Thursday, 30 August 2012

12 Syawal ... TN ...

B'fast pagi nih I makan beberapa keping TN = tart nenas disulami neskopi 3-in-1 mild. Sebulan berpuasa I tak cuit pun neskopi sebab selalunya I minum masa b'fast aje. Ini adalah MOU sah antara neskopi dan peminum kopi tidak tegar *sambil menjeling pencinta kopi 434 yang berada diSP dan BBB dengan ucapan "dah mandi lum?"*.

Orang 1Msia sebut 'tart nenas' tapi orang Indonesia sebut 'nastar'. Kenapa nastar dan bukan tarnas? or better still sebut ajelah tart nenas, kaaan? (I tak eja 'tart' as 'tat' sebab bila ada 'r' dalam ejaan tart, ia seolah2 tambah nilai thedap pada TN tu sendiri, hehe.. lagi pun, ramai yang buat onar dgn perkataan 'tat'. Tak baek gitu taw).

BTW, ada sesiapa tau camana 'nastar' dapat nama cenggitu? namun tekaan tepat tak disediakan apa2 hadiah pun, hehe..

Pemberian adik TB
I lebih suka TN yang nampak jelas dan muai jem nenasnya. Bukan aje suka tengok rupanya tapi suka makan jenis tu. Masa kecik2 dulu teruja dengan tart nenas buah epal bertangkaikan cengkih. Kalau beraya kerumah sedara seberang Tambak Johor, tart epal sure jadi sasaran utama.

Dipanggil tart epal sebab rupanya macam buah epal, tu aje sebabnya pun tapi masa beraya dikampong hari tu, ada hidangan tart epal rona hijau berintikan jem epal sebenar. Somehow tak teruja pulak nak jamah.

Masa kitorang kecik2 dulu, kerja membuat TN disandang oleh Chik sorang diri. Dia yang buat jem nenas, yang mengadun, menorak, menggentel, menyepit dan membakar hingga thelethai kerja ketitisan keringatnya yang terakhir bila mana TN yang siap dibakar disimpan molek dalam tin Milo.

Can't help it but tersenyum simpol sorang diri bila teringat Mak/Chik simpan baulu dalam tin Fab, muahaha... Masa tu Fab serbuk ada dijual dalam tin bulat setinggi >< 1.5' (special promotion). Baulu perisa Fab kekdahnya, kah3.

Bila cikNdja n cikSom mula tunjuk minat menyibuk didapur maka ringanlah sikit 'penderitaan' Chik. Kerja gentel-menggentel dough memang jadi fevret tapi I dibenarkan bubuh 'tanda' pada permukaan jem aje, tu pun Chik yang sediakan sebab dough yang I duk gentel2 dah dikira tercemar! Anyway, 'tanda' tu dibuat dari dough yg sama bertujuan memaniskan rupa TN.

Bak being the QC amat particular dengan rasa dan rupa TN. Tak cukup TN yang terserlah jemnya pada pandangan mata, dia cadangkan Chik buat TN rupa sardin roll. Somehow idea Bak yang tercetus then dah menjadi... shall I say kenyataan/ikutan? (patutnya kitorang patented the 'idea', sure kayo den sekuarga, heheh).

Tak ingat pulak bila masanya Chik bersara dari buat baulu, tart nenas dan kuih gunting setiap tahun menjelang raya. Kalau ditanya Chik, dia sure kata "I forgot".

28/8 - Ndja yang tak suka aiskrim tetiba beli aiskrim hanya kerana dia berpeluang park kereta depan BR. Sesaja nak memontelkan adik dia ler tu. Dah beli tercepat sehari maka takdelah diskaun (diskaun 31% dari 29-31/8).
Jenuh nak dihabiskan

29/8 - Ndja datang lagi, ada aje halnya. Nak ambik air ticket disamping nak tengok rumahnya yang masih tak habis2 direnovet. I sebagai jiran terdekat duk menghitung hari belek kalendar jer 'bila nak habis?'.

Cantik gak!
Sebelum singgah rumah I dia melencung kerumah Teh dulu sebab ada something from Teh untuk T yang mengidamkan kek keladi (tapi bukan Teh yang buat).

Sedap memang sedap tapi jangan teroverdose nescaya muak
Dah 2 hari I tak masak memasak so memang dah sangat lemaklah nih makanya hari nih I berikrar akan lebih cergas dipersada dapur, insyaallah (namun masih memikir cara ringkas untuk terus kenyang.. haha.. how?)

Akhir kata, best ek kalau ada maid? At least mintak tolong dia prepare bahan2 masakan dulu so bila Mem masuk dapur, Mem tinggal menumis se'eyyy aje... *se'eyyy adalah bunyi ketika menumis, sebutannya haruslah sengau sket*.
.

Tuesday, 28 August 2012

10 Syawal ...

Assalamualaikum ...

Kalau entry sebelum nih ditulis dalam bulan Ramadhan tajuknya so-so Ramadhan maka entry bulan Syawal harus berbunyi so-so Syawal juga, kan senang cam tu tapi macam tak kreatiflah pulak bunyinya (penulis tegar blog haruslah sekreatif mungkin, tak gitu u?).

Selama ketiadaan sementara dialam maya *wpun ada ketikanya duk ngintai2 gak, haha*, kerja rumah yang paling tak boleh dipandang sebelah mata tentulah membasuh baju dan aktiviti bersangkut paut dengannya.

Washing machine tu kalau pandai memberontak, dah lama agaknya dia hentak2 kaki dan tumbuk2 dinding meluahkan perasaan betapa penatnya dia 'melayan kemalasan manusia' tapi nak buat camana dah nasibnya difungsikan cenggitu. Untunglah dia sebab kerja lipat melipat dah dipikul oleh manusia, huwaaa..

Baru 10 Syawal belum lagi 25 Syawal so afdal kalau ceritanya masih berkisar sekitar hari raya ..

To-date I dah ziarah raya rumah Long, Ngah dan tentunya Teh sebab 1st day raya memang kita semua berkumpul dan berkerumun kerumah Teh cam semut kerumun gula, hehe.. Sementara Chik masih hidup gitulah cara kita meraikan hari raya pertama.

Nak beraya rumah Ndja tapi masa I lalu Sban otw home hari tu, dia pulak dalam perjalanan balik dari Ipoh, so rasanya I beraya tahun depan ajelah eh? heheh...

Kat atas tu cerita beraya kat rumah my kakak2 so beraya kat rumah abang2 I camana gayanya pulak? Gulp!! Macam tak bagus nak bercerita lebih2 tapi bab ziarah rumah my abang2 ketika musim raya atau hari2 biasa umpama tak tertulis dalam aturcara kehidupan. Sungguh menyedihkan tapi tulah hakikatnya.

Apa pun terjadi, keakraban adik beradik lelaki dan perempuan memang takde cacat celanya as all the 9 of us get on very well with each other BUT? there's always a but eh??  Well.. abaikan ajelah segala 'but' tu, kot raya tahun depan keadaan mungkin berubah for the better? insyaallah.

