Disamping pokok pisang, pokok jambu air/jambu bol, pokok cermai, pokok kedondong. pokok nangka dan pokok rambutan yang berbagai jenis ditanam sekeliling rumah, tertanam juga pokok cempedak bersebelahan bilik beradu my daddy n my mommy, hehe..
Ada juga pokok durian, pokok manggis, pokok rambai.. tapi tuannya bukan kita, huhu..
Pokok cempedak buahnya tak menentu boleh dimakan sebab selalunya ulat n the gang dah terlebih dulu buat onar. Depa nih tak agak2, bukannya tak boleh buat onar kat pokok buah2an lain, kaan? Kalau berani pegi panjat pokok kedondong yang tinggi tu, buat onar kat situ biar kena gigit kerenggerr!
Pernah tengok gaya ulat cempedak/nangka bergerak tak? Depa nih bergerak tanpa paham istilah lampu isyarat. Never knew the meaning of stop n look, semuanya bantai 'go' aje. Dengan tak sengaja, my adik bongsu ketika tu kecik lagi dapat gelaran 'ulat nangka' sebab dia hyper, melompat katak kejap, melompat kijang kejap.. tak reti duduk diam. Bateri dia fully-charged oldataim.
I masih musykil. Kenapa my adik dapat gelaran ulat nangka dan tak dapat gelaran ulat cempedak juga? Adakah sebab cempedak tak boleh jadi nangka? Bermakna nangka memang takde ulat?? Owh..am so confused!
Secebis kisah dolu kala diselang seli dengan kisah terkini, tulah lahirnya Al-kisah :-)
Awal Julai baru2 nih, D n I sama2 kekedai mencari sebiji buah yang amat terkenal pada bulan puasa. Afdal melencung makan aiskrim dulu, hehe.. (maklum ada budak tu kata nak treat Umi dia secewen aiskrim sempena besday).
...hmm.. camana dia belanja tapi I yang bayar? ishh3.. |
isinya tebal, manis lagi juicy |
sekilo RM8.50 so sebiji almost RM16 "Opocot! tanjat gurgurl" |
tak menyesal beli w'pun pada mulanya 'tanjat2', haha.. |
'Noir' effect makes it more delicious (statement cover line) Too oily? spin aje dlm washing machine, kihkihkih.. |
Semasa cempedak sedang digoreng, satu rumah berbau harum semerbak. D kata macam rasa kat bazar ramadhan pulak. Memang pun, tiap kali kesana, T tak miss beli cempedak goreng. Patutlah mahal sebab sebiji cempedak memang tersedia mahal. Kalau ada pokok cempedak sendiri, kan best? Bolehlah bukak warong depan rumah jual cempedak goreng, heheh <- haihh..macamlah awak tu rajin sangat??
Nak dijadikan cerita ... soklan cepumas tersembur dari mulut D aka mat blur, kah3. Sejak kecik dia keliru dgn istilah 'tak sangka cempedak jadi nangka'. Mat blur kehairanan: kenapa pulak tak sangka cempedak boleh jadi nangka sedangkan cempedak tu akhirnya akan jadi nangka jugak kan? Whatdehekhekhek??
Adoilaa.. cempedak is cempedak, nangka is nangka. Tak tau cempedak in english apa namanya (Jillfruit kot?) tapi nangka kan jackfruit? The fact that cempedak TIDAK akan sekali2 bertukar jadi nangka, maka tulah terciptanya peribahasa Melayu. Maksud senang faham, sesuatu yang mustahil telah berlaku; kalau dah dilahirkan lelaki, tetiba bertukar jadi perempuan n vice-versa (gitulah beriya2 I beri penjelasan).
Hawhawhaw....jom kita kasi 8 das gelak keji pada mat blur kita tu. Nasib baik Allah lorongkan hati D beli cempedak. Kalau tak, seumur hiduplah D tetap keliru..bersambung hingga tujuh keturunan, oh tidak! Kesian waris2ku seumur hidup dalam kegelapan belaka kekdahnya.
.
No comments:
Post a Comment