Tuesday, 29 June 2010
CCM .. cuti2 Msia kekdahnya...
Dah lama dia ajak T makan angin. Plan after plan tak menjadi sebab schedule masing2 asyik bercanggah aje. At last .. 2 malam lepas tetiba T bersuara "Mi.. ibu ajak pegi PD. Umi camana?". I yang sedang gigih menyediakan makan malam tak bersuara apa pun. My habit yang D n T (n TB) tak gemar, kah3. Bila orang bertanya dan I sedang memikirkan jawapannya, I will remain silent. Tak pulak I bitau "jap.. Umi pk jap". Hahaha.. sekali dua kali biarlah diorang naik darah dengan habit I tu.
Masih tak beri jawapan pada T, I cepat2 anta text kat Ndja macam perutusan Sultan Melaka pada Tun Teja kekdahnya tapi takde 'cop' istana, har3. I bitau Ndja "lain kali tolonglah bincang dengan I dulu.. you taukan T tu camana?? I tak nak dia drive sendiri ke Sban tu. Lagi pun ..... blablaba" <- I membebellah tu. Kesian pulak kat Ndja bila dia jawab "mahap Buk". Longlai n luluh terus hati I bila dia kata gitu (tetiba teringat BBBB=BatuBelahBatuBertangkup).
T berkeras nak drive juga ie I berdua aje pergi. Kali nih giliran I plak kena damdamdum. Dia kata "T tak paham dengan Umi ngan Abah. Kalau tempat tu jauh, mesti tak nak pergi. Kalau tak tau jalan, tak payah pergi. Kenapa kita tak cuba jalan aje?". Begitulah serba sedikit bunyinya .. sebijik sebijik I kena. Oh well .. I tak marah sebab apa yang dia kata tu benarrrr belaka.
I pun mulalah berdoa. Doa fevret berbunyi "YaAllah permudahkanlah urusanku". Doa nih perlu bebila peranan I jadi mediator diperlukan maklum nak jumpa Tuan Besor kekdahnya, ngeh3. Satu, satu I bentangkan masalah. Sesi pembentangan tak pulak kat meja makan yang bujur tu tapi dalam dapur semasa menyediakan makan malam dan TB sedang gosok baju (auwww.. rajin dia gosok baju sendiwi kan?).
Tanpa disangka2 TB kata "kenapa tak pergi hari Selasa, kan I cuti? Boleh hantar sekali". Waah + Wowwww .. hepinya I bukan kepalang, macam dapat kebenaran takyah masak setahun aje. Bila hal tu dah setel, I bitau T yang Abahnya akan ikut sekali. Dia cam tak hepi sebab dia nak cuba drive sendiri ke Sban tu. Ishhhh.. dia nih tak macam I langsung. Takut2lah sikit hendaknya. Apa pun I dah gumbira sebab T tak drive, noktah!
Kesian plak dengan D. Takkan dia tak ikut sama? Bincang dan bincang lagi. At last, jawapannya D ponteng kelas (boleh??) sebab we kenot wait for him to finish class at 3pm. Lewatlah nanti kita tiba di Sban dan pastinya TB akan menggelabah cari tempat yang kita nak pergi di PD tu.
Psst .. masa ke KL hari Senin tu kitorang dah tersesat kan? Nasib baik ke KL hari Selasa tak sesat .. meluncur aje kereta membelah angin; tapikan tapi bila balik hala Subang boleh juga tersesat walhal bukan tak biasa. Masa tu dah malam.. D,T n I dah tersengguk2 dan TB syok aje tekan minyak hingga ke Eco Park nun jauh disana ..
Nampaknya bapak borek anak rintik berkobar2 nak gi fishing. Diorang berdua tu gigih mengemaskini fishing rod dan ntah apa2 lagi tu. Harap2 dapat ikan Cod atau Salmon, meheheh. Mimpi disiang hari lerrr...
