yang sedap2 belaka. Sambil makan, sambil berbual dgn tuan punya kedai. Buat baik dengannya bukan nak mintak makan free, no no! Macam2 topik yang keluar. Sebelum balik, cam biasa... tapau 3 lauk untuk dinner dan 2 jenis bubur - bubur chachacha & pengat pisang+labu. Oleh kerana parking bay sempit, I yang besar ni tak muat nak masuk ikut pintu depan, maka ... heheh.. tetiba hubby jadi drebar "Nak pegi mana puan?".. "ke USJ ye encik" .. "Ngaderr.."

ODW home singgah workshop melawat J-gua. Sayu tengok my baby kat situ. Mekanik 'jack' keta tinggi2 cam tu, kesiannya dia. Mekanik belum boleh buat apa2 selagi tak jumpa spare part tapi diorang buat tampalan aje maka bolehlah drive dekat2. Diorang caj 20 inggit aje.

Dah 8 tahun guna J-gua ni, baru kali ni dia buat perangai - marah bebenar sampai berasap2. Mesti ada yang mishandle her almaklum sekarang ni dia dah berkhidmat untuk dua boss lagi ie Mr D dan Ms T.

Pagi ni hubby hantar kereta kat workshop yang beri I sebijik limau hari tuuu. Kedekut akin salty nose shit!

2 comments:

Dicken said...

Dressing .. I suka, kalau misi buat.

Anonymous said...

Misi macam Mrs Doubtfire boleh ka Encik Dicken? Hehehe...