Raya tahun nih ada 3 orang bermurah hati beri I duit raya. Semua orang mesti suka dapat duit tapi I rasa malu2 kucing bila terima duit raya dari 2 pemberi  nih, no joke! Perasaan malu2 kucing is an understatement because it is a combination of malu2 kucing + malu2 kokang + malu2 kambing entwined! So perasaan malu memang tersangat epic.

Sementelah 'malu2 kucing' maka propnya haruslah guna kucing hidup, ekekeke..

Perasaan malu berakar umbi kerana 2 pemberi tu dah kerap sangat memberi while the 3rd one is a rookie, hehe.. so biarlah dia mengutip pahala (insyaallah) pada hari baik bulan baik memberi seikhlas yang mampu pada mak2 sedara dan sepupu sepapatnya.

Akhir kalam, projek TB didesa halaman akan dikongsi dalam next (next, next) entry, insyaallah.
.

Monday, 20 August 2012

Aidilfitri 1433H ...

Assalamualaikum ...
Selamat hari raya pada setiap kenalan dan pengunjung Al-kisah. Mohon maaf zahir dan batin jika jari jemari yang mulus nih berkelakuan kurang sopan dan santunnya lalu tercetus tulisan yang membuat pembaca rasa grrrr tumbuk tapak tangan :-)

Sekali lagi maaf dipinta kerana sepanjang Ramadhan kotak komen dikunci ketat. Tidaklah punyai niat yang songsang sekonyong2 tak kuasa melayan komen pembaca atau yang sebau dengannya. Tidaklah begitu niat dihati namun yang demikian hanyalah untuk mendisiplinkan diri ini sejajar bulan Ramadhan agar 'menahan diri' dari bermacam perilaku.

I sentiasa percaya pada tetamu perlu dilayan waima dialam maya. Sama2lah kita hayati dan praktikan "the blogger must behave as a proper host, never ignoring a visitor" .. unquote (terbaca diblog Tuan Sheikh seketika dulu, syukran).

Kejap aje dah hari raya kedua. Makanan yang diasak semalam ntah2 belum hadam lagi, hehe.. Anyway kejap lagi kita akan berangkat kedesa halaman TB untuk beberapa hari tapi tetaplah belum pack baju lagi. Bila TB mula pack baju dia, barulah yang lain2nya ikut sama. Kami sdn bhd bab pack baju taklah I pening kepala.

1 Syawal
Kita adik beradik berkumpul kat rumah Teh. Hari baik bulan baik tapi ada juga yang tak mau berbaik. Alahai betapa ruginya namun I suka hati sebab all my 4 brothers hadir serentak w'pun ada yang datang tanpa bawak anak dan istewi tercinterrrr bersama. Like how come lagu tu? *geleng kepala slow motion*.

Hidangan penuh meja kat rumah Teh tidak menaikkan semangat tangkap gambar sebab kita bizi makan chomp2 dan bizi menolong didapur. The fact that Teh ada maid yang sangat rajin bekerja cam lipas kodong tidak membuat kita take her for granted, ehem..

So, apa yang I masak as potluck kerumah Teh? Betul ke nak tau nih? heheh..... *sambil gelak comel*. I masak yang I tau aje ie sambal kacang, sambal sotong dan rendang daging aka rendang Tok (wpun tak gerenti keenakannya).

siap pukul 3 pagi, auww..
sambal sotong
Mak kata lebihkan minyak supaya kuah nampak berseri

My first attempt to cook rendang tok aka RT. Cam biasa ada aje bahan yang tak diendahkan such as pieces of kelapa muda digoreng dan daun limau purut. Ekceli I silap pilih jenis daging or else tentunya RT dipilih menjuarai carta teratas rendang2 yang ada terhidang atas meja Teh <- stetmen tak voley vlah! har3.

Juga 1st time masak kuah kacang lain sikit caranya dari cara yang selalu dibuat. Kita buat dia lagi pun kacang tanah pernah bitau "ada kita kesah?" ..

Somehow sambal sotong menjadi fevret ramai namun to tell you the truth I masih tak reti nak buat serupa rasa cam embok Siti jual dikantin sekolah masa I darjah 1 dulu kala. Embok Siti's mee goreng with lots of taugeh n chives disimbah sambal sotong ... koma 20 saat!

Ramadhan berakhir dengan rasa teramat pilu ... 1st time juga berqiamulail dengan T dimasjid berhampiran. Berbagai perasan bersalah menerjah diminda; perasan yang sama menerjah semasa mula bertudung dulu. Apa juga sebab yang diberi, semua tu hanyalah alasan serta madah berhelah (dari I, siempunya badan).

Soalan yang sama "kenapa tak lakukan dulu lagi?" namun diri ini manusia biasa yang sangat lemah. Alhamdulillah masih diberi peluang waima sebesar zahrah.

Adakah mereka yang mula bertudung/berhijab boleh dikategorikan telah berhijrah dengan ertikata sebenar? Hmmm...
.

Wednesday, 15 August 2012

26th Ramadhan ...

Raya tahun nih macam tak sibuk sangat (but having said that, pernah ke I sibuk? hehe). Sebelum Ramadhan lagi I dah tempah kuih (diberi peluang menjamah kuih2nya sekali tapi masa tu I was having cold n cough maka kuih2 tu taklah menaikkan napsu sangat, uhuk2). Selalunya I beli kuih raya dari sweet looking lady kat salah satu kedai diMydyn tu tapi tahun nih nak beralih selera kekdahnya.

Baju raya T pun dah dibeli awal; 2 baju kurung dan 1 jubah. Selalunya beli nak dekat2 raya jawabnya memang semput bergesel bahu dengan rakyat jelata Kanda Deris yang punyai satu visi & misi. TB pun bersemangat sama, dah siap beli sepasang baju Melayu teluk belanga sejak seminggu berpuasa lagi.

What about me? I tak kisah kalau takde yang baru sebab I ada 2 pasang baju kurung yang boleh dianggap baru by my standard bought about 8 mths ago. Blouses n pants baru dibeli 2 bulan dulu tapikan tapi terdapat disana sini keketatan berlaku, huwaaa... Nampaknya terpaksa 'unpick' jahitan pada darts biar longgar sket, huwaaaa sekali lagi. As for D, raya tak raya ada aje yang dibelinya (bergantilah juga w'pun bukan yg mahal).

Petang tadi T ambik kuih raya tapi sebelum mengambiknya terjadi sedikit kekeliruan. I tak faham macamana boleh keliru sedangkan jenis2 kuih yang kita pilih dah pun ditulis dalam buku. Bukan aje nama kuih, nama/hp kita ditulisnya juga (so most likely silly mistakes would not happen, would it? but.......).

Ada beberapa program tv yang bagus2 belaka sempena Ramadhan tapi terpaksa pilih yang paling sesuai memandangkan kita bos, kita juga maid (mana boleh goyang2 kaki tengok tivi aje?); and that's when PVR comes in handy.

Contoh senario: mata terasa melekat2 sebaik saja thelethai solat subuh tapi hati nak tengok program Ask da'Ustaz at 7am. Untuk hindari diri dari merasa seolah2 lebihkan tidur dari mengikuti siaran ugama, I pun tekan butang 'R' pada RC untuk merakam Ask da'Ustaz <--  harus beri contoh program ugama pilihan Muslimah, hehe. Seterusnya bolehlah I zzzzzz dengan tenang dan nyaman.

