Hari nih memang dah set minda tak nak masak for berbuka tapi tetap juga masak nasinya dulu. Selagi bayang lontong kering takde atas meja makan, selagi tulah hati tak puas namun semangat nih bukan kerana rasukan setan atau 'selera orang berpuasa', tapi ....................... (tapi apa ek? hehe..).
5.20pm tiba dibazar. I berjalan sorang diri ditapak bazar sementara D tunggu dalam kereta aje sebab mencari tempat letak kereta adalah azab. I dah tau apa nak dibeli dan dah hafal kedudukan stall pun so memang tak ambik masa lama merayap2 disitu. Lagi pun kita harus tiba rumah by 6pm sebab ada orang dari Astro nak datang menggantikan dekoder baru dirumah Ndja.
Sambil berjalan tanpa lenggok (sila bayangkan), terpandang pulak 'tepung bawang bulat'. Whoaaa..tepung bawang bulat?? Nostalgia nih! so I ngendeng tepi stall tu dulu sementara sipenjual menjelaskan sesuatu pada pembeli India dua beranak.
Dah terlanjur ngendeng tepi stall maka haruslah pasang telinga, kaan? Bila sipenjual blablabla pada pembeli dua beranak tu, I thot I dengar dia kata 'orang Johor panggil....', maka teruslah perasaan nostalgia meresap kedada (ha'ah! rasa kat dada aje). Terdetik kat hati mengatakan tepung bawang bulat depan mata tu mesti rasanya special!
Dengan perasaan tak berapa tamak, I beli 6 keping inti daging = RM4. Kenapa tengok tepung bawang bulat terus bangkit perasaan
Al-kisah ...
Dari kecik lagi kita terbiasa dengan nama tepung bawang atau tembosa. Termaktub ntah kat mana, orang Johor jer panggil tepung bawang w'pun it's not about tepung n bawang per se. Dengar cerita, orang S'pura panggil epok2. Mengapakah gitu bunyiknya wahai orang S'pura? Anyway, sejak bermastautin dibawah lembayung (?) Kanda Deris, ehem.. barulah terbiasa dengan nama karipap (pap = puff tapi tak puffy pon?).
Tepung bawang atau tembosa yang Mak/Chik selalu buat berintikan daging, kentang, daun sadri dan berperisa kurma sebab rempah kurma aje yang digunakan. Tak pernah buat perisa kari sebab anak Mak ngada2 tak boleh makan pedas. Kadang2 Mak/Chik guna keledek dan udang kering sebagai inti dan seingat I Mak pernah belajar buat tembosa pusar juga (aka karipap pusing) tapi tak pernah pulak tengok Mak or Chik memusar2 anything selain 'memusar siput' memasing, ekekeke.
BTW, 'memusar siput' bermakna pintal2kan rambut bentuk siput. Orang dulu2 very da anggun, rambut panjang mengurai mengalahkan Rapunzel.... ishhhh...kan dah melalut nih?
Back to cerita terkini: Stall yang sama jual roti jala (3-4 keping saiz comel @ RM2 +kuah kari which I tak pandang sebelah mata sebab eksyenlahkan sementelah kita dah reti nak menjala, hehe..), dan juga jual buah melaka pucat, 3 biji 50sen (maybe rasanya lazat hingga ketitisan akhir gula melaka meleleh tis tis ditepi bibir namun tidaklah I terkesima membelinya).
Sempat juga beli kari kambing (lauk sahur) dan sebungkus air mata kucing meow! Berjalan tanpa lenggok berakhir dengan beberapa plastik merah bergentelan ditangan. Alhamdulillah dengan nikmat yang dipinjamkanNya.
3 bekas LK. Main dish being dendeng daging/paru. Kuah kacang diasingkan |
2 ketul 2 rasa 2 warna, hehe... |
"Sedaplaah tak macam biasa..kulit dia pun sedap. Mintak lagi satu boleh?" so said TB tentang tepung bawang bulat itew. I tau dia juga feeling2 nostalgia tu. His late Mak biasa buat tembosa inti daging perisa kurma juga. Nasib baik TB tak terover emo tarik2 janggut kambing terkenang kisah silam tapi TB ada janggut ke? bela kambing pun taak!
Hmm..gitulah keadaan uda & dara yang cerewet bila membeli atau memakan tepung bawang aka karipap aka tembosa aka epok2, namun masih belum sampai seru untuk membuatnya sendiri. Iha...Leeza, serulah nama I biar rajin buat karipap pusing sendiri macam u'olls buat.....
Apa plan untuk besok? terasa nak buat roti inti sardin bersalut batter tepung beras, digoreng garing. Kalau jadi dan molek kejadiannya, bolehlah nampak kelibatnya kat sini. Nak tanya sikit nih.. ada sesiapa boleh pinjamkan dulu setin sardin tak?
Cap apa2 pun boleh....
No comments:
Post a Comment