Monday, 19 January 2009

Interview ...

Pagi ni temankan M pergi interview kat FS (