I suka tengok drama @tivi3 7 Ramadan (tonton jgn tak tonton) dan @105 Keluarga Iskandar. Tak nak elaborate lebih2 sebab dakwat kibod kering kang tapi cubalah cari kat internet dan ikuti dua2 drama tu. Nak sentuh sikit tentang Keluarga Iskandar yang buat I terkesima menontonnya. Nak tau kenapa? Pertama sebab father figure dalam drama tu dipanggil 'Bak', dan sebab kedua kerana lokasi pengambaran (gitulah digambarkan) berlatar belakangkan negeri tumpahnya darahku, auwww..

Drama tu buat I rindu nak kesana lebih2 lagi perasaan deja vu dah meresap kejiwa bila pejabat kerajaan diBukit Timbalan ditunjukkan. Kiranya dah 80x I sebut "opis Tok tu" pada D n T, hehe.. Masa umur I 11-12 tahun, setiap kali balik dari Library dengan Ndja, kita akan menyusuri pejabat pos, majlis bandaran, HSBC dan pelan2 terus 'mendaki' Bkt Timbalan dalam keadaan suspense.

Suspense yang bertukar hampa kalau kereta Bak takde kat tapak letak kereta tapi selalunya kereta Bak mesti ada sebab Bak jarang keluar ofis awal. Bak adalah pekerja contoh, fullstop! Bila balik rumah dengan Bak, bolehlah berjimat 15sen! (15sen can buy me 3 batangs aiskrim Msia yang sangat lajat dibeli dari rumah Bedah atau Rohaya sebab aiskrimnya tetap manis w'pun dah kena nyonyot 18x, haha). Flavournya adalah: durian belanda, koko, jagung, oren, mangga, air mata kucing, kacang merah. Hmm...btw, I pernah prepare/jual aiskrim Msia pada satu masa dulu. Tough job :-)

26 Ramadhan
Masa berbuka tadi I masak satu lauk aje untuk TB. Tiba2 terasa diri nih zalim cam Firaun bila TB tanya "ada satu lauk aje eh?". Well.. taklah zalim sangat sebab I juga goreng bihun dan jejemput masin. Lauk tambah untuk sahur akan dipikirkan nanti. Normally semangat n idea of what to cook will come after 3am (bila terdesak reti aje nak buat apa).

Saiz dan rupa jejemput tertakluk pada mood sepembuat
 Masa bersahur subuh tadi, lauk 'tup2 jadi' adalah ikan masak kicap dan udang goreng mentiga (goreng dengan hirisan bawang). Alhamdulillah diberi rezeki dan kesihatan... berjuta2 lagi makhluk Allah yang tak dapat makan let alone dapat menikmati rupa makanan depan mata...*insaf*.

senang dimasak (sambil pejam mata) dan sedap dimakan, auwww..
1 dozen udang dari Sabah sponsored by Ndja's hubby
Tak teringin nak sponsor lobster ke? :-)

Well ... 3 more days to welcome 1st Syawal. Berbagai kenangan semanis kurma berlegar2 diminda. Tak dinafikan juga kenangan pahit sepahit peria. Waktu tak mungkin dapat diputar anti clockwise tapi kalau pun boleh, I tau apa benda2nya patut diberi 100% perhatian. Mmm..

Hoping that I'd still be given time to make things better, insyaallah.
.

Tuesday, 14 August 2012

25th Ramadhan ...

Setiap Aidilfitri dan AidilAdha kita semua akan berkumpul kat rumah Teh merely because Chik is living with her. Bila Chik dah takde nanti, pandailah masing2 menyambutnya *sedih*.

My eldest sista Long baru fone bertanyakan soklan cepumas, nak masak apa hari raya nanti to be brought as potluck to Teh's house. Dia nak masak rendang kicap dan ayam goreng disamping ketupat pulut daun palas yang setiap tahun dibelinya aje, hehe ..

I plan nak masak rendang tok hasil ciptaan blogger yang pandai memasak tu. Pastu Long buat permintaan istimewa mintak I masak kuah kacang. Memasak memang takde masalah tapi sedap tak sedap tu yang jadi masalah besorrr, hor3..

Subuh tadi terjaga pukul 3.30. Pikir dan pikir nak masak yang ringkas2 buat tambah lebihan lauk kari ayam/daging semasa berbuka. Tetiba D mencetuskan idea "kita makan mcD nak?", so off we went to mcD at 4am (dekat aje). TB n me bersahur dgn big mac each (tapi TB makan juga nasi sikit dgn KD) dan D makan ayam foldover (buy 1 free 1 tapi larat habiskan 1 jer).

Hari nih dalam sejarah... I tidur semula dari 7-8.40am. Segar sket rasa rohani dan jasmani, hehe.. I cuba nak ingatkan satu surah yang hadir dalam mimpi tadi. Tak pasti samada 'alamtarakai' atau 'araaithallaziyukazzibubiddin' .. tapi alhamdulillah bila BW keblog Yong, I got the answer loud and clear. Bila baca maksudnya, I yakin surah yang hadir dalam mimpi tadi adalah surah al-Ma'un. Sesungguhnya hambamu ini memang lalai yaAllah..namun Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berubah n merubah.

Minggu lepas bila TB balik sehari kedesa halaman, the dara of ours mengirim makanan tradisional ..

kuih karas
... dan TB plak minat dengan kuih tradisional yang lagi satu nih, mirip burung hantu, woot woot..

kuih kering aka kuih telur

And last but not least, an update of TB's mega project kat sinun bandar bersejarah ... auwww...

our soon to be humble abode expected ready by Sept '12
Dibelakang sebelah kanan terdapat 2 batang pokok durian
Sebelah kiri tu pokok markisa & cempedak
Ehhh....ada bendera jugaklah "Merdeka!!!"

Insyaallah panjang umur murah rezeki maka bermastautinlah cikThom kesana ... tapikan tapi dia dah mula nervous cuak gementar bimbang sekarang nih. Ramai dah menakut2kannya tentang 'umat2 halus' yang terdahulu bermastautin disitu..
.

Monday, 13 August 2012

23rd & 24th Ramadhan ...

24 Ramadhan
Siang tadi I cuba jadi adventurous sikit ala Indiana Jones gitu so I godeh2 'template' dengan niat mengubah susun atur facade Al-kisah biar jadi ceria dan lebih urban sikit, har2.. namun segala2nya berakhir tak sampai 30 minit.

Tak enjoy betul bila menggodeh fungsi template sebab perasaan berdebar2 menguasai diri. Takut Al-kisah menimpa bencana dek empunya blog tak cukup ilmu IT maka terpaksalah revert pada facade yang lama, hehe. Nasib baik reti nak revert ek? but all the same it was quite an experience!

Satu yang I tak faham. Ramai blogger guna blogspot.com tapi camana ada yang guna 'wallpaper' takde dalam list yang I selalu tengok? Mesti ada unsur pilih kasih nih ..

Ndja masih berurusan dengan kontraktor. Selang sehari dia akan travel kesini tapi ada dia kisah? I yang terlebih kisah sebab to travel 1 hr (1 way) is a big thing for me. Anyway, mini reno. yang kononnya siap dalam sebulan tak menjadi kenyataan so it drags on.. Gitulah keadaannya bila kontraktor ada projek yang bertindih2..(katanyalah.. wo pu chertau).

Dipendekkan cerita, I berbesar hati menjemput Ndja n son untuk berbuka sama. Besar hati nak menjamu kakak sebab I dah ada idea dalam mimpi nak masak apa, hehe ..

I tau Ndja suka mee PK tapi dah lama dia berpantang makan kicap dan daging maka lebih baik tak usah dibuat mee PK w'pun I sendiri teringin nak makan, huhu.. Saat nak memasak baru sedar diri dalam esbok ada 4 batang bak choy aje so daun bawang dan sayur kobis jadi penyelamat. Campak udang, campak sotong jadilah bihun goreng putih.

seafood BGP
Sebelum masak bihun putih, terlebih dulu I dah siap masak kari ayam dan kari daging with lots of kentang. Kari daging untuk Ndja dan kari daging untuk TB tapi sesiapa yang suka kedua2nya memanglah beruntung, hehe. I menumis KA n KD dalam 2 periuk berasingan. Kalau untuk makan sendiri, dah lama I marry both ayam n daging in one big pot tapi bila menjamu orang, biarlah senonoh sikit cara memasak tu, kan uolls kan?

Apa cerita masak 2 jenis kari sampai 2 periuk? Aha... ekceli awal lagi I dah sediakan adunan roti jala so selepas siap 3 juadah dimasak, barulah I menjala dengan jayanya. Nak tampal gambar RJ tapi gambarnya cam alahai jer namun sebagai bukti hari2 rajinku didapur, 'terpaksa' jugalah kan? hehe..

Gambar dan rupa RJ kurang memuaskan namun 'malas aah nak citer'
23 Ramadhan
Last kopek pergi kebazar sebelum T balik kemarkas. Nampaknya banyak stall dah bungkus tikar termasuklah my fevret stall jual lontong kering. Takkan awal lagi dah bungkus tikar? Saya baru sekali beli lontong kering awak yang sedap tu taw.. tapi takpe, stall beriani gam 'power' masih setia berkhidmat untuk pelanggan.

Kali kedua beli beriani gam ayam/kambing/daging. Memang berbaloi w'pun acarnya alahai, setotet jer. Penjual cum owner kata dia akan berniaga sampai hari Sabtu, raya eve.. Yesss!! *wink*.

Hidup orang Johor !! (samada pembeli, penjual atau sesiapa yang ada close connection/intimacy with anything Johor has to offer, ehem).
.
.

Saturday, 11 August 2012

20th-22nd Ramadhan ...

Seminggu lagi dah raya. TB tanya tak beli baju raya ke? Hmm.. nanti2lah. Mood belum semarak lagi. Selagi misi mengemas dan menghumbankan harta karun belum thelethai, I dowan to think of anything else.

Just for the record ...

22 Ramadhan
TB still break fast at the office so T took the opportunity to break fast outside either at Delicious SPyramid or at VicStation belakang rumah. Naturally I chose the one nearest home. Since D aint got no mood to accompany us, terpaksalah I masak dulu sebelum keluar (masak kicap daging, gulai telur ikan n ayam gor .. dah!).

Nasib baik dah buat reservation sebab that place is forever full. Have made a pact with T that we shall 'go dutch'. Bila Ndja tau niat kedekut I pada anak sendiri, she commented 'kesian T'. Ada I kisah? hehe..

Tak sempat (read: segan kekdahnya) nak tangkap gambar makanan so macam sr citizen yang baik I makan dengan sopan dan santun (at the same time kinda grrrr sebab jarak tempat duduk antara pelanggan tersangatlah rapat, tulah takde chan nak tangkap gambar but come to think of it, it makes senselah, kata makan dalam 'ketapi', kaaan?).

I had combo of prawns/chicken n whatnot while T had lamb shank n whatnot too, hehe.. Alhamdulillah kenyang tapi T masih tak lengkap dinnernya selagi tak dapat something sweet, so kesinilah dia ...


The 'we go dutch' pact somehow changes into 'a treat' for passing an examination, alhamdulillah. Anyway, sampai ke hati I biarkan dia bayar sendiri? Dah anak kita, kitalah yang manjakan, tak gitu? (sedangkan orang lain tak berlokek atau berkira pun memanjakan anak2 'kita').

21 Ramadhan
Bila TB berbuka diofis, mem dia komain lagi mengorak langkah. Semua tu salah Ndja sebab dia yang buat plan berbuka diluar. Very ungrateful of me ek? Dahlah orang nak belanja, kita salahkan dia lagi, hehe. So selepas batalkan puasa dan solat Maghrib dirumah, kita beransur ke A'cafe 3-rasa.. (kat belakang rumah aje). The place is packed. Nasib baik dah buat reservation.

Promo set which includes steam fish, fried chicken, a jug of cordial, omelette, vege, kurma n dessert
 
Hokkaido Chiffon
dengan penataan cahaya yang terang sket, hehe..
Set meal on promotion suitable for 4 persons @ RM70 jer.

20 Ramadhan
I memandai buat plan berbuka kat rumah Teh so sewajarnyalah I bawak serba sikit juadah dari rumah. Seganlah kalau pergi dengan tangan kosong. Lainlah kalau memang dijemput macam kat rumah Ngah hari tu. Apa pun Teh tetap welcomed us with open arms.

I bawak lemak labu, tempe masak kicap dan ayam goreng. Kebetulan masa tengah masak Ngah hantar sms bertanyakan lauk2 yang I masak hari tu. Komen dari Ngah "wah! lauk2 Jawa belaka".. tapi I membetulkan statementnya "lauk2 Nusantara", hehe..

D berbuka kat rumah sorang diri (ngada budak nih!) while TB berbuka kat ofis. T and I berbuka kat rumah Teh. Keadaan berbuka sungguh meriah sekali w'pun hanya berenam.Tangan memasing berselang seli sibuk capai mangkok lauk untuk diberi pada yang duduk kat hujung2 meja, hehe..

Kali nih takde gambar lauk tapi nak tunjuk 'hasil kreativiti seseorang' khas untuk YAT of Easybakes (yang dah MIA kira2 sepurnama lamanya).

Langsir dibilik Chik yang guna sepit baju banyak giler, muahaha..
Chik kata langsir nih agak pendek. Kalau tak guna penyepit, langsir akan tersingkap bila ditiup angin
Bila waktu  malam, langsir tersingkap is a no no bebeh!

Bila waktu pagi, bilik Chik kembali terang
What can I say? It runs in the family to pelbagaikan kegunaan sepit baju, hehe..
.

Wednesday, 8 August 2012

19th Ramadhan ...

Rentetan pergi kemedical ctr semasa beli ubat mata...
Nak beli ubat aje bukan nak jumpa doktor tapi rupanya harus patuh pada prosedur dulu. Akur dengan prosedur, I pun tunggu dan tunggu ...