OKlah, nak bersiap2 dan pack apa yang patut. Ada sesiapa terpandang my shocking pink polka dot swimming suit yang I tak pernah beli tu tak??
Hingga jumpa lagi .. jangan teropong2 I okay??
Monday, 28 June 2010
Amankah keadaan dengan extra router?
Friday, 25 June 2010
Petang Senin 22 Jun 2010 ...
Oh yaa.. mesti coretkan for the record. Masa masing2 sedang bersiap2 nak kerumah Ngah, D menyuarakan beberapa soklan. I tau niatnya, maklum I kan Uminya? tapikan tapi belum sempat I pakat dgn TB, D dah ngorak selangkah. Sukalah dia tu dapat drive keta berkonvoi dgn TB. Tak ke gatal namanya tu? I dah kata "apa salahnya pergi sama2". Yang TB pulak thot D reti jalan kesana, tu sebab dia tak membantah. Sigh...
Seboleh2nya I takmoh masuk dalam list hitam Abg Mat @ suami Ngah kerana tak punctual, no no no! Janji bertolak kul 3.30 ptg tapi biasalah kan? Pukul 4 baru membelah awan dengan D mengekori dari belakang.
I belum pernah drive sendiri ke rumah Ngah sebab madang tak sure routenya. Dlm setahun adalah 2-3 kali kesana dengan TB, so camana nak hafal? Bila kesana dgn Ndja, dia guna route lain, ikut jalan tu dan tu dan tu terus tiba kawasan Sri Hartamas. Sekali lagi dengan soalan yang sama, camana nak hafal?
TB mesti ikut jalan yang biasa dia guna sejak dolu kala. Zaaap, zuup, zoooom.. tau2 dah tiba stadium hoki, bulatan Jln Kucing dan bangunan IKIM. Belok kiri, terus, belok kiri, terussss pastu nampak jalan mati, belok kiri terus lagi sket; sampailah (takat tu memang I hafal tapi jgn ikut route lain.. sengsara wa cakap lu).
Tapi sejak MRR2 wujud (izit MRR2?), dah 2-3 kali juga kita tersasar al-tersesat! Sekali lagi berlaku semasa kitorang beriya2 nak tiba cepat. I thot my sense of direction is bad but when I thot TB should konar baring kekiri, dia terus meluncur tegak kedepan. Menyedari hakikat, I bersuara dengan lembut "you patut belok situ kan"? (sebagai isteri yg memahami, seboleh2 janganlah 'bubuh garam pada lukanya', bahaya beb!). Ahalahahahaiiii <- nangis dlm ati jer, sempat ke nih??
.
Memang tersasar to the max; boleh lalu pasar borong Selayang, juga dah dekat benar dgn Hospital Selayang *sigh*. Kawasan nih tersangat familiar sebab 3 tahun dulu selama 2 minggu kita selalu berulang alik ziarah (aruah) abang kat spital tu.
.
Merata2 jalan sendat cam nak rak maklum orang balik dari opes. TB kononnya nak berF1 whenever necessary tapi member tension aje sbb D punya pasal. Kalau TB laju, takut D terlepas pandang tetiba2 dia sesat ke Ipoh pulak, har3 (best gak, boleh kirim D belikan pau!). Ekceli I pun tension, mata I asyik mandang kecermin sisi just to make sure D tak jauh dari pandangan.
Sebenarnya bila pikir2kan balik, I terlupa D tu dah besar panjang. Takat sesat dalam KL, apa ada hal, khaan?? Makanya, I ought to praise him a bitlah, just as I menggelabah sebab D tak kelihatan dari cermin sisi, tetiba dia muncul boleh potong kereta Abah dia dari sebelah kanan!!! Har3 bertuah punya budak tapi cayalah... kahkahkah kihkihkih (memang tengah gelak nih sebab I terbayangkan Mr Bean drives a Kelisa).
