Hari 'tersangat rajin' bermakna rajin menjelajah ke bazar Ramadhan kekdahnya ...
Beli 2 peket buah Melaka n 2 keping kuih akok |
Laksa asam for me, TB/D had beriani daging n T kuey tiau goreng (+murtabak+ayam gor) Sempat juga beli lauk kari tunjang (simpan untuk sahur) |
Langsir yang dimaksudkan ialah design baru untuk my beloved Al-kisah. Ada juga satu dua yang berkenan dimata cuma ada 'serem' sket kalau 'ada yang hilang' semasa proses menukar design. Teringin juga nak bubuh Nuffnang sekali, auwww.. T insists that I should have it on my blog "boleh buat duit Miiiiiii" (sebab ada kawan2 dia dah 'jadi jutawan' muda hasil dari Nuffnang, ahaks).
I beritau T my blog terhad untuk yang bercakap Melayu aje w'pun I boleh berbahasa French n Spanish, ehem! *tipu yg disengajakan* dan I bukan tulis anything specific yang boleh buat orang ternganga mulut, terbeliak mata dan meleleh ayaq liur. Having said that, kalau bubuh Nuffnang, agaknya dapat tak habuan yang boleh buat I ceria setiap bulan?
Well, who doesn't need money, kan? Tu sebab semakin hari semakin cemas dibuatnya bila tengok mega projek TB yang kat sinun kian galak membangun. As it is budget TB dah berlari2 anak due to unforeseen circumstances. Harga simen pun dah naik, sigh..
Tulah, kadang2 para suami kena juga ambik kira pendapat isteri. Awal2 lagi I dah beri kata2 hikmat iaitu sebelum rumah dibina, tanah mesti diratakan dulu. Meratakan tanah perlukan fulus dan fulus nih wajar dikira sekali sebagai harga pembuatan rumah.
Nak dijadikan cerita dalam blog, bukan saja tanah perlu diratakan malah ditambah lagi tanah asing sebanyak 100x muatan lori dan untuk mengelakkan tanah runtuh atau hakisan tanah dikemudian hari, tambak/benteng batu perlu dibina. Disebabkan semua nih, bajet sah lari pecut 600 meter!
Dah macam A'Famosa ek? |
Been using the convection/m'wave oven > 15 yrs |
Sebelum oven mati for good, hanya fungsi m'wave boleh digunakan tapi amat terhad. Still alhamdulillah kita tak harap lebih dari tu whereas fungsi membakar (convection) hanya tinggal kenangan indah dalam lipatan kehidupan aje, huwaaa...
Kejadian yang sama pernah berlaku 2 tahun dulu dan I terkopak banyak ratus selepas ia dibaiki. Patut beli yang baru, ehem.. atau cuba sekali lagi hantar untuk dibaiki?? Ohhhh som! batu..kertas, Ohhh som, air.. gunting.. Ohhh som ...
Kalau tak kerana 'power trip' 2 minggu dulu, maybe kita masih boleh gunakan oven dengan fungsi terhadnya tu. Terasa kehilangan juga sebab (payah) dah tak boleh guna m'wave untuk panaskan lauk2 esp dalam bulan puasa nih.
Before Ahad is Sabtu, yeayyy!!! kita gumbira sebab takyah masak. Ngah jemput adik beradik, ipar duai berbuka kat rumah dia. Ekceli memasak tak beri masalah, yang menjadi masalah ialah nak masak apa?? Memang senang kerja kalau semua orang satu hati satu jiwa satu selera satu Msia, hehe... Kalau tak sama selera pun,
TB selalu kata "kalau suka/sedap makan banyak, tak suka/sedap makan sikit' tapikan tapi whylah he flatly rejected my offer to cook nasi goreng semalam?? Dia kata dia lebih sanggup makan nasi dengan telur dadar atau ikan masin jer. Alahai...nape bunyinya macam self pity aje tu?
Self pity or not, kata2nya meremokkan hati I, kesianlah pulak maka terhidanglah waktu berbuka: ikan tenggiri masak lemak CP campur buncis (save takyah masak sayur), ikan/ayam gor dan butter prawn versi memandai.
Akhir kalam ...terima kasih diucapkan pada semua hadirin yang sudi bertamu kesini dan mohon ampun dan maaf kerana terpaksa kunci ketat2 kotak komen. Ia hanyalah untuk diri sendiri, 'berjihad masa' kononnya. Wassalam.
.
No comments:
Post a Comment