Tuesday, 20 January 2009

Meeting ...



Meeting: 8.30-1130pm - minutes taken by Mdm Azz (yang tuu). Agenda as follows:

13/2 10am - rebus telur 200 biji sahaja untuk bunga paha dan bual epal dimasukkan dlm ponjot pengganti telur. Daun pandan dihiris buat bunga rampai.

14/2 10am - pulut dan wajik dibuat ponjot kecik2 untuk hiasan bunga paha.
2.30pm majlis nikah. Lepas Maghrib ada berinai kecik dan berinai besar. Tukar 2-3 jenis baju untuk bergambar. Pastu sesi potong pulut masuk mulut, hehe.

15/2 majlis jemput menantu dan para jemputan. Ada sesi potong kek 3 tingkat.. kek biasa bukan bentuk bantal cam kek kawin Mawi. Mdm Azz dapat spesel task jaga pintu sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk bersanding. Ada 2-3 tol yg perlu dilepasi. Setiap tol dikenakan bayaran. Wakil dua2 pihak kena sediakan pantun 2 kerat. As a finale, we'll get to see the bride buang duit ambo2 + gula2 khas untuk budak2.. (ni adat orang Johor or maybe Melaka).

Semua yang hadir dapat tugasan ikut kemampuan masing2. Sesaper yang agak malu, tidak digalakkan jadi usherer. Tapi nape I yang pemalu ni dapat tugasan beri cenderahati pada para jemputan? Hmmm... malulah being in the limelight.. tapi kalau ada TSMH? Boleh gak tangkap gambar..

Kitorang dijamu ayam kay-ef-see sebab anak sedara tuan rumah kerja kat situ. No wonder dapat berbarrel2. Limau Mandarin sempena kong hee fatt choy jadi hidangan pencuci mulut.

Meeting adjourned at 1130pm. Tiba rumah terus masak sayor air sawi, sotong Rex dalam tin dan hati + pedal ayam goreng yang berusia 2 hari, dihangatkan aje. Mithali dan rajin betul isteri CikLi nih ...

4 comments:

Dicken said...

Pergh!! Posing ala Pak Lah gituuu..

Anonymous said...

Belum tengok pose lentok, lagi ngancam.

Dentist and Me said...

pose miang ada tak?

Anonymous said...

Pose miang? Adaa.. orang duduk kat BerMIANGham boleh demokan...har3.