Thursday 23 October 2008

4-season cleaning ...

Santi senyap aje bila kita sms dia seminggu sebelum raya. Santi, kenapa awak senyap aje? Awak balik Indon ke? Awak sakit ke? Awak kena culik ke? atau awak memang malas nak datang ke rumah saya ehhh?? (semua tu soalan dalam hati aje).

Wahai Santi, saya tau awak sebok tapi kenapalah tak sudi jawab sms saya tu? Seminit aje pun kalau awak tekan2 henpon awak tu untuk beritau saya awak sebuk, senang jugak hati saya tau (juga kata2 dalam hati aje), namun jawapan dari Santi diterima juga akhirnya "saya sebuk kaaak.." selepas lapse sebulan.

Takpe Santi, janji awak bermurah hati nak datang hari Khamis ni. Yeayyy.. Santi datang.., Yeayyy Santi datang.. Yeayyy!!..

Best jugak berSMS dengan Santi ni. Ejaan yg dia guna kontot2 aje. Contoh: Sa ya da tang ha ri Ka mis... (OK what? Santi tulis ikut setail karektor tulisan Cina, kontot2 .. janji paham). Dah beritau Santi tunggu dekat bas stand depan rumah dia pukul 9 pagi. Pick Santi pukul 9 tepat, terus ke SA jemput Puteri Melati dari Blok 3B.

Tiba rumah tepat pukul 10 pagi (semuanya tepat aje? haha), terus sengseng lengan sengseng seluar, jalan kerja. Sedang kita bersilat (jangan bayangkan .. bahawasanya kita pakai 3/4 pants jer), Alang pulak pays a visit. Tak kuasa tukar seluar maklumlah dengan abang sendiri, khan?? Aurat takat tu masih OK lagi. Bual punya bual, timbul cerita murtabak Spore yg ada dijual di Victory, USJ9. Keluar kejap dengan Alang ke Victory, beli 3 tebak murtabak daging @RM10 each. Harap Alang gembira menikmati murtabak ala Arab Street tu (yg dibelanja oleh adek dia yang dot3 tu..)

Sebelum tu Alang tanya "buat spring cleaning ke?" .. "taklah Lang, kita buat 4-season cleaning - winter, spring, summer and fall"... (nostalgia pulak lagu si James Taylor tu).

Beriya-iya kemas ni ada sebab. Sebab pertama - tak kemas betul2 masa nak raya dulu. Sebab kedua - sama macam yg pertama, dan sebab ketiga (berbisik nih) .. ada orang nak datang rumah kita taw.. huhuhuuu ... jadinya kenalah spotless and tip-top!

4-season cleaning masih belum mencapai matlamatnya. Santi tu rajin tapi ada part2nya yang dia buat kurang memuaskan maka Lady Boss terpaksalah buat... (baik kan Lady Boss si Santi tuuu??). Lady Boss, Lady Boss jugak tapi beliau tetap turun padang. Curik tulang kejap aje masa pegi beli murtabak tadi tu ..

Oh ya, Santi dah gabra selepas kita termentioned ada satu dua orang pembantu macam dia yg datang bekerja kat rumah2 jiran. Mesti dia gabra rezekinya akan terhenti kalau dia tak kerja rumah Lady Boss dan kakak Lady Boss (sebelah rumah). Don't worry Santi .. insyaallah rezeki awak murah, ada dimana2.

P/S: Selepas Santi menerima imbuhan, doanya berjela2 untuk si Lady Boss ... oh sungguh syahdu sekali...

No comments: