Oh rumput, oh rumput, kenapa engkau panjang?
Bila rumput di taman dah mula panjangkan diri, maka gate karat I keraplah diketuk2. Faham2 sajalah siapa yang ketuk gate tu. Dah kita kata "takpe, taknak, nehi" *sambil goyang2kan tangan* diorang masih melekat tepi gate takmoh beredar seolah2 tak faham apa yang kita cakap. Kita cakap Urdu kang baru tau, har3.
Sebenarnya I dah hire H untuk potong rumput rumah Ndja dan rumah I setiap bulan. Dalam 2-3 orang yang mengetuk gate karat tu, I kenal benar dengan A. Dia pernah potong rumput, cat rumah dan gate I semasa menjelang raya 3 tahun dulu. In fact masa bayar duit upah A, I terlebih beri 10 ringgit sebab takde duit tukar. Janjinya 10 ringgit tu dijadikan upah potong rumput untuk bulan depan.
Perkhabaran diangin lalu mengesahkan A dah masuk penjara sebab takde dokumen sah. Ntah berapa lama dia duduk dalam tu tup2 tahun nih dia muncul depan gate karat I. Dia cuba 'recap' kisah lama, mungkin I tak ingat siapa dia. Memang I takkan lupa peristiwa 3 tahun dulu menjelang Syawal... (takde skandal k? Pure sakit hati adalaa, hahahaii).
H dah tau benar kehendak I esp tentang pokok kat gambar atas tu. Dia tak boleh sewenang2 memesin kat kawasan larangan dimana pokok Sepulih tumbuh. Pokok nih pun satu hal. Kalau nak tumbuh, tumbuhlah dengan jayanya; ni tak. Bila dah tumbuh 2-3 helai daun, mulalah dia tunjukkan tanda2 keciwa nak hidup tapi pokok tu tak boleh pupus sepenuhnya sebab 'bulb' dibawah tanah masih mau teruskan kehidupan, hehe. Apa pun, H tau I sayang sangat dengan pokok Sepulih tu. Menurut kepercayaan Cina, pokok tu bawak ong! Tulah yang I sayang sangat pokok tu ... (ada siput disebalik pasu, kekdahnya).
Berbuka puasa tadi I makan keledek rebus cicah samtum udang kering dan pratha segera dimurtabakkan. Kedua2 makanan nih dimakan oleh TB masa breakfast dan lunch tadi so I memang kecir ayaq liurlah. Lepas Maghrib barulah I masak nasi dan lauk2 ala pungpang untuk TB makan sebelum ke opes...
Keledek kononnya direbus nak buat keria atau roti atau pengat tapi tak kesampaian pulak
(tak sangka sedap bila cicah dengan samtum UK).
15 comments:
Yub a dub a dooooo!! I dpt nomor siji ari ni!!
I kan Kak Som, ada kisah sedih dgn tukang ketuk gate (juga karat) I..
Si K ni (K for kurus kering) suatu masa tu dah lama tak mai ketuk gate I.. I pun kehairanan yg teramat sgt.. Skali tu I jumpa wife dia kat spital.. Ghopa2nya dia dah meninggal!! He was so young masa meninggal tu.. I think dlm 30 kot.. Anak2 ramai..
Sekian kisah sedih si pengetuk gate karat I..
Murtabak u nampak sedap, menggoda napsu I subuh2 sepi'ee mcm ni.. Gua lapaq!!
Cantik daun tu.. segar dan basah. :)
kak som...
dulu, puas i mengupah orang untuk mesin rumput dan tebas pokok yg tumbuh meliar, tp sekarang sejak i tutup semua kakilima rumah i, tak perlu i memikirkan semua itu.... lega...
bila kita mengupah bermacam2 ragam orang yg dtg buat kerja.. yg paling trajis bila satu org lelaki melayu kita yg lansung tak puasa masa buat kerja tersebut di bulan puasa. Sakit hati dan mata kita....
Salam ...
Ja, pukul 4 pagi you bersahur ke? I thot nak puasa gak tapi hati tadak kuat (1 more day to go).
You pun ada citer sedih pengetuk gate karat. Apa kata kita kompol citer yang sama dari bloggers, kita bukukan; kita jual dan kita kaya, har3..
KakCik
Gambar daun tu I snap masa tengahari. Daun tu kejap aje nampak fresh .. (kesian kan? Tuan pokok takde ciri jari jemari hijau).
Akak
Lama dah I berkira2 nak simen saja taman yg sekangkang kera tu; tapi bila teringatkan bela kucing, niat tu dipadamkan aje. Tanah yang 'sebidang' tu khas untuk menanam kucing2 yang telah ...... ooops..
sodappnyerr mak som tewww..
en_me
bolehlaahh...
Salam CS.... dh bbrp hari I ketuk 'gate' U yg tak berkarat.. tp gagal sbb gate telah di'meteri'.
Tiba2 hari ini gate terbuka luas... I pun masuk le.... I pun hari ini balik kg tengok org tu dh potong rumput ke belum.
Sbb hari ini 1hb... mmg kawasan berseri2 menunggu I pulang...sedih tengok rmh kosong... sob sob
Waalaikumsalam Mama ...
You sure tak ketuk gate Ndja?? Gate dia memang lum karat lagi unlike mine yang a'uzubillah ..
I memang 'kunci gate' untuk entry yang lama. Senang nak handle (as I told you the reason then),
You balik kampong eh? Mesti sedih kan?? AJK rumah tu jalankan tugasan dengan elok tak??
From far,daun tu look like daun sirih.
Laki lagi lawak. Beli mesin rumput, tapi kalau ada org ketuk gate karat i, dia amik org tu. Display purpose ajela mesin tu
Maya
Masa mula2 kawin, my hubby gigih mencabut rumput guna tulang 4 kerat. Soon after diupgrade dgn mesin rumput comel. Lama kelamaan, segala2 menjadi kenangan indah; tapikan .. d positive side of it is, kita dpt membantu seseorang. Tul tak?
Psst.. Banyak shopping?
haha..
samtum tu sambal tumis rupanya..
ingatkan menu baru.
azrina,
samtum ialah lauk tak lapuk dek zaman :-)
Kalu dah sayang sangat dengan Sepulih tu, tanam jer dalam bilik tidor, bleh belai tiap malam sebelum lelap mata. Ahaks!
Keledek rebus? Sedap tuhhh.. Manis-manis lemak > macam kitaaaa.. manis berlemak wpun kurang krim!
Azie
Cadangan anda very da vernas tapikan tapi I rela membelai bantal busuk yg tak busuk tu (read: partner sebelah, ahaks)
Post a Comment