Tuesday 3 February 2009

J-gua sakit lagi ...

Isnin 2/2:
Ada apoinmen dgn doktor untuk 3rd dressing pada luka yang bertuah nih. Apoinmen pukul 2 ptg tapi ditunda ke 4 ptg sebab doktor ada hal. Dari 4 ptg ditunda ke hari Selasa 11 pagi oleh si tuan luka. Ada hal yang tak dapat dielakkan.

Lunch date dgn hubby kat Anjung Merah. Perkenalkan tempat baru ni biar dia senang hati dapat makan ayam kampung, gulai kawah dll. Baru pukul 1 .. mak oii .. dah penuh dgn umat manusia menjamu selera. Hubby menegur bila tengok my nasi n lauk "kenapa sikit sangat?". Cewah.. malu2lah konon maklum orang belanja tapi sebenarnya teringat pesanan sorang kawan nih .. "makan lauk singgang aje, jangan makan ikan kembong n udang - nanti gatal. Jangan makan yang berlemak, kolesterol..blablaba...". Tulah sebabnya I tetiba jadi kambing makan sayur2an je (adalah curi a few ketuls daging kawah dan lemak2nya sekali, 'syesss' sedapsnya).
Hari ni nak pergi makan kat tempat tu lagilah (sambal tumis udangnya mengancam tau).

Sempat berwawancara si tuan punya kedai bila dia menegur "terima kasih..datang lagi". Orang Perak rupanya. Lauk pauk yang ada kat USJ11 tu semuanya dimasak dari restoran USJ3A nih supaya rasa lauk pauknya sama sedap tak lari kemana-mana.

Berbalik pada tertundanya my apoinmen ke hari Selasa .. Semalam D bawak J-gua ke opes kira2 pukul 2.30 ptg. 15 minit kemudian D fone abahnya.. "kereta rosak berasap2 kat USJ19". Hadoiii.. baru 2-3 hari lepas kereta dihantar ke workshop, foreman bawak kereta pusing2 nak test temperature namun suhu tak naik pun??

Nasib baik hubby cuti dia pun menyongsong secepat kilat. Li...you sayang D atau sayang kereta? Nasib baik juga kereta rosak berdekatan dengan workshop USJ18 so J-gua bermalam disana aje.
Kelakar juga D bercerita masa kejadian kereta rosak tu. Hehe, dia terus mengucap bila tengok tempat duduk berasap. Adalah 4-5 orang datang tolong tolak kereta ketepi. Kebetulan kereta polis lalu dan bunyikan seren (ya ke seren?). Sebelum bunyikan seren, polis tanya "kenapa nih"? dan ada yang menjawab "takkan piknik pulak?" .. "kereta rosaklah weh". Mereka dari species yang tak suka polis kot? D mintak 2 botol air dari Bro Cina tapi Bro Cina ofer 3. "Baik dia Mi".

Kebetulan hp D takde kredit (part ni gua hot betul!) so dia pinjam hp pakcik Indon yang jual jambu batu kat tepi jalan. "Mi.. dia kasi D jambu. Dahlah banyak, sedap pulak tu...hahaha"... "tak maluuu punya budak".

Pengajaran untuk D. Tak rugi kita buat baik, tolak ansur dan beralah bila dijalan raya. Kita kasi orang jalan, there will come a time, orang kasi jalan kat kita walaupun bukan orang yang sama akan balas kebaikan kita.

Pikir punya pikir, bagus juga D yang bawak kereta petang semalam tu. Kalaulah Umi yang terkena? YaAllah ... syukur alhamdulillah, semuanya selamat.

4 comments:

G'Zain said...

Lu nih asyik pegi Anjung Merah jek tau. sSuka buat wa nyeles dahlah wa sekarang jauh berhijrah kut ngidam kena bayar tol RM3.20 semata-mata nak makan kat situ kan parah wa...

Anonymous said...

Jangan marah..wa pegi lagi masa lunch tadi...herk3. Lu cuba pegi restoran yg baru tu..k?

Dentist and Me said...

Jangan pakai J Gua, boli je mecedes

Anonymous said...

Heheh, lu ada extra AP ka? Belikan dulu, boleh?? J-gua tu banyak berjasa. Wa sayang bangat!