Petang Jumaat T ke PJ sorang diri. Ada aje misi yang perlu diselesaikan. Bila terima sms "Mi, dah tiba", barulah cenang cikit ati nih. Selagi tak dapat berita maka ati ni memang tak cenang. Beritau bila dah tiba dan bila nak balik - Tulah 2 pra-syarat untuk D & T yang baru dapat lesen bila kemana2 terutama yang jauh sikit. Nasib baik dikenakan 2 pra-syarat aje dan bukan 10. Camana kalau tambah 2 lagi? Hmmm...mesti seronok!
Sebelum balik rumah T melapurkan "Mi...jangan marah..kereta rosak". Dalam pada 'kereta rosak', T selamat tiba rumah in one piece, alhamdulillah. Dia pun berceritalah "coolent .. air.. temperature naik .. panas takut meletup .. " blablabla......
Cik Abah minta tolong I hantarkan kereta ke workshop Lee. Tepat pukul 9.30 pagi I dah terpacak kat sana (efficient kan? heheh). I terpandang seseorang very familiar kat situ tapi tak pasti diakah orangnya sebab dia nampak macam nyonya aje. Kalau dia macam nyonya, yang I ni macam apa pulak? Hiihiihii... (giggle-an penuh makna).
Nyonya tu was my ex-office mate. Kami bertanya kabar lebih kurang. Mulut ni nak tanya soalan cepumas tapi terus tak terkeluar. Camana nak tanya soalan yang sensitif 1. How's your hubby? (nyonya ni kawin dgn omputih yang dah tua. Saja nak tau hubby dia masih hidup lagi ke?) 2. I feel sorry about your kid (anak tunggalnya umur 7 thn meninggal dunia kerana luekemia). Oleh kerana tak reti nak susun patah2 perkataan, lebih baik I tak tanya apa2. Kesian dia sedih pulak nanti.
Sejurus nyonya keluar dari workshop, masuk pulak si Apek yang so very smartly dressed. I dapat agak, apek tu baru pirm rambut sempena raya baru2 ni. Baju dan seluar nicely ironed dan kasutnya pun not bad. Yalah, kata raya khaan?? Tetiba ... kedengaran suara gelak tawa hilai baby .. Aaah apek oi... kelakarlah lu .. dalam banyak2 ringing tone, kenapalah lu berkenan dengan suara gelak hilai baby tu? Hahhahhah..apek, wa terhibur seketika. U make my day, u know?
Dipendekkan cerita, sementara tunggu kereta siap, I dijamu secawan air mineral dan sebijik limau namun I ambik limaunya aje. Ada sesiapa nak tau berapa ringgit diorang caj untuk baik pulih kereta tu? Kali ni tak banyak, RM67 aje tapi kalau dibandingkan dengan sebijik limau yang I dapat percuma tu, maknanya kali ni I makan limau termahal.
Ada satu lagi rasa tak puas kat hati ni ...I dapat sebijik limau aje walhal tokkong dapat 5 bijik. Adil ke tu??