Tup2 terasa geram jugak bila beberapa orang staff macam takde kerja berbual2 (lunch time kekdahnya) sedangkan I masih menunggu macam takde siapa pun kisah I nak beli ubat! So I mara kekaunter bertanya pada misi "lama lagi tak kena tunggu?" langsong terpandang kad untuk beli ubat masih belum masuk kebilik doktor, masih ada atas kaunter.

Dan2 misi hantar kad beli ubat kebilik doktor ... at last!

Tak lama lepas tu nama TB dipanggil cumanya doktor would see a female version of TB, hehe.. Doktor mula menyoal siasat. Since ubat mata yang I nak beli tu ada steroid (dibawah akta ubat terkawal) maka dia tak boleh sesuka hati menjualnya tanpa ketahui kes pesakit. Betul juga tu, it does make sense. I faham dengan penjelasannya.

I cuba jadi rakyat marhaen yang menerima sesuatu yang baru secara positif, ehem.. dan haruslah juga berbudi bahasa "thanks for your concern doctor".

Si Ony kucing oren ku giat jadi pemburu. Bila berada diluar rumah, dia giat memburu lipas, cicak man dan kengkadang mickey mouse.

Baru2 nih dia telah berjaya memburu sekor burung HELANG yang sangat besorrrr, ekekekeke...

I got a shock of my life (betul2 punya shock nih) bila Ony tetiba terjah masuk kedalam rumah dari tingkap sambil menggigit something. Thinking it was a mickey mouse, I pun apa lagilah, menjerit berkali2 panggil TB yang sedang tidur. If really it was a mickey mouse, sumpah I naik atas meja, hehe..

Burung Helanglah sangat, ekekeke..
Ony taat menjaga burung buruannya
Pada mulanya burung tu agak trauma jugak. Nafasnya kencang berombak tetiba jadi cam mengong terkebil2 matanya. Takde aksi mengepak2 pun. Esok harinya, burung tu dah cergas sikit dan cuba mengepak2 dengan penuh semangat. I thot nak set free the bird once T is back from markas.

Burung yang aktif mengepak2 tetiba lemah dan terus pergi buat selama2nya. T insists that I bury the bird tapi bila menggali tanah kat halaman rumah, terbukti I tak berjaya even to make a small hole sebab keadaan tanah yang sangat keras... so I tanam aje dalam my pasu pokok kari yang hidup segan mati tak mau, nehi nehi itew.

Diharap pokok kari dapat baja dari aura burung tersebut, terus tumbuh merimbun mengalahkan Flame of the Forest. Yes, pokok kari boleh!
.

18th Ramadhan ...

Al-kisah ...
Bermula kehidupan baru selepas 2 minggu menjadi Cik Puan TB, hic! Dengan rasa gumbira (at last dapat duduk dengan anjer kaan?) dan dukacita (dah tak duduk dengan Ngah/Ndja lagi) I pun berpindah kerumah sewa yang diduduki TB sejak bujang lagi tapi masa bujang dia menyewa bilik aje. Kebetulan bila kita about to kawin, landlordnya berpindah kerumah baru.

Yipppeee!! I mean alhamdulillah sebab tak perlu meniarap kat dada MalayMail mencari iklan rumah untuk disewa.

Kami menyewa 250 ringgit sebulan. Tak berapa ingat sebab bukan I yang bayar sewa, kih3.. OR was it 450? but I think it was 250 memandangkan the landlord, Abg A & Kak M teramatlah sayang dan kasihnya mereka pada TB my laling itew maka afdhal diberi diskaun (oitt! mana ada?).

Nota: Selepas 5 tahun menyewa rumah tu, kita berupaya membelinya with our blood sweat n tears, huhu.. 5 tahun lagi duduk disitu kami berpindah kemukim lain (the present house).

Bila Kak M berpindah kerumah baru, dia tinggalkan sebiji kuali very da ireng one untuk kegunaan TB dihari2 rajinnya (memasak) maka secara tak langsung I became the proud owner of that black pan the moment TB was proud to have me as his cik puan <-- whoaaaa... so romantika de amour kankankan?

Lawa tiada tapi manis ada hence the 'posterized' effect, ehem..
I love cooking using the non-stick pans but to goreng anything and about everything, I prefer using this black pan. Jasanya tak terkata mengalahkan jasa DLCW mengharumkan nama negara bermain good n badminton, ahaks. Bayangkan berapa puluh kilo ayam, ikan, sotong, udang dah digoreng dalam kuali ireng nih sejak mula I kawin sampailah sekarang? Cuba bayangkan...cubalaa.. (nak jaga hati I, pandai2lah pretend, hokay?)

Oleh kerana kuali nih kecik aje untuk menggoreng sekor ikan berkepala dan berekor sempurna sifatnya (saiz ikan kembung/kerisi), maka selalulah ikan yang digoreng tak berkepala. Cerita pasal goreng ikan atau beli ikan dipasar tak berkepala dah jadi my trademark dalam famili so much so bebila I mintak tolong Chik or Teh belikan ikan dari Cina jual ikan naik van tu, kepala ikan terus jadi hak milik kekal Teh.

2 nights ago just when I was about to bertakbir solat Isyak, my handphone berbunyi lagu ehem2 (rahsia kenot tell what song but it was Baby by JB then, hehe).. Selalunya I tak layan unfamiliar number but that night terasa cam baik pulak (almaklum nak mengerjakan solat, dalam bulan Ramadhan plak tu), I pun jawablah ..

TCTLSS, the caller was none other than anak bongsu Abg A & Kak M. We met at a wedding about 2 yrs ago so kita bertukar2 nombor but somehow she misplaced my number but TERjumpa when she least expected it. The news was that her Abah had passed way on 5 Aug 2012 and her mum died about a year ago *I feel so sad rasa terkilan juga*. Al-Fatihah to both Abg A n Kak M.

How can I not love the black pan even more???? *sob3*

18 Ramadhan
Since TB kerja petang, terpaksalah dia berbuka diofis. Kerja petang unlike kerja malam, dia memang tak bawak bekal tapi tetaplah bawak air panas setarmos, 2 sachets kopi dan sebekas kurma *whisper* Yusooooof taiyoooob...

Bila boss tak berbuka kat rumah, bolehlah I say NEHI TO RICE... (nasi dan lauk2nya akan diusahakan selepas jam 12-2am).

Kebetulan T balik dari markas, so that dara of mine dengan senang hati singgah kebazar sec.13 beli apa yang dia idamkan. I masak mee wantan for D dan dengan gigihnya made popia for me, yeahh!!

half-moon wanton
prop guna tea towel kekdahnya, har3
 
Ada sesiapa kisah akan rupa popia yang bengut2 nih?
Ekceli I kisah tapi bila buatnya dah hampir2 waktu berbuka...
who cares? kaaan?
I sepatutnya dah keluar dengan D keklinik beli ubat mata untuk TB. D tanya pukul berapa nak pergi (mengharapkan kita keluar sebelum mentari panas terik). I kata tunggu kejap sebab I nak berkarya (for sure it takes time) .. "kalau Umi dah mula berkarya, nampaknya besok ajelah kita baru keluar" katanya.

