Siang tadi I cuba jadi adventurous sikit ala Indiana Jones gitu so I godeh2 'template' dengan niat mengubah susun atur facade Al-kisah biar jadi ceria dan lebih urban sikit, har2.. namun segala2nya berakhir tak sampai 30 minit.
Tak enjoy betul bila menggodeh fungsi template sebab perasaan berdebar2 menguasai diri. Takut Al-kisah menimpa bencana dek empunya blog tak cukup ilmu IT maka terpaksalah revert pada facade yang lama, hehe. Nasib baik reti nak revert ek? but all the same it was quite an experience!
Satu yang I tak faham. Ramai blogger guna blogspot.com tapi camana ada yang guna 'wallpaper' takde dalam list yang I selalu tengok? Mesti ada unsur pilih kasih nih ..
Ndja masih berurusan dengan kontraktor. Selang sehari dia akan travel kesini tapi ada dia kisah? I yang terlebih kisah sebab to travel 1 hr (1 way) is a big thing for me. Anyway, mini reno. yang kononnya siap dalam sebulan tak menjadi kenyataan so it drags on.. Gitulah keadaannya bila kontraktor ada projek yang bertindih2..(katanyalah.. wo pu chertau).
Dipendekkan cerita, I berbesar hati menjemput Ndja n son untuk berbuka sama. Besar hati nak menjamu kakak sebab I dah ada idea dalam mimpi nak masak apa, hehe ..
I tau Ndja suka mee PK tapi dah lama dia berpantang makan kicap dan daging maka lebih baik tak usah dibuat mee PK w'pun I sendiri teringin nak makan, huhu.. Saat nak memasak baru sedar diri dalam esbok ada 4 batang bak choy aje so daun bawang dan sayur kobis jadi penyelamat. Campak udang, campak sotong jadilah bihun goreng putih.
seafood BGP |
Apa cerita masak 2 jenis kari sampai 2 periuk? Aha... ekceli awal lagi I dah sediakan adunan roti jala so selepas siap 3 juadah dimasak, barulah I menjala dengan jayanya. Nak tampal gambar RJ tapi gambarnya cam alahai jer namun sebagai bukti hari2 rajinku didapur, 'terpaksa' jugalah kan? hehe..
Gambar dan rupa RJ kurang memuaskan namun 'malas aah nak citer' |
Last kopek pergi kebazar sebelum T balik kemarkas. Nampaknya banyak stall dah bungkus tikar termasuklah my fevret stall jual lontong kering. Takkan awal lagi dah bungkus tikar? Saya baru sekali beli lontong kering awak yang sedap tu taw.. tapi takpe, stall beriani gam 'power' masih setia berkhidmat untuk pelanggan.
Kali kedua beli beriani gam ayam/kambing/daging. Memang berbaloi w'pun acarnya alahai, setotet jer. Penjual cum owner kata dia akan berniaga sampai hari Sabtu, raya eve.. Yesss!! *wink*.
Hidup orang Johor !! (samada pembeli, penjual atau sesiapa yang ada close connection/intimacy with anything Johor has to offer, ehem).
.
.
No comments:
Post a Comment