Baju raya T pun dah dibeli awal; 2 baju kurung dan 1 jubah. Selalunya beli nak dekat2 raya jawabnya memang semput bergesel bahu dengan rakyat jelata Kanda Deris yang punyai satu visi & misi. TB pun bersemangat sama, dah siap beli sepasang baju Melayu teluk belanga sejak seminggu berpuasa lagi.
What about me? I tak kisah kalau takde yang baru sebab I ada 2 pasang baju kurung yang boleh dianggap baru by my standard bought about 8 mths ago. Blouses n pants baru dibeli 2 bulan dulu tapikan tapi terdapat disana sini keketatan berlaku, huwaaa... Nampaknya terpaksa 'unpick' jahitan pada darts biar longgar sket, huwaaaa sekali lagi. As for D, raya tak raya ada aje yang dibelinya (bergantilah juga w'pun bukan yg mahal).
Petang tadi T ambik kuih raya tapi sebelum mengambiknya terjadi sedikit kekeliruan. I tak faham macamana boleh keliru sedangkan jenis2 kuih yang kita pilih dah pun ditulis dalam buku. Bukan aje nama kuih, nama/hp kita ditulisnya juga (so most likely silly mistakes would not happen, would it? but.......).
Ada beberapa program tv yang bagus2 belaka sempena Ramadhan tapi terpaksa pilih yang paling sesuai memandangkan kita bos, kita juga maid (mana boleh goyang2 kaki tengok tivi aje?); and that's when PVR comes in handy.
Contoh senario: mata terasa melekat2 sebaik saja thelethai solat subuh tapi hati nak tengok program Ask da'Ustaz at 7am. Untuk hindari diri dari merasa seolah2 lebihkan tidur dari mengikuti siaran ugama, I pun tekan butang 'R' pada RC untuk merakam Ask da'Ustaz <-- harus beri contoh program ugama pilihan Muslimah, hehe. Seterusnya bolehlah I zzzzzz dengan tenang dan nyaman.
I suka tengok drama @tivi3 7 Ramadan (tonton jgn tak tonton) dan @105 Keluarga Iskandar. Tak nak elaborate lebih2 sebab dakwat kibod kering kang tapi cubalah cari kat internet dan ikuti dua2 drama tu. Nak sentuh sikit tentang Keluarga Iskandar yang buat I terkesima menontonnya. Nak tau kenapa? Pertama sebab father figure dalam drama tu dipanggil 'Bak', dan sebab kedua kerana lokasi pengambaran (gitulah digambarkan) berlatar belakangkan negeri tumpahnya darahku, auwww..
Drama tu buat I rindu nak kesana lebih2 lagi perasaan deja vu dah meresap kejiwa bila pejabat kerajaan diBukit Timbalan ditunjukkan. Kiranya dah 80x I sebut "opis Tok tu" pada D n T, hehe.. Masa umur I 11-12 tahun, setiap kali balik dari Library dengan Ndja, kita akan menyusuri pejabat pos, majlis bandaran, HSBC dan pelan2 terus 'mendaki' Bkt Timbalan dalam keadaan suspense.
Suspense yang bertukar hampa kalau kereta Bak takde kat tapak letak kereta tapi selalunya kereta Bak mesti ada sebab Bak jarang keluar ofis awal. Bak adalah pekerja contoh, fullstop! Bila balik rumah dengan Bak, bolehlah berjimat 15sen! (15sen can buy me 3 batangs aiskrim Msia yang sangat lajat dibeli dari rumah Bedah atau Rohaya sebab aiskrimnya tetap manis w'pun dah kena nyonyot 18x, haha). Flavournya adalah: durian belanda, koko, jagung, oren, mangga, air mata kucing, kacang merah. Hmm...btw, I pernah prepare/jual aiskrim Msia pada satu masa dulu. Tough job :-)
26 Ramadhan
Masa berbuka tadi I masak satu lauk aje untuk TB. Tiba2 terasa diri nih zalim cam Firaun bila TB tanya "ada satu lauk aje eh?". Well.. taklah zalim sangat sebab I juga goreng bihun dan jejemput masin. Lauk tambah untuk sahur akan dipikirkan nanti. Normally semangat n idea of what to cook will come after 3am (bila terdesak reti aje nak buat apa).
Saiz dan rupa jejemput tertakluk pada mood sepembuat |
senang dimasak (sambil pejam mata) dan sedap dimakan, auwww.. |
1 dozen udang dari Sabah sponsored by Ndja's hubby Tak teringin nak sponsor lobster ke? :-) |
Well ... 3 more days to welcome 1st Syawal. Berbagai kenangan semanis kurma berlegar2 diminda. Tak dinafikan juga kenangan pahit sepahit peria. Waktu tak mungkin dapat diputar anti clockwise tapi kalau pun boleh, I tau apa benda2nya patut diberi 100% perhatian. Mmm..
Hoping that I'd still be given time to make things better, insyaallah.
.