Ehhhhhh... siapa boss? D ke Umi? Haaa.. tau pon!
.

Monday, 6 August 2012

17th Ramadhan ...

11am: Niat dihati nak keMydyn tapi since hari nih cuti Nuzul Quran, Mydyn for sure sesak, packed, crowded punya maka adalah lebih bijak pergi kemini market seberang jalan aje. Tak payah pusing2 nak dapatkan barang lagi pun parking senang. Takde masa meneliti barang yang dibeli, main capai cekut, capai cekut aje. Harus cepat balik kerumah by noon sebab T nak guna kereta balik kemarkas.

Lusa dia ada exam pastu terus cuti sampai hujung minggu. Kelas ON lagi seminggu pastu baru terus cuti raya. Awat gitu? Kan ke bagus kalau kelas diteruskan minggu nih pastu terus cuti raya? Well, who am I to suggest this kinda thing, right?

Tiap kali nak exam, mulalah dia malas nak bergerak w'pun bergerak tu untuk mengisi perutnya. Katanya  berbuka nanti dia nak makan apa? Ehh.. kereta kan ada, pergi ajelah kebazar. Hmm.. nehi nehi jawabnya sebab tak nak buang masa. Kalau putih katanya, jangan harap kita tukar rona beige so sebagai ibu yang perihatin (aren't we all?), my CPU terus berputar.. apalah makanan yang senang dimasak pabila masa duk jeles2 kat kita...

Zuup kedapur capai pithang berangan 5 biji terus dibogelkan, oooops! Lenyek cam nak rak guna pelenyek, pastu tuang santan kotak sikit, gula pasir/melaka sikit n of cos the good old flour. In no time at all, siap sekeping lempeng pithang berdiameter 8 inci, hambek! Takde kerja halus dan berseni, no time bebeh!

Pastu I offer masakkan nasi goreng at least boleh makan masa berbuka nanti but that dara of mine says "boleh buatkan sambal tumis bilis tak Miiii? Umi kan pro mesti masak kejap aje kan??".. Dah dia kata kita pro, mau kita tak mengaku? "senang aje tu...prolah katakan" <-- riak dgn anak sendiri tak tolak pahala puasa, kaan??

So bertolaklah T balik kemarkas berbekalkan sekeping lempeng pithang berdiameter 8inci dan sebekas samtum bil cosby, ekekeke...

Petang semalam TB balik kedesa halaman sensorang. Misinya untuk berurusan dgn kontrektor tentang hal dalaman rumah dengan lebih terperinci lagi. In a way I serahkan bulat2 budi bicaranya memilih jubin, jenis pintu, lampu dsb.

Bab lampu tu kaan, bukanlah I cerewet nak chandelier kristal ke apa tapi kalau I nak chandelier juga, bolehkah? kahkahkah. Dah kita share duduk sebumbung maka bila memilih dan membeli barang, biarlah sama2 berkenan dan rasa puas dihati (barulah bermakna hidup dalam rumah baru, persekitaran baru dan pemerintah baru). I tak sabar nak dengar cerita terkini hiburan sensasi sekembalinya TB dari desa halaman petang nanti.

Bila the boss takde rumah dan sibujang berbuka diluar, the maid of honor pun suka hati nak masak apa. Berbuka semalam T & I makan 'soto' (gandingan sup tulang + nasi impit berusia 2 hari), keropok dan tempura fish cocktails, ehem tetiba very English sempena Olympic kekdahnya. Pencuci mulut masih puding milo dan bubur jagung. Alhamdulillah kenyang sampai kedada burp!

For sahur I goreng nasi bodo2 aje tapi takkan nasi goreng semata2 sepi tanpa berteman? Where got selera like that? So dengan azam dan iltizam I merajinkan diri menumbuk isi udang guna lesung dan potong fishballs halus2, daun bawang, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sikit tepung *gaul semua* untuk dijadikan inti uncang wanton.

Nasi goreng bodo2 ..
 
Uncang wanton atau nama glemernya 'wanton pouch'
Uncang wanton siap digoreng tepat pukul 5 pagi disusuli terus tanpa segan silu sesi photo shoot guna camera dslr siap bertripod stand dengan lontaran cahaya dari digital lighting .....

Errrk...komain lagi penerangan kat atas tu cam iya-iya aje walhal guna henpon karat Cokia N97 aje *blushed* tapi part goreng uncang wanton siap kul 5 pagi adalah fakta yang sangat telus dan tulus.

Akhir kalam, selamat memasak, selamat berbuka puasa dan selamat beribadat. Jangan makan lebih2 masa moreh nanti ehh?
.

Sunday, 5 August 2012

16th Ramadhan ...


Sebak tengok DLCW menahan nangis tapi very obvious hidungnya nampak merah
Rasa nak book a flight to London to comfort him *hug2*
Maka harapan rakyat 1Msia nak makan aiskrim percuma turut hancur berkecai, hehe.. Apa daa, takkan asyik nak dapat semua percuma aje kan?

I think DLCW sure rasa ralat tak berjaya dapatkan emas untuk Msia as the score was so close! Kawan kat fb kata patutlah LD menang sebab dia dapat semangat dari wife yang sangat cun. Maybe ada juga kebenarannya, kaaan?

Malam masih muda tapi kenapalah I asyik sangap aje persis badak berendam ternganga mulut sewaktu mandi manda disungai BritBrit (hingga tersumbat lubang hidung). Mungkin dalam diam masih meratapi kekalahan DLCW ditangan LD tadi (tengok sipi2 aje the last 5 mts), tu sebab tersumbat hidung?

Ada kene mengena ke tu? Tak ahh, sangap tu sebab dah memang mengantok tapi saja tahan kot adalah orang nak sorongkan bantal ke ... kaan?

BTW, orang Johor selalunya sebut sangap yang bermaksud menguap, hehe..

Yawwwnnnn... mohon diri dulu ... dah 'tak tahan' nak gentel bucu bantal. Good nite.
.

Saturday, 4 August 2012

15th Ramadhan ...

1130pm tiba rumah dari berjimba rumah Ngah di Bkt T thempena majlith berbuka puatha berthama thuku thakat theputhat theputhing kelorga DHLA. Kebetulan rumah Ngah kat KL (KL kan jauh??) so bila dah amat jauh takdelah kerap kereta kita kesana maka for sure tayar kereta tersilap koner. Senang citer, sesat!

Sesaat tersedar dah sesat, TB pun bersuara "dah salah pusing... nih jalan nak pergi Ipoh dah nih" *pause *... "karang tiba rumah Ngah you jangan bitau kita sesat pulak" <-- kahkahkah... boleh ke tutup mulut comel I nih?

Macam tau2 akan sesat, I dah siap pack 4 biji kurma in case terlewat tiba rumah Ngah tapi atas kecekapan TB memandu (cewah).. kita tiba 10 minit sebelum azan berkumandang. Alhamdulillah.  