Panjang cerita I ek?? Untuk catatan peribadi memanglah berjela2. Saper2 yg dah penat atau dah bosan membaca, pi rihat dulu minum jus ke, minum kopi Ali Cafe ke. Takper baca sikit2 dulu, petang or malam nanti, you boleh sambung baca. I janji tak prebetkan blog I nih *tersengih ala kerang busuk baru direbus*.
Dipendekkan cerita yang panjang dan akan terus panjang, akhirnya kita berjaya tiba kedestinasi just molek2 tak lewat dan tak cepat. Selesai solat Maghrib, seramai 30 wakil pihak lelaki bergegas ke masjid di Kota D. Ijab kabul diadakan disana selesai solat Isya'.
Tu diaaa.. dengan sekali lafaz aje, maka .. ehem ehem (sukalah tuu?).
Hantaran dari pihak lelaki. Cuba tengok hantaran mana yang paling lawa?? Keknya kah atau sirih junjungnya kah? Hehehee, takyah teka2.. Pandanglah.. lihatlah frame ituu ... Gigih I mencarinya malam2 hari, okay?? Saper plak yang pakai baju hijau tuu?? Abaikan.. sebab dia pemalu macaaaaam, saper ek? heheh.
..... and who are these two 'adik manis'?? Heheh, manis ke? Enter frame pulak dia .. ishhh..
Akan ada part 2 and 3 and 4 untuk coretan peribadi nih. Tungggu k .. tapi kalau tak nak tunggu, watken-aiduu, kaan??
Apa pun, I ucapkan terima kasih pada yang bertanya 'nape I tak bersiaran'. This is for you ..
Wednesday, 23 June 2010
Post FD ...
I pun apa lagi, cari peluang tumpang sekaki dua kekdahnya. I thebut tikus kat atas tu kaan? Memang.. sebelum ngunyah2 tu memang teringat sangat kat si Speedy Gonzales yang nakal dan terejal tu (BTW, ada orang kata I terejal. Boleh percaya ke?).
Untuk mengimbau kenangan silam, meh I sing for you sebaris dua rangkap. Jangan terphesona dengan suara I yang thedap theeeeket aje dari suara Pat Boone. "Speedy Gonzales, why doncha come home? Speedy Gonzales, how come ya leave me all alone?" ... Daaaaah, takat tu aje eh? Harap terhibOr..
Abah Gonz(ali) punya
Sunday, 20 June 2010
Mee PK kembali ...
Pssst.. apahalnya tu?? Tetiba mood ceria meria cenggitu ada apa2 ke?
Tengahari tadi masak mee PK aje sebab I malazz nak masak lauk. Bertambah malazz sebab stok blended bahan masak belum dibuat lagi tapi rajin plak nak blend untuk masak mee PK tu. Kalau buat sekali harung kan ke senang?? Haishhh..
Dalam freezer masih ada bahan2 yang boleh dijadikan lauk termasuk bahan2 dari planet Mars (rasa bersalah 44 hari 44 malam kalau I buang bahan2 tu), tapi dah takde mood, tak guna dipaksa2 nanti lauk yang dimasak jadi tak sedap (based on past experience).
Diharap bahan2 lain tak kecik ati bila I capai 2 ketul daging untuk dijadikan rencah mee PK. Dalam pada tu, I tetap masak nasi putih -> Plan B untuk malam nanti kot ada yang takmoh ulang makan mee PK for dinner; maka penggantinya haruslah nasi goreng aje.
Nih cerita 5 hari dulu. Selesai memborong, kami terus makan malam. Kucing tu macam dah kenal lama datang menggesel2 sambil mengiau2 bisu kat TB. Wahai kucing, I jeles okay?? I yang dah lama kenal TB takde pun gesel2 cenggitu bila terasa lapar *ngeh2*. Oh well.. dah rezeki si kucing, dapatlah dia beberapa cebisan ayam gor dari pinggan TB. I sengaja buat sombong kat kucing tu. Terover layan kang, I gak yg sedih. Takmoh, tak sker, tak nak.
Setelah duduk lama mengadap dan memerhatikan Ndja menyiapkan dulang hantaran, teringin gak berbuai dalam hammock tu untuk merelaxkan urat saraf tapi mampukah hammock tu menampung I yang 'comel lote' nih?? Kalau my BIL boleh berbuai atas benda tu, maknanya I pun boleh but what if malang tak berbau, hammock tetiba putus dan I terus tergolek dalam kolam ikan tu. Wahahaaa no way! I takmoh jadi bahan lawak untuk 12 bulan akan datang.
Lainlah kalau budak2 berdua nih yang memang sah syomel berbuai2 dalam hammock tu.. Kalau tergolek dalam kolam tu pun nampak manis aje, hehe. Oh yaa.. dak kecit tu nyambut besday dia hari nih sempena Father's day. Baru 6 tahun tapi dialah boss, dialah kak 6, dialah reporter dan dialah baby ... maklum anak koret.
Note 1: Mee PK (Pak Kassim). Pernah cerita asal usulnya kat sini dan cerita bonus kat sini.
Note 2: Title CS untuk TB telah dimansuhkan takut ada yang konpius. Kot kendian2 I cerita pasal CS basuh kereta belengging, tak pasal2 ada yang ingat CS yang dimaksudkan adalah CS yang sedang menulis nih. Haa kan dah? Belum apa2 I dah konpiuskan u'olls..
Friday, 18 June 2010
Nasi Kena Buli ...
Dari pagi, sambil berFB dan mengekek2 dengan kengkawan 'sebaya' dengannya dan sambil merayap2 dari blog ke blog, CikSom tetap jalankan tugas harian seperti ibu2 mithali yang lain sebab ada aje benda yang dicapainya. Pendek kata tak dan kerusi tu hangat
Sejurus suaminya berlepas keopes, tanpa berlengah setengah saat pun dia dah tercongok depan laptopnya. Tercongok bukan sebarang tercongok, pepagi lagi dia dah siapkan bekal untuk suaminya - air panas dalam tarmos viruu, air masak dalam vekas ijau, 2-3 sachets kopi instant dan 1.5 keping rotcan segera yang telah dipotong kecik2 semuat bekas cicahan gula Melaka <- tak adil ek? Apsal takde gula Johor dan takde gula negeri2 lain?
Hingga suaminya muak dengan bekalan tu, CikSom akan ubah suai rotcan jadi rottel pulak. Ramai tak sangkha dia boleh buat rottel just like that *sambil memetik ibu jari tapi kesian tak bunyi apa2 pun*. Toksah tanya resipi resipu camana dia buat rottel tu okay? Janji ehhh?
Kejap ehhh.. CikSom dah datang nihaa... Apa2 yang I bitau tadi, takyah bitau or share apa2 dengan CikSom ehh ehh ehh??? Psst.... Apsal hidung dia merah dan mata dia berkaca2 aje tu? Hmmm... nih mesti ada samting happen nih ..
Penat semalam masih terasa2 namun tak leh diikutkan hati sangat. Oleh kerana T bercuti, korum kat rumah cukup. Bila korum cukup, senang sikit hati bila nak masak lain dari biasa. Hari nih I bersemangat masak nasi Kebuli yang dah lama diidam2kan. Sebelum nih memang tak pernah makan nasi Kebuli so I kenot agak apa yang kurang dan apa yang lebih.
Tulah beras Basmathi yang diuar2kan 'terlebih panjang' dari biasa. Oleh kerana snap gambar guna HP tercanggeheheh, maka taklah kelihatan rupa beras sebijik2 (sekali pandang macam rupa maggot plak). Lauk2nya: Korma daging, ayam gor dan acar timun/tomato etc.
