Wednesday 1 September 2010

22 Ramadhan ... dugaan!

TB tertinggal cermin mata (CM) kat rumah Ngah masa berbuka puasa malam tu. Ngah offer nak hantar CM tu kerumah Teh, dan kitorang akan terkedek2 kesana membawa berbalang2 kuih tart yang sepatutnya dah ada dalam genggaman 2 hari lepas.

4pm: Baru dapat confirmation shipment kuih tart akan tiba esok. Sigh!! Since takde kuih, maka tak perlulah kita ke PJ ambik CM tu, tul tak? Thett, tak betul! TB nak juga pergi sebab dia jangkakan akan sibuk esok harinya. Dia boleh ke PJ sendirian tapi nak juga I temankan. Sambil menyelam tak minum air (maklum puasa), plan JJRBRKJ siap I lakar diminda, heheh.).

Sebelum telur pindang dilontarkan ke dahi jendul I (kot ada yang marah), harus diberitau JJRBRKJ = Jln2 Ronda BazRam, Kelana Jaya). Hmmm.... harap puas hati :-)

Kereta meluncur dilebuhraya Fedherel ala drebar McLaren, har3 TAPI pecutannya tetiba jadi lemau layu lesu hambar .... Hadoiii...

... maka terdampar dan tersadailah Maserati CikSom (ahaks) ditepi lebuhraya Fedherel. What to do?? Bertafakur sejenak, kita terus bertungkus lumus telefon orang2 berkenaan termasuklah AAM.

Masih dalam kereta, I beranikan hati toleh kebelakang, YaAllah, YaRabbi, OMG .. kalaulah ada drebar yang rabun ayam tak nampak kereta Maserati kita tersadai kat tepi lebuhraya maka tamatlah riwayat kita berdua kat situ, 'die frog'!. Bas, lori, steam roll, tanker dan kereta kebal tak segan silu speeeeeeeding like hell! Tapak tangan, tapak kaki berpeluh2 (part lain apa lagi) .. kering darah dibuatnya seolah2 rasa sedang berbungee jumping. Ngerii okay?

Dengan semangat 'berani tapi takut mati maklum amalan tak tip top lagi', I keluar dari kereta cepat2, klik! (blogger kekdahnya, kan?). Nampak macam takde kereta tapi seeing is believing. The moment I habis klik, berbondong2 drebar F1 memecut dengan lajunya!! I tak masuk dalam kereta lagi dah. I sadaikan diri kat luar aje .. (TB dalam kereta masih sibuk on the phone, hehe).

Hope was still high up in the sky, every now and then TB kept on puntaling the car key hoping for a miracle. Alhamdulillah, kereta kembali mengaum.. yeayyy...

Tapikan tapi ... ngaumannya tak cukup macho, sigh!! Sebaik aje kereta lepasi tafiklait rona hijau yang ngada2 tup2 bertukar kuning, kereta terus meluncur tanpa hindari lampu merah, maka tersadailah si Maserati Itik Serati tu sekali lagi at a better spot, kat kawasan perumahan Kelana Jaya. Alhamdulillah.

Dah kat KelanaJaya, yeayy.. dah dekat rumah Teh maka bolehlah I bergirang2an. Keluar dari kereta, klik! kah3. TB kata "you nih dalam keadaan gini boleh lagi ....". Masa tu I bukan bini dia lagi, tapi I adalah seorang blogger tegar, har3 "you relaxlah, janganlah tension sangat". Mau dia tak tension, kuyup beberapa helai tisu paper dibuatnya. Cian gak, kah3.


Dengan gambar tu (kelihatan WesternDigital), I mms Teh supaya dia dapat mengagak lokasi tersadainya kita so senanglah nanti my SIL datang nak rescue. Bijak tak I? heheh. Lama gak tunggu kat situ (sambil urut2 dada) menantikan staff AAM dan tow truck tiba.

Plannya I pergi rumah Teh dan TB uruskan kereta. Cian dia. SIL tiba dengan 2 botol air kothong dan sebekas kurma untuk TB berbuka (rupa2nya dia berbuka dengan drebar tow truck kat Kelana Jaya, hehe).

I bersedap2an menjamu selera kat rumah Teh namun ingatanku tetap pada TB, ngeh3. Cian dia kan? (baper kali I kata cian cian nih, tapi memang cian sebab....mmm). By 8pm I dah siap berkemban berada kat rumah sendiri; my SIL n Teh tolong hantar, hehe. TB masih di bengkel menunggu D menjemputnya pulang, har3 elok bahasa I kali nih ek? Of all the days pulak2 tu, si D and friends pergi KL. Tu yang lambat jemput ayahandanya tu ..

Orang lelaki nih kaan, kita nih duk tunggu kat rumah resah gelisah. Telefon tanya kat mana? dah tiba? dah ok? dah? dah? dah? "dah jemput abah kat tempat tu lum?" ... "daaah" ..

1/2 jam berlalu, I kembali tertanya2 diorang tu OK tak? Call D "kata dah jemput abah, apsal tak sampai2 lagi?" ... "heheh, kitorang minum2 dulu "... Boleh gitu ek??

Dugaan dibulan Ramadhan, semoga dosa2 kecil (+medium size) TB dan istewinya diampunkan, amin.

20 comments:

Ibu n Abah said...

hah..
nombor satu jugak

kucingorengemok said...

memang dugaan besar tau kalau tgh dok berkemban² kat rumah, tau² tauke pi pekena tey secewen tinggalkan kita! (ehem... macam luahan perasaan je pulak kan? haha)

Ibu n Abah said...

kak som..
mujuqla i sempat booking..
itu kucing oren yang gomuk sudah menanti-nanti rupanya...
kemenangan saya pada kali ini cukup mencabar...
(ucapan masa terima award sebab dapat nombor satu... u tau.. kadang2 i kena lumba dengan tuan tanah jugak...)
Mujurlah juga semalam tiada apa-apa yang terjadi sebab kalau berhenti tepi highway cenggini memang bahaya...
Alhamdulillah.... syukur...

lemongrass said...

Hahahaha.... memang blogger tegar! Gambar masih tak lupa utk di snapped :-). Tapi kesian betul maserati aka itik serati tu. Apa yg rosak Cik Som? Mcm starter motor kereta I ke?

3E said...

Aunty Som....
Kalau dah namanya tegar tu tegar jugak la 'kan (tak kira tempat & masa)...setiap masa atau incident nak dirakamkan dan story kat blog....I like...:-))

I pun dah biasa kalau setakat kereta mati tengah2 jalan..waktu peak hours pun ada zaman2 Mr E guna kereta turbo dulu...(a''hh tetiba lak tinggat kat kereta turbo )..laju tau!!!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kekeke..
izinkan i gelak tau.. nak lagi...
kekekeke lagi...


paling best part 'klik' tu.. colleague i ni menoleh tau dengar sore orang ketawa tengahari buta ni..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cian tetap cian tapi makan tetap makan kan..kan.. kan ?

azieazah said...

Gamaknya masuk keta tak basuh kaki kottt...

hikhikhikhik!

AKAK, saya tak nak berlumba dgn AKAK yang sangatlah F1 nyer, sbb tuan tanah kedaung ni kater, pengomen terakhir pun dapat hadiah... hahahaha

FaAtip said...

saper kata you pengomen terakhir??? **sambil cekak pinggangku yang ramping**

azieazah said...

FAA > Bukan U dah kata U dah stop blogging hingga Raya? Bukan U ada kata laptop U dah bungkus tauk bawah katil? hehehehe

Ini tidak aci...!

FaAtip said...

tak kira! nak jugak no. last!!! hahahahaa.....

**azie, leptok I merajuk sbb I x guna diaa...kesian pulak..** ekeke..

Ibu n Abah said...

Aha...
(ketawa gaya encik azli paat yg dalam radio ikim pagi2 bagi tuition mengenai i.t..)
i dapat nombor satu dan i juger dapat nombor last...
ahak..ahak..hak...

FaAtip said...

Not reallllyyyyyyy dear sista! I'm still the lastttttt....

azieazah said...

Kan I yang mula mula sekali kata I pengomen terakhir..? So, I lah pengomen terakhir.. > sambil tolak FAA masuk kolam renang yg cetek..hahahahah!

azieazah said...

Ops lupa...! AKAK tu pun kita nak tolak jugak, tapi takut dia tarik air lebih, so kita tolak dia masuk dapur jerrr.. hikhikhik!

azieazah said...

...macam main enjit-enjit semut plakkkk...!

Ibu n Abah said...

Aha...
(sekali lagi..dengan ketawa Azli Paat... dari radio Bernama ekceli...)
My dear fa and azie...
i belum tidur lagi....
i yang last sekali...
(pssstttt.. tuan tanah...
tutuplah komen ni cepat.. bagi i yang pertama dan terakhir pengomen....)

FaAtip said...

nope, nope, dear sistaaaaa....I'm still the lassssstttt.....

**azie, I dah sumbat mulut dia dgn kain batik. huarhuarrrrhaaaaa...**

Rima said...

Amin.. part berkemban tu tak leh angs lah cik som muahahah

CS said...

Akak
Boleh tak beri 7 sebab musabab kenapa you gemar dapat no. 1.


KOG
Berkemban bukan dipengaruhi oleh aura 'bulan mengambang' *wink*


Akak
You takleh celen tuan tanah sebab dia pegang kunci to all doors, hehe.
Alhamdulillah kami selamat diduga semalam :-)


LG
Skill snap menyenap comes naturally, kekdahnya. Menurut my hubby, sensor kereta tu yg mulfunction. Nasib baik d car is still under warranty so FOC.


3E
Paling tak best kalau kereta rosak masa peak hours, ek? Sepanjang I hidup, rasanya adalah 3-4 kali naik tow truck.


Azrina
Gelakkan I ehh? babab kang.


Azie
Tuan tanah ingin tau apa makna kedaung.


Fa
Sabarlah. Kita tau pinggangmu masih ramping cam kerengge.


Azie
Tak silap I, Fa tak janji berhenti merayap. Aktiviti blog-walking masih diteruskan lagi. Dia cuma berhenti menulis entry aje kot?


Akak
Demo sket gaya Azli Paat ketawa. Kalau sedap, I sahkah you dpt no. 1 and last. Mula sekarang.... (I dengar).


OK ladies.. Fa/Akak/Azie ... I dah mula tergolek2 tepi swimming pool nih. You semua nih memang boleh ambik tempat si Nabil tu laaa...


Rima
Berkemban tu takde kena mengena dengan yg hidup maupun yg mati, muahaahahaaa..