Tuesday 14 October 2008

11 Syawal = 11 October

Sabtu lepas kami dara2 USJ yg seramai 6 orang berkonvoi ke kelab 'ntahapanamanyatu' di Shah Alam untuk meraikan pengantin dipihak lelaki pulak. Dengar kabar pihak perempuan disediakan 6 meja, maka 5 meja diagih2kan untuk sedara-mara pengantin perempuan dan lebih satu meja untuk jiran perempuan SAJA tanpa pengiring (hehe.. hubby tak dijemput sama).

Kita pilih meja no. 11, baek punya view. Full view nampak jelas pengantin kat meja utama, boleh tinjau jemputan yg hadir sebelah kiri dan kanan (ehem..senang nak senyom kat para selebriti.. ahaks..), dekat dengan main entrance boleh tengok pengantin dekat2, dan juga senang nak menatap wajah si AZ tu bila dia menyanyi nanti... (tak dapat tengok dekat2 jarak 6", setakat sedepa pun dah kira 'oklah tuu').

Kita dara2 ni cam lapar tahap kebulur gitu (haha semuanya skip breakfast), bila nampak kerepek pisang disajikan sebelum dibenarkan MAKAN, kita dgn tak malunya buka bekas kerepek pisang terus 'krapkrup..krapkrup' (buat cam umah sendiri aje). Ada pulak sorang ni yg lurus bendul bertanya "u bawak ke?" bila kita offer kat dia kerepek tu .. hahaha .. apa cerita pi wedding nak bawak kerepek pisang??? Selamba jer kita jawab "taak, diorang sediakaan".

Jamuan nasi tomato dan lauk-pauk yg delicious - ada udang, ikan, daging, acar, dalca dan tapai sebagai pencuci mulut (tak sker tapai tapi kalau ada eskrem sama, boleh gak kita cuit2). Dapat cenderahati porcelain yg cute dan telur pindang ..

Pengantin salin baju 2 kali... (betapa lecehnya salin2 baju cam tu tapi dah depa suka, kita pun tumpang suka gak..haha..janji perut dah kenyang). Baju ala2 Arab Morocco, Arab Badwi atau Arab apa ntah ..

MC pada petang tu jejaka dari MHI dan Sh. S yg becok tu (maklum yg kawin tu pun cousin dia). Kami dari pihak perempuan dah tau siang2 ada satu KEJUTAN tapi ramai yg tak tau. Untungnya kami jadi jiran pengantin perempuan, kan??

Pengantin lelaki made an entrance for the 2nd time pakai baju ala Matador (ehh? biar betul? tapi takde lembu pun?) accompanied by 2 unflowered boys.., but where's the bride?? Bride tercicir ke?

After the fact kami diberitau oleh bonda pengantin perempuan .. Sepatutnya keadaan dalam hall digelapkan sebelum bride masuk tapi Murphy's law berlaku, maka bride masuk kedalam hall dlm keadaan hall yg 'terang2 samar'. Bila bride berjalan beberapa langkah, para MC siap umumkan kejutan itu ... HAHAHA (keji ek ketawakan orang?) .. teruslah GAMAT satu hall !!! Mana taknya, jejaka idaman seMalaya sedang menyanyi .. lagu syahdu pulak tuu!

P/S: Murphy's Law .. plan asal pihak lelaki didn't quite materialised because of technical error.

Pendek kata aura pengantin ditenggelamkan oleh kehadiran LELAKI ITU .. Sesi potong kek dan suap-menyuap kek berlangsung begitu aje .. All eyes were not on the pengantins but on HIM !

Dara2 dimeja 11 sedo diri .. duduk penuh anggun dgn tata susila yg boleh dan patut dipuji. Kalau tak sedo diri, nak jugak kejar dia yg sedang menyanyi tu untuk bergambar sama ke, sain otograf kat serviette ke, atau just lambai2 manja ala miss world.

Petang Ahad lepas, kami dijemput sekali lagi oleh mak ayah pengantin perempuan, ada pulak hi-tea jamu satay berbagai. Majlis bertujuan untuk ucap terima kasih pada kami sekelian diatas kerjasama kami menjayakan perkahwinan anakandanya. Adalah berbalas2 ucapan dan ada gak setitik dua airmata dititiskan ..

Daaaaaan, saper lagi yg paling untung jika bukan kaum perempuan? Hehehe, kami yg seramai 9 orang ni diberi cenderahati lagi (1 table runner & cushion cover Dubai mari). Walaupun malu2 kucing untuk menerima (dahlah dijamu), namun diterima juga dengan sebesar2 tapak tangan. Mak kata tak elok tolak rezeki, kan?

Semoga pengantin kekal bahagia hingga bila2, semoga PM dan Kol. J sentiasa sejahtera bersama keluarga dan selamat menunaikan fardu Haji tak lama lagi. Amin..

3 comments:

Dentist and Me said...

tak paham ....

Anonymous said...

Wa pun ...

Dicken said...

wa paham sket2 ..