Salah satu misi ke rumah Ngah semalam --> hias bakul untuk 'flower gals'. Macam omputih plak ada flower gals ekk?? Katalah ... I ulangi .. katalah I adalah salah sorang dari empat flower gals itew .. harharhar ... majlis akan terhenti dengan sendiwinya sebab .................. ??? Sila habiskan ayat yang sesuai ... sniff.. sniff *hidung tetiba rasa gatal*
Hari Sabtu esok insyaallah Ndja akan jemput I untuk ke rumah Ngah lagi. Masih ada yang belum selesai. Baru jap tadi I dapat tugasan sampingan .. beli atau tempah frame comel semuat2 sekeping ceq. Nak framekan 'duit hantaran', kekdahnya.
Lepas Maghrib nanti barulah I berdesuuuup pergi kedai kat Tepan tu. Kalau takleh siap malam nih.. caner? Atau pun kalau kedai tu tutup, caner??
Thursday, 17 June 2010
Jalan2 ada misi ...
Wednesday, 16 June 2010
Kononnya bercuti, heheh..
Tuesday, 15 June 2010
Best aah..
So sehari dua nih, I pun nak tukar langsir, tukar alas kaki, tukar tu dan tukar nih. Sofa yang dah 12 tahun tu lain kali ajelah ditukar, tu pun kalau menang peraduan gores2, har3 .. maybe I reupholster sendiwi sofa dengan menyumbatnya guna kain batik atau kain pelikat koyak kepunyaan CS dan CS.
CS dan CS?
Sempena 'the new look' dan sempena bulan Rejab maka TB akan menjadi CS, feewit!!
Why? heeeheeehee ...
Cik Som dan Cik Suami .. auwww.. manisnya...
Sesaper tak setuju, tolong kata setuju juga w'pun tak ikhlas. Kata setuju dengan muka manis okay? Tanak muka masyam2 tak baek cenggitu.
I akan kemvali bersiaran .. terfaksa verkarya secara kecil2an sevab terexcited dengan design varuuu tapi MALANGNYA CHATBOX dah hilanglah fulak .. cisskek betul!
Friday, 11 June 2010
Cerita dulu kala ...
Dulu kala tiap kali bulan puasa Mak punya gulai asam ikan
Adik beradik ramai so mana mungkin nak makan biskut jenama Jacobs tiap hari, khaan?? Maka Mak pun berlanggan setiap bulan seTONG biskut Osborne dari kedai Datuk Majid. Tengok pada luaran tong memanglah kurang selera tapi ada kitorang kisah? Janji biskut Osborne saiz oval sedap dimakan bila disimbah2 dengan kuah gulai asam dan titiskan sket dengan kicap A1.
Tak dapat tampal gambar bithkut sebab blutut meragam *sigh*.
Bertahun2 tak makan biskut tu tapi bila M bitau biskut tu ada dijual kat pasar malam, berseri2 terus muka I. M tu my abang merangkap courier man. Dialah orang harapan adik beradik untuk hantar apa juga barang dari PJ ke SJ ke KL; tapi sejak 3 tahun lepas, amal jariahnya terhenti sebab M pergi buat selama2nya. Al-Fatihah untuk abang I yang sentiasa lekat dihati, yang sentiasa I rindui, yang ..... *maaf tak dapat teruskan .. ish airmata nih memang tak boleh nak kering*. Semoga rohnya tenang diSana... amin.
Since last October I dah tau kat mana nak dapat biskut tu. Kat mana lagi kalau tak kat Jaiyen. Tak pernah sangka harga sekilo biskut tu cam tu. Since biskut tu dah jadi fevret, senanglah I jadikan modal as buah tangan atau hadiah harijadi untuk my kakak2 and my adik (kelakar aje biskut tu sebagai hadiah harijadi ek? Tapi diorang sukerr).
