Monday, 6 August 2012

17th Ramadhan ...

11am: Niat dihati nak keMydyn tapi since hari nih cuti Nuzul Quran, Mydyn for sure sesak, packed, crowded punya maka adalah lebih bijak pergi kemini market seberang jalan aje. Tak payah pusing2 nak dapatkan barang lagi pun parking senang. Takde masa meneliti barang yang dibeli, main capai cekut, capai cekut aje. Harus cepat balik kerumah by noon sebab T nak guna kereta balik kemarkas.

Lusa dia ada exam pastu terus cuti sampai hujung minggu. Kelas ON lagi seminggu pastu baru terus cuti raya. Awat gitu? Kan ke bagus kalau kelas diteruskan minggu nih pastu terus cuti raya? Well, who am I to suggest this kinda thing, right?

Tiap kali nak exam, mulalah dia malas nak bergerak w'pun bergerak tu untuk mengisi perutnya. Katanya  berbuka nanti dia nak makan apa? Ehh.. kereta kan ada, pergi ajelah kebazar. Hmm.. nehi nehi jawabnya sebab tak nak buang masa. Kalau putih katanya, jangan harap kita tukar rona beige so sebagai ibu yang perihatin (aren't we all?), my CPU terus berputar.. apalah makanan yang senang dimasak pabila masa duk jeles2 kat kita...

Zuup kedapur capai pithang berangan 5 biji terus dibogelkan, oooops! Lenyek cam nak rak guna pelenyek, pastu tuang santan kotak sikit, gula pasir/melaka sikit n of cos the good old flour. In no time at all, siap sekeping lempeng pithang berdiameter 8 inci, hambek! Takde kerja halus dan berseni, no time bebeh!

Pastu I offer masakkan nasi goreng at least boleh makan masa berbuka nanti but that dara of mine says "boleh buatkan sambal tumis bilis tak Miiii? Umi kan pro mesti masak kejap aje kan??".. Dah dia kata kita pro, mau kita tak mengaku? "senang aje tu...prolah katakan" <-- riak dgn anak sendiri tak tolak pahala puasa, kaan??

So bertolaklah T balik kemarkas berbekalkan sekeping lempeng pithang berdiameter 8inci dan sebekas samtum bil cosby, ekekeke...

Petang semalam TB balik kedesa halaman sensorang. Misinya untuk berurusan dgn kontrektor tentang hal dalaman rumah dengan lebih terperinci lagi. In a way I serahkan bulat2 budi bicaranya memilih jubin, jenis pintu, lampu dsb.

Bab lampu tu kaan, bukanlah I cerewet nak chandelier kristal ke apa tapi kalau I nak chandelier juga, bolehkah? kahkahkah. Dah kita share duduk sebumbung maka bila memilih dan membeli barang, biarlah sama2 berkenan dan rasa puas dihati (barulah bermakna hidup dalam rumah baru, persekitaran baru dan pemerintah baru). I tak sabar nak dengar cerita terkini hiburan sensasi sekembalinya TB dari desa halaman petang nanti.

Bila the boss takde rumah dan sibujang berbuka diluar, the maid of honor pun suka hati nak masak apa. Berbuka semalam T & I makan 'soto' (gandingan sup tulang + nasi impit berusia 2 hari), keropok dan tempura fish cocktails, ehem tetiba very English sempena Olympic kekdahnya. Pencuci mulut masih puding milo dan bubur jagung. Alhamdulillah kenyang sampai kedada burp!

For sahur I goreng nasi bodo2 aje tapi takkan nasi goreng semata2 sepi tanpa berteman? Where got selera like that? So dengan azam dan iltizam I merajinkan diri menumbuk isi udang guna lesung dan potong fishballs halus2, daun bawang, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sikit tepung *gaul semua* untuk dijadikan inti uncang wanton.

Nasi goreng bodo2 ..
 
Uncang wanton atau nama glemernya 'wanton pouch'
Uncang wanton siap digoreng tepat pukul 5 pagi disusuli terus tanpa segan silu sesi photo shoot guna camera dslr siap bertripod stand dengan lontaran cahaya dari digital lighting .....

Errrk...komain lagi penerangan kat atas tu cam iya-iya aje walhal guna henpon karat Cokia N97 aje *blushed* tapi part goreng uncang wanton siap kul 5 pagi adalah fakta yang sangat telus dan tulus.

Akhir kalam, selamat memasak, selamat berbuka puasa dan selamat beribadat. Jangan makan lebih2 masa moreh nanti ehh?
.