Friday 10 October 2008

10 Syawal = 10 October


Tak puas tidor semalam. Balik dari merewang (+makan, bual2, beraya, ketawa2, bergembira) pukul 2.30 pagi. Tidor kejap dah subuh. Takde chan nak golek2 lagi, teruslah bangun dan buat hal2 berfaedah sebelum ke jemputan nikah pukul 10pagi.

Dalam komuniti bandar yg serba-serbi senang digapai, rewang-merewang ni memang susah untuk dilaksanakan tapi jiran USJ dot3 ni memang WORLDlah I tell you. Bukan saja jiran sesama jiran, malah kenalan dari kumpulan yasin dan majlis ilmu turut sama meminjamkan kudrat masing2. Alhamdulillah.

Sesi menghiris bawang yg paling happening sekali! Hahaha to those men yg melelehkan air mata semasa, sebelum apa lagi sesudah menghiris bawang. Yg lalu lalang tanpa mencuit sebijik bawang pun ada ati mengaku air mata diorang dah mula meleleh (pembohongan terang2an tu). Malam merewang dah mula tangkap gambo. Fotografer kata "123".. tapi kita tanya "awak nak ambik gambar bawang ke?".. tapi katanya "dua2" .. maka kita apa lagilah kan? Aksi lentok sambil memegang pisau .... Hahaha .. mesti lawa gambo tu nanti ...

We had sup tulang dan sup gear box + roti, ingatkan dah cukuplah tu tapi ketua AJK rewang minta kitorang yg rajin2 ni masak nasi dgn dua lauk aje ie sardin & telor dadar. Entah camana CikSom boleh terperangkap dengan keadaan - tak semena2, tetiba, aleh2 dan tup2 ... lauk2 tu dimasak oleh CikSom. Hari ini dlm sejarah! CikSom mana pernah masak telor lebih dari 4 bijik? Nasib baik ada Zu dan Azah sebagai penyelamat keadaan. Bestlah diorang nih. 30 bijik telor? Jangan memain .. sure bertimbun2 hama2nya tu.

Tapi sedih tau, sedang kita berhempas pulas masak lauk2 tu, kawan2 lain dah mula makan sup rupanya. Bila tau diorang dah makan sup, alahai .. hampanya rasa bila tinjau periok sup yg besar tu hanya ada 3 ketul tulang besar dan kuahnya aje ..................... (am sulking now...).

10am - Majlis nikah berjalan lancar. Ramai selebriti dan mak ayah selebriti yang hadir rupanya. Mmmm .. masuk tivi tak nih?

Esok ke majlis sebelah lelaki di kelab ntah mana kat Shah Alam tu.. Tak boleh pakai baju liplap sebab majlis siang hari, namun akan ku glemerkan diri ni .. haha..

No comments: