Wednesday 15 October 2008

Another birthday ..

SMS D & T: Dah wish Tehyah?
D: Blum..
T: Dah..malam tadi at 12am..

D&T .. dengan Tehyah, dengan Ibu dan dgn ML, M atau MO, tak payahlah Umi nak ingatkan apa perlu dibuat. Ucap selamat hari jadi pada diorang tu bukan susah sangat pun. It takes a minute of your time - nak buat atau tak nak buat, setahun sekali aje pun. Lebih baik kalau D&T telefon aje tak payah sms2. Jangan kata takde credit sebab Abah dah cukup bekalkan credit kat hp masing2.

Tentu T tak suka dengar bebelan Umi sebab T selalu buat sendiri tanpa disuruh2. Bagus cam tu tapi tugas Umi memang untuk mengingatkan D&T tentang hemah ... tentang hargai jasa baik orang, tentang hargai silaturrahim dgn sedara-mara yg ada ... esp to your aunties. Jaga hati mereka - sekali-sekala tanya kabar BUT MOST OF ALL, jangan lupa dengan TOK CIK tu .. Dia yg sebenarnya banyak berjasa pada kita sekeluarga. Dia yang menjaga D&T sejak baby lagi, ingat tak? Umi taknak dengar kata2 alasan "takde kredit, takde masa atau terlupa". If ever I heard you say TERLUPA, siap! Yg 'boleh terlupa' hanya Umi dan Abah aje .. (one of the perks of being parents.. )

Dalam pada nak ingatkan D&T, sendiri baru sedar kali ni dah TERlambat pulak nak wish Teh sebab pagi2 lagi dah keluar ukur jalan dgn PM, Z dan S pergi breakfast kat restoran H. Z belanja sebab duit dia dah terlebih2, haha. Pick them up one by one. Had laksam, ayam kampong, nasi ulam, air barli dan teh tarik.

Semasa makan tu, kami buat post-mortem tentang kenduri kawin anak PM tempoh hari. Takperlah PM, janji anak you selamat diijabkabulkan. Adatlah terkurang sana sini. Selesai post-mortem tu, PM sebut pulak nak buat BBQ cum doa selamat untuk malam Khamis. Jemputan untuk jiran2 terdekat dan bisan baru & gang. Heeee.. ada chan jumpa sekali lagi mak ayah dan adek sikening berjongket tu. Kali ni kena tangkap gambo .. (teruja ni).

Sebelum balik, masing2 tapau lauk untuk tengahari. Kita beli solok ikan, kerang (bersihnya rupa kerang tu), gulai ikan tenggiri dan terong sambal.. Bunyi macam banyak aje tapi beli in a small portion maklum untuk berdua aje (ada lagi baki dlm esbok tu). Lepas hantar PM dan S balik, Z dan kita terus ke Mydin ...

Pukul 2 ptg baru teringat ... Call Teh kat rumah tapi dia dah keluar pulak dgn Chu & gang pergi merisik. Kita terus aje SMS Teh "Kandaku Teh, yaa ampun tak terucap seawal lalat terbang untuk hari lahirmu yg ke 26 karna dinda berpeleseran bersama jiran2 pagi tadi. Selamat harijadi semoga dilimpahi rahmat dan ceria selalu. Amin"

Kalau Abg R masih hidup, surely dia akan bawak Teh, T,D&G pergi makan kat Victoria Station meraikan besday Teh. Budak2 mesti gila meroyan bila keluar dgn Abg R sebab apa aje yg diorang nak, Abg R layankan aje. Nak Bomb Alaskalah, nak tulah nak nilah. Melampau taw! Kadang2 kita pulak yg gewamm sebab Abg R never said NO to them. Pendek kata sebelum D,T&G keluar dengan Abg R dan Teh, kita siang2 dah warning "jangan mintak toys, jangan mintak yg bukan2, makanan aje boleh tapi jangan yg mahal2", tapi penat aje kita bercakap, ia seolah2 mencurahkan air kedaun keladi!

Sigh... kini hanya tinggal kenangan .. Al-Fatihah untuk Abang R (masih segar diingatan saat2 akhir Abang R... ).

No comments: