Sunday 22 July 2012

2nd Ramadhan ...


Hari Ahad bergolek2 aje kerjanya sambil baca 4 jenis sokabar sementelah takde aktiviti pung-pang didapur pada siang hari. Buat kerja rumah tetap macam biasa. Basuh baju, sidai baju. Lap sana sikit, lap sini sikit. Cuit sana sikit, cuit sini sikit. Memang sikit sangatlaaa, hehe...but how I wish I could chuck away some of my things somewhere, errk..

Dah 3 Ramadhan. Kejap aje kan?

2nd Ramadhan had seen me going to another bazar (but don't gimme that look laa.. I know it's only 2nd day of fasting and I am already so lazy to cook?). Bila T minta temankan kebazar yang 'itu', plan nak masak for berbuka puasa serta merta malap.Separuh biji labu comel yang sepatutnya dimasak lemak terpaksa dilekatkan pada pokoknya semula, ngeh2.

Sebenarnya I ternanti2 kebazar yang satu tu sebab kat situ ada stall lontong kering. Tahun lepas melilau carik stall tu tapi tak nampak bayangnya pun. Sedap sangat ke? but suffice to say it's to my liking so memang sedap ler..

I suka kebazar awal untuk mengelakan kesesakan manusia dan kenderaan tapi T suka pergi lewat2 sebab nakkan makanan panas. Sementara menunggu pukul 6, T buat kerja sekolahnya dulu dan I buat apa yang patut termasuk bergilir2 keep an eye around the clock menjaga Omel yang masih susah bernafas.

About Omel, tak banyak perbezaan sejak dibawa berjumpa vet. Semangatnya untuk hidup masih kuat. Bila kita panggil namanya, tetap aje dia menyahut dalam pada keadaannya terkulai layu. Ada ketikanya juga dia cuba berdiri. Melihat keadaan ciptaan Allah yang sedang menunggu saat matinya betul2 menginsafkan. Dan teruslah teringat kata2 nista yang pernah seseorang (once upon a time close to my heart) mencoret dalam text berbunyi "azablah kau masa nazak nanti". Nauzubillah ...

9 tahun berlalu, I dah pun maafkan kata2nya namun bagaimana I boleh melupakannya? W'pun begitu kejadiannya, dah banyak kali I make the effort to mend the r'ship even at the risk of having TB and the children 'scolded' me. Buat baik berpada2 katanya..

Aduhai, why tetiba I boleh tulis pasal nih pulak? I thot telaga airmata dah kering bila kembali menyebut hal nih tapi I tak boleh nak tahanlah. Syaitan sentiasa cucuk2 agar hati nih kembali bersarang tapi mintak mahaplah wahai syaitan, I think I can do well without you. Insyaallah.

OK back to cerita semasa ..

2 hari lepas T ada menyuarakan perasaannya "T tak senang ati nak balik kalau Omel macam tu" tapi I pulak kata "habis tu T nak cuti belajar ke?" (menyoalnya penuh empathy dalam nada lembut tapi nak tergelak juga, hehe..).

6pm bertolak ke bazar (tak sker istilah pendek 'param' untuk pasar ramadhan). As expected, tapak bazar yang satu nih memang berserabut. Oleh kerana ia ditengah2 tapak kedai dan kawasan perumahan maka satu dua jalan utama ditutup. 2-3x berpusing baru dapat park kereta - of course at our own risk! Takper, I sanggup menempuh onak dan duri hanya kerana sebekas lontong kering, heheh..

Kita seiring berjalan. Lama kelamaan terasa semakin sempit bila bahu berlaga bahu. "Umi dah tak tahan nih, orang ramai sangat" tapi sebaliknya rintihan dijawab "Umi kena biasakan sesak2 cam nih, nanti pergi Mekah lagi dasyat". Alahai anak oii...

Dalam keadaan sesak jugaklah kita terpandang sorang selebriti who's dubbed as the most eligible bachelor to date. Coincidentally he appeared on Pancaindera yesterday, hehe. What can I say, T tetiba teruja nak bergambar dalam keadaan sesak. Hei...biar betik budak nih. Bila pulak dia tu jadi penyanyi pujaan T? and so she approached him albeit a bit shy2 cat. He was nice n dandy, and he sure have a nice set of teeth, auwww...

Pencarian lontong kering diteruskan until I saw the lady, yess! At last, the stall appears right in front of my very eyes tapi sob3 jugalah sebab lady tu tak jual lontong kering semalam. Dia jual soto n bubur lambuk aje. Since dia berjanji nak jual lontong kering hari nih maka terpaksalah I lembutkan hati dia dengan membeli sebekas bubur lambuk. Mengampu kekdahnya, hehe..

Berbuka dengan satay, sup daging, bubur lambuk (mine) dan laksa asam (T). Juadah bersahur macamana? Fret not. I woke up at 4am. Goreng ikan/ayam, masak samtum bilis and walla, siap juga masak lemak labu (sup daging masih ada leftover sikit). Bersemangat masak lemak/samtum waktu subuh sepi sebab T suka makan lauk2 tu sementelah dia akan balik kemarkas pagi nih. Masak untuk hindarkan rasa ralat dihati sendiri kekdahnya.

Dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali ...

6 Jan - 22 July, 2012 @ 9.30pm
 T yang sedar Omel dah takde. Ralat sungguh dia tak dapat mengadap saat2 akhir sihitam lincah tu sedangkan dalam masa menghabiskan homeworknya, dia kerap berulang alik menjenguk Omel :-(

Kesian anak I sebab dia punya hati yang sangat dahsyat berkaitan binatang. Hanya orang yang faham dapat rasai perasaan yang amat merobek nih.

Chef D diberi tugas luar dapur. Malam tadi dia jadi penggali kubur pulak. Sambil memegang lampu suluh temankan D menggali tanah, perasaan insaf menyelinap diri bila tetiba D bersuara "imagine Mi camana orang gali kubur".

7 kaki dalamnya tanah tempat bersemadinya kita. Sunyi sepi bersendirian. Hanya amalan menemani kita tapi cukup ke amalan yang dah dikumpul? Soklan khas untuk diri sendiri dan keluarga.
.