Selalunya majlis begini kita jarang bawak sebarang lauk atau potluck sebab dilarang sekeras2nya oleh kakak untuk elak pembaziran tapi kalau suka nak bawak juga, taklah kena buang negeri, heheh. Apa pun kakak tak melarang kita bawak pencuci mulut/desserts sebab masing2 got sweet tooth!

Dah tak masak apa2 untuk berbuka, I mengemas-kini kedua2 esbok. Bila ada 2 tempat menyimpan, ia boleh menyenangkan dan membingungkan juga. Nak cerita lebih lanjut kang terbukak pulak pekung didada, auwww.. malu I!

Bila keadaan esbok sedap mata memandang, terus ada mood nak buat something hasil dari barang2 yang diselamatkan dari esbok seperti sepeket longan kering, setengah peket serbuk milo dan setin krim jagung. Tamat tempoh untuk ketiga2 barang nih amat meragukan tapi bila hidu baunya, they smell as good as new so let's be adventurous, tak cuba tak tau, kan?

Takde sesi menangkap gambar makanan kat rumah Ngah tapi tetaplah ada lain2 gambar sebagai bukti kerajinan tuan punya blog diterataknya, hehe..

air mata kucing kesukaan keluarga sejak berzaman

Sepatutnya dipudingkan tapi dibuburkan atas permintaan T

Tak semena2 jadi puding milo beralun ombak rindu
(a bit soft not to my liking - disaster kekdahnya)
Hanya my humble puding milo dibawak kerumah Ngah. Bagus bawak yang simple2 aje sebab pencuci mulut yang lebih terer dah dibawak/dibeli oleh member sepusat sepusing yang lain.

Kata tak masak tapi sempat juga masak sup tulang untuk sahur
(dimeriahkan lagi dengan lauk2 dari rumah Ngah)
 Hasil jalan2 makan angin both Teh n Ndja, dapatlah kita semua habuan yang amat lumayan hingga tak sanggup nak terima sebab tersangat malu. Antaranya t-shirts, FM, key chains, wallet, tea towels dan 1-2 barang lain. Alhamdulillah semoga diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah pada kekanda berdua.

Himpunan key chains/FM (bowl tu my SIL beri)

Akhir kalam, solat berjemaah berimamkan imam bidan terjun. Auwwww.....*sejuk hati  kita wak!*
.

Friday, 3 August 2012

14th Ramadhan ...

Hari nih I 'tersangat rajin'. Awal2 lagi dah surrender tak nak masak... so hilanglah a portion of my pahala gone with the wind! 'Tak nak masak' sebagai hadiah pada diri sendiri sebab dah penat vakum/mop rumah dan basuh baju. Hanya bilik air aje belum dibersihkan. Esok2lah ek? Mana boleh buat semuanya sekali gus.

Hari 'tersangat rajin' bermakna rajin menjelajah ke bazar Ramadhan kekdahnya ...

Beli 2 peket buah Melaka n 2 keping kuih akok
Laksa asam for me, TB/D had beriani daging n T kuey tiau goreng (+murtabak+ayam gor)
Sempat juga beli lauk kari tunjang (simpan untuk sahur)

Nak raya nih, terasa nak ganti langsir barulah. Tak nak basuh dan gantong balik, tak nak! asyik2 basuh gantong, gantong basuh aje. Kali nih nak yang baru sebab yang diguna sekarang already looks so dull n forlorn, gelap dan malap aje. It's about time I tukar langsir rona cerah sedap mata memandang tapi terasa takut juga tetiba jadi tikus baiki labu Fa. Kot bila dah tukar yang baru nanti tak thethuai pulak dengan jiwa I yang halus nih, pffft = CPD!.

Langsir yang dimaksudkan ialah design baru untuk my beloved Al-kisah. Ada juga satu dua yang berkenan dimata cuma ada 'serem' sket kalau 'ada yang hilang' semasa proses menukar design. Teringin juga nak bubuh Nuffnang sekali, auwww.. T insists that I should have it on my blog "boleh buat duit Miiiiiii" (sebab ada kawan2 dia dah 'jadi jutawan' muda hasil dari Nuffnang, ahaks).

I beritau T my blog terhad untuk yang bercakap Melayu aje w'pun I boleh berbahasa French n Spanish, ehem! *tipu yg disengajakan* dan I bukan tulis anything specific yang boleh buat orang ternganga mulut, terbeliak mata dan meleleh ayaq liur. Having said that, kalau bubuh Nuffnang, agaknya dapat tak habuan yang boleh buat I ceria setiap bulan?

Well, who doesn't need money, kan? Tu sebab semakin hari semakin cemas dibuatnya bila tengok mega projek TB yang kat sinun kian galak membangun. As it is budget TB dah berlari2 anak due to unforeseen circumstances. Harga simen pun dah naik, sigh..

Tulah, kadang2 para suami kena juga ambik kira pendapat isteri. Awal2 lagi I dah beri kata2 hikmat iaitu sebelum rumah dibina, tanah mesti diratakan dulu. Meratakan tanah perlukan fulus dan fulus nih wajar dikira sekali sebagai harga pembuatan rumah.

Nak dijadikan cerita dalam blog, bukan saja tanah perlu diratakan malah ditambah lagi tanah asing sebanyak 100x muatan lori dan untuk mengelakkan tanah runtuh atau hakisan tanah dikemudian hari, tambak/benteng batu perlu dibina. Disebabkan semua nih, bajet sah lari pecut 600 meter!

Dah macam A'Famosa ek?
Ahad nih TB akan balik kedesa halaman. Banyak hal perlu dibereskan dengan kontrektor. I harap bolehlah I ikut dia kesana, boleh juga usulkan idea2 bernas as afterall I will be the queen of the house, kan u'olls kan? Nak juga I usulkan the best spot to place my kitchen sink, my fridge, my oven and my harta dunia yang lain, hehe.. Sebut pasal oven, teringin juga nak oven baru yang duk melekat kat dinding tu.


Been using the convection/m'wave oven > 15 yrs
Apasal ada sticker amaran kat oven tu? hehe... tu bukan amaran tapi rintihan pada pengguna yang bermaksud jangan sekali2 OFF oven tu bila ia dah molek2 dalam keadaan ON. Oven dah tua maka banyaklah ragamnya (macam tuannya juga). Kalau dulu ia sedia berkhidmat sebaik saja ditekan butang 'start' tapi sekarang tak lagi sebab keseluruhan fungsi panel dijangkiti virus.

Sebelum oven mati for good, hanya fungsi m'wave boleh digunakan tapi amat terhad. Still alhamdulillah kita tak harap lebih dari tu whereas fungsi membakar (convection) hanya tinggal kenangan indah dalam lipatan kehidupan aje, huwaaa...

Kejadian yang sama pernah berlaku 2 tahun dulu dan I terkopak banyak ratus selepas ia dibaiki. Patut beli yang baru, ehem.. atau cuba sekali lagi hantar untuk dibaiki?? Ohhhh som! batu..kertas, Ohhh som, air.. gunting.. Ohhh som ...

Kalau tak kerana 'power trip' 2 minggu dulu, maybe kita masih boleh gunakan oven dengan fungsi terhadnya tu. Terasa kehilangan juga sebab (payah) dah tak boleh guna m'wave untuk panaskan lauk2 esp dalam bulan puasa nih.