Makan biskut Osborne dipatah2kan lalu disimbah kuah gulai asam .. nikmaaaat ... deja vu kekdahnya.. but I must tell the world bahawasanya I kecik hati dengan kerajaan Johor sebab tapak dan kawasan sekitar rumah dimana I membesar dah dijadikan highway. Luput segala kenangan 'tangible' :-(
Kenangan hanya tinggal kenangan .. kenangan I panjat pokok rambutan sambil mengalun lagu Saloma (tentunya dengan Ndja yang jadi lead singer. I jadi korus girl jer); panjat pokok jambu air pastu cepat2 turun sebab nak buat bahan cicah kicap + gula; panjat pokok
Banyak lagi kenangan mengusik jiwa tapi kenangan yang satu nih boleh tahan ngeri ...
Masa tu I darjah 4 (kinda comel juga) berjalan sorang2 balik dari sekolah tak bersaing dengan Ndja sebab kelasnya keluar lewat satu period. Jalan yang sama I berlari2 anak mengejar mamak mee-rojak-samsot tu laa. Sedang berjalan sambil mendengar siulan cengkerik mengkerik (dekat kubur, remember??) maka terpandanglah didepan sana jejaka berkulit hitam tapi tak manis.
As kita berselisih jalan, boleh dia tunjuk 'alat' dia kat I?? Ciss.. kongajar betul itu parpu!!! Nasib baik I dah almost tiba rumah Mak Mah (laluan pintas lalu rumah jiran ke rumah I), macam tak cukup kaki I berjalan. I was innocent (kan?) tapi I semacam tau tujuan keji siparpu tu.
Apa patut I buat kalau ditakdirkan dia ikut I dari belakang ekk?? Nampaknya takde jalan lain selain melaung sekuat hati "Mak Maahh.. tolonngg.. Pak Dolah tolongg .. Empokkk tolonggg". Empok? Wan Empokkah? vukaan, vukaan, vukaan...
Anyway, sesampai rumah dengan tercungap2 I bitau Mak n Chik pasal si parpu tu. Apa terjadi pada hari2 berikutnya? Takde pulak Mak or Chik temankan I ke sekolah atau sarankan I bawak kayu atau pinjam pistol plastik James Bond kepunyaan adik untuk pertahankan diri. Al-kisah kawan2 sekolah alami peristiwa yang sama juga. So kitorang dapat khidmat nasihat dari cikgu Kalthom katanya "kalau nampak orang tu tunjuk2, laaaarrriiiii". Wahahaa, baik punya nasihat. Masa tu jugalah I faham maksud 'flasher'.
Berbalik masa kini ... yang membuatkan I bersemangat bawak kereta memang kerana I takut hal2 yang tak diingini berlaku. I hanya mampu berusaha selebihnya Allah menentukan. Masa tu T masih sekolah rendah dan masa tu juga berita mengenai rapist berleluasa. T pester I belajar bawak kereta sebab katanya nanti dia nak ke tuition senang. Ya tak ya jugak..
Alhamdulillah Allah memudahkan usaha dan syukur tak terhingga setelah umur I bertukar warna keemas2an, Allah pinjamkan sedikit keberanian menepis rasa takut dihati; ketakutan yang lama bersarang pada setiap organ dalaman, kekdahnya <- fevret word, harus disebut sekerap mungkin :-)
At last, I berupaya to empower diri sendiwi *sambil mengukir senyuman lebar hingga keubun2*. Terima kasih juga kat T sebab dia membantu melodakkan semangat yang selama2nya I tak perasan wujud...
P/S: Apa pun, KL tetap jauh! Alamak dah pukul berapa nih? I belum pack lagi .. hellppp !!!
Wednesday, 9 June 2010
Jeruk jb, pizza and MS blog
Semua tu disebabkan siFolan mengaku dia 'gagap tekno', bertanyakan pada siFolin dan siFolun satu soalan yang sekian lama dipendamnya. Bayangkan aje gelagat 3 Stooges.. wahahahaha..
Saja nak tunjuk pinggan antique saiz kecik warna light pink peninggalan Mak (I bubuh my fevret asam). Bila guna pinggan nih terasa dekat dengan Mak.