Before Ahad is Sabtu, yeayyy!!! kita gumbira sebab takyah masak. Ngah jemput adik beradik, ipar duai berbuka kat rumah dia. Ekceli memasak tak beri masalah, yang menjadi masalah ialah nak masak apa?? Memang senang kerja kalau semua orang satu hati satu jiwa satu selera satu Msia, hehe... Kalau tak sama selera pun, polok2 makan ajelah.

TB selalu kata "kalau suka/sedap makan banyak, tak suka/sedap makan sikit' tapikan tapi whylah he flatly rejected my offer to cook nasi goreng semalam?? Dia kata dia lebih sanggup makan nasi dengan telur dadar atau ikan masin jer. Alahai...nape bunyinya macam self pity aje tu?

Self pity or not, kata2nya meremokkan hati I, kesianlah pulak maka terhidanglah waktu berbuka: ikan tenggiri masak lemak CP campur buncis (save takyah masak sayur), ikan/ayam gor dan butter prawn versi memandai.

Akhir kalam ...terima kasih diucapkan pada semua hadirin yang sudi bertamu kesini dan mohon ampun dan maaf kerana terpaksa kunci ketat2 kotak komen. Ia hanyalah untuk diri sendiri, 'berjihad masa' kononnya. Wassalam.
.

Wednesday, 1 August 2012

11th & 12th Ramadhan

Menurut ustaz A, makruh menampal atau tunjuk gambar makanan (diblog/fb etc) dalam bulan Ramadhan kerana ditakuti boleh menjejaskan ibadah puasa. Maka pada sesiapa yang mungkin cepat tergoda dan rapuh imannya (macam I masa kanak2 dulu), sila jauhkan diri pada siang hari dari menyinggah blog yang menyajikan apa juga jenis makanan. Jika 'jihad nafsu' tak dapat dilakukan, lawat aje sebelah malam selepas berbuka puasa.

Adakah pergi kebazar Ramadhan hukumnya juga makruh? I pernah jumpa mantan imam besar masjid negara pergi kebazar Ramadhan juga. Tentunya dia peka dan arif pada hukum hakam.

Nota: Makna makruh ialah dibuat tidak dapat pahala, ditinggalkan tidak berdosa.

TERSEBUT ADALAH PANDANGAN/PENDAPAT DARI HAMBA ALLAH YANG LEMAH LAGI DHAIF INI.

11th Ramadhan
Ndja datang kerana ada appmt dengan kontraktor. Masih tak siap2 lagi mini reno. rumah dia tu. Dalam perjalanan lagi dia mintak I oderkan 3 keping murtabak daging tapi sekeping tu 'kurangkan daging', untuk dialah nih. Sekeping lagi untuk abang no. 1 (but 3rd in line to the throne, ahaks) dan sekeping lagi untuk yang tolong mengoder, alhamdulillah.

Dah dapat murtabak free, I masak mee goreng aje untuk berbuka. Lauk sahur dan bekal TB keofis kononnya nak masak nasi ayam tapi tetiba majik jadi sup sayur dan ayam goreng aje. Tulah bekal TB bersahur kat ofis. Selepas berbuka lebih kurang dirumah, Ndja ajak D & I berbuka diluar tapi terpaksa tolak pelawaan sebab I dah kenyang dan masih ada 1 lagi misi yang perlu dithelethaikan.

simple mee goreng takde siapa akan terliur
Ndja juga bawak buah tangan hasil jalan2 makan angin dibumi Eropah baru2 nih. Among other things mestilah tea towels n fridge magnets. Buah tangan dari Teh masih belum diambik dari rumahnya. Seganlah pulak w'pun dia dah suruh ambik. Teh lupa adik dia nih pemalu kot? heheh..

Ndja sempat jugalah bercerita lebih lanjut tentang percutiannya. Ada 2 insiden berlaku: 1. Dua hari tiba di Lyon, dia dikejutkan dengan berita adik iparnya meninggal dunia. 2. Semasa di Italy, pencuri bertaraf pro telah menyeluk poket baju suaminya. Gone euro400. Dan yang paling heran bila pencuri pro-sak tetiba memulangkan wallet Ndja sedangkan wallet tu berada dalam handbagnya (yg dipegang erat).

Suami Ndja kata tentulah pencuri pro-sak tu pulangkan wallet sebab dia dah kebas euro400 tapi wallet Ndja ada duit juga (dan dokumen penting lain). Apa lagi nak kata, dengan berkat doa, Allah permudahkan urusan dan dijauhi dari bahaya. Yang hilang tetap hilang, takde rezeki kekdahnya.

Modus operandi: Berkumpulan - lelaki, perempuan n kanak2, berpakaian elok belaka almaklum 'pro', kaan? Mereka berkeliaran ditempat awam. Bila pelancong sibuk naik ketapi, diorang pun sibuk sama kengkonon makan angin juga. Ada yang peramah dan ringan tulang tolong angkatkan beg walhal pasang niat jaaaa-at, dush!!!

Selain pengalaman tak best tu, banyaklah pengalaman yang manis2 belaka namun Ndja kata 'I miss Malaysia' <- kih3...baru 2 minggu aje tu. Camana perasaan other Msians yang telah berhijrah kemana2 juga dibumi Allah nih? I think it's more on pilihan seseorang (dan ketentuan Allah). Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Bila I dah berpindah ke JaSaint, I know for sure I will miss SJ/PJ/SA, my tiny abode, the surrounding areas but most of all I will miss ......... huwaaaaaa..... kenot sambung *sebak*.

12th Ramadhan
Seawal pagi terima sms dari adik. Bas sekolah anaknya terbabit dalam kemalangan membabitkan kenderaan lain juga dan menyebabkan kematian (orang awam). It seems bas sekolah yang my niece naik, brakenya tak makan (puasa kot?). Tangan kanan my niece terseliuh dan sikunya bengkak. Dia masih trauma sebab nampak mayat (a couple, isterinya mengandung). Tangan kanan sakit tapi esok dia ada trial PMR. Semoga dipermudahkan.

5pm: bitau TB I nak masak sup daging tapi dia tak nak. Pertama kali dalam bulan puasa dia bersuara nak makan kari ikan dan D teringin sotong masak hitam. I goreng ayam dan masak mee goreng sekali lagi.


Haaa...kan senang cenggitu? Selalunya TB kata masaklah apa2, tak pun dia kata 'masak nasi' .. pause 5 saat .. 'ikan goreng' .. pause 5 saat .. 'sayur'.  Selalu masak simple2 maka my bakat memasak tak berkembang biak kekdahnya.

Masak yang simple2 aje tapikaaaan, terlaksana juga projek keledek oren dijadikan kuih keria. Bab menyira memang fail but since it was my 2nd try, bolehlah tutup sebelah mata afterall takde mak mentua nak kasi markah pun, hehe.

Ada rupa tayar kereta Fred Flintstones tak?
Sira guna gula pasir+gula Melaka tu sebab dah jadi rupa 'gulab jamun'

Esok dah 13 Ramadhan... how can I ever forget what had happened on that day.. Do tune-in ..