Thai Seafood = so so ..
Tuesday, 8 June 2010
Hi hi hi ...
Pagi2 lagi I dah siap bersarapan RC segera (cicah dgn kuah samtum pron) ditemani secangkir neskefe. Bunyinya macam tergesa2 aje tapi memang pun tergesa2 sebab I nak rebut seat paling depan supaya I boleh dengar betul2 apa Doc K nak cakap nanti. In fact I'm ready now, dah siap pakai baju cantik, pakai tudung-lekap-baru-beli-$10 dan dah wangi dah nih. Ehh, kata nak masuk tibi, kaan? Tu yang kita siap lelawo nih (ada kaitan tak? har3).
Bil sokabar bulan Mei sebanyak RM75.20 dan apek beri I RM5.50 aje??? Sungguh tak berbaloi!
Habis aje siaran tu, I pun hantar sms kat dia "waah, you bertambah cun". Memang cun pun dan dia mengaku banyak perubahan positif pada kulitnya tapikan tapi dah namanya business maka fahamlah kita. Apa yang kita lihat tidak semuanya benar. Kita semua tentunya arif tentang 2 peranan make-up yang boleh menjelitakan dan menghodohkan. So kesimpulannya? MakTok kata kalau dah bersimpul, biarkan aje .. toksah dileraikan *har3*.
Monday, 7 June 2010
Thursday, 3 June 2010
Roti jala, jemput2 dan ucapan besday
Dah ngantuk sebenarnya tapi tetiba pewut memulas2. Berbaloi2 2 trip! Now dah segar sebab dah siap mandi n shampoo wambut sekali. Hmmm wangeee.. (sambil mengibas2 rambut kekiri dan kekanan). Bagus kan dah mandi in advance ??
Oleh kerana keletihan menjala didarat petang tadi maka lewatlah I berkarya. Ekceli cik Embunmenitik dah menaikkan semangat I untuk berani menjala. Terbaca di FBnya bila mengumumkan dia dah pandai menjala 'tanpa dot dot'. Terkesima I dibuatnya...
Sesiapa yang pernah menjala didarat mesti faham keujudan 'dot dot' tidak menjanjikan kejayaan atau kegagalan pada jala yang ditebar; dengan sedikit kesabaran, common sense dan ilmu didada (intai/terjah dapur bloggers), insyaallah kejayaan pasti dalam genggaman. <- Sesi motivasi pagi Jemahat kenalah serius sket bunyinya, kan??
Tebaran pertama ada 3 dot jer. Not bad ehh??
Cicah dengan kari TCK 'tak cukup kuah'
W'pun tepung baru dibeli, we kenot take chances, tepung perlu diayak. Bila tapis came out clean; tepung tu suci takde evil n weevils maknanya.. haha, cam menyesal pulak buang masa goyang2 badan dgn aktiviti mengayak tadi. Oh ya, tadi tu terlupa sebut kena cari ayak tepung dan sokabar untuk dijadikan alas.
Isshh macam2 nak kena buat. Belum lagi habis masa memilih bawang yang sesuai, dikupas dan dihiris. Isshhh... pendek kata tak mudah. It takes a lot of effort juga, renyah kekdahnya.
Maka untuk kesihatan sejagat, aktiviti menggoreng memang patut dikurangkan tapikan tapi camana ehh.. I suka jejemput, suka popia, suka tembosa, suka keropok, suka ayam gor. Since I tak minat aktiviti menggoreng makanya I masih dalam keadaan selamat, kan?? Hence I'd like to conclude that sometimes being 'lazy' ada hikmahnya.. heheh, hihih, hohoh <- buruk bunyinya gelak cam tu ek?
Mende nih? hehe ... nilah bahanOh yaa.. baru semalam I baca blog bonda HZ mengatakan perlunya makan telur yang telah dipasteurisekan. Penemuan terbaru! Oh well ... alhamdulillahlah kami adik beradik masih panjang umur hasil memakan telur setengah masak setiap pagi berdekad2 yang lalu.
Akhir kata ... (sebelum I singgah ke slumberland).
2 orang very dear to my heart menyambut harijadinya hari nih. Tahun nih I terbuka hati untuk menghantar ucapan harijadi padanya demi silaturrahim dan kerana darah tu lebih
I juga hantar ucap selamat pada Karim menerusi Mamanya (mahap guna nama samaran). Karim membesar depan mata I (literally speaking). Minat Karim sejak kanak2 ingin jadi juruterbang tapi rezekinya tiada disitu. Even kursusnya di universiti dipilih oleh kakak2nya kerana sebab2 tertentu (KZ, Karim kemana masa tu?) namun dia patuh dan akur tanpa banyak bicara.
Tiba2 perjalanan hidupnya berliku2.
Jika berminat mengikuti perjalanan terkini kehidupan Karim, sila klik pada sidebar 'MamaKarim'. Sama2lah kita doakan kesihatan dan kesejahteraan Karim, mamanya dan keluarganya. Sesungguhnya Allah maha mendengar.
Wednesday, 2 June 2010
Kembali bersiaran ..
Terima kasih pada dinda ehem yang bertanyakan why dah lama I tak bersiaran. Atas nasihatnya yang menyuruh I banyakkan berehat maka I pun berehatlah dengan menidurkan diri. Sedang orang lain sibuk berdhuha, I boleh bermimpi indah lagi. Jarang buat kerja cenggitu tapi bestlah mimpi kali nih.
I mimpi sekor burung warna coklat muda berbulu kembang berkawan dengan I. Sedang I berjalan, burung tu hinggap kat bahu dan kami berbual rancak. Herannya I tak ingat apa yang dibualkan tapi I ingat dia bitau I tentang kebaikan salah sorang my BFF. Ntahlah .. somehow I rasa seolah2 dapat semangat baru dari mimpi yang tadi tu. Mimpi bercakap dengan sekor burung ... memang best!
Terjaga dari tidur macam tau2 aje kerja rumah lum disiapkan lagi. Terus menuju kedapur .. *sigh* sampah dua plastik belum dibuang lagi. Selesai dengan sampah menyampah tu I tuju ke washing machine pulak. 1 load dah dibuat pagi2 lagi, tapi bila I akur dengan nasihat suruh I berihat maka I lupa pasal basuhan yang perlu dijemur. Still no hurry .. biar lambat asal selamat. Mentari pasti bersinar ...
Kerja merewang cenderahati dah pun disetelkan Ahad lepas. Dah I gering, mana mungkin I kesana khann?? So, for half a day on Sunday tu, I tidur n turu n slept like a log, kekdahnya. Bila I tak sihat, masa tulah I berharap sangat mungkin ada bidadari turun dari langit tapi heheh ..
Hari Isnin I dah beransur sihat wpun ada hoyong hayang sket. Harus sihatkan diri sebab I perlu temankan T ke UH untuk sesi dot2nya. Dah 3 kali I ke UH. Alhamdulillah I dah master route ke sana wpun kalau boleh, I dowan to drive there. Selalunya I bergilir2 dengan T, masa pergi dia F1, masa balik I F2, ngeh2.
Oleh kerana I sibuk dengan aturcara sendiri maka terpaksalah I tolak jemputan Ngah bersama kuncu2 lain dalam sesi 'food tasting'. Kalau I pergi pun mesti I beri komen keji "tak sedaplah, kenapa rasa pahit rendang niih?" (har3 .. tekak orang sakit kekdahnya kan? mestilah fahit).
I nak sangat coretkan tentang lawatan I ke UH/PPUM tu. Coretan untuk T sebenarnya tapi tengoklah camana mood I nanti. Dalam keadaan terperanjat tapi buat2 tenang terkeluar juga soalan "how can you not see that thing??"<= sebut dgn nada lembut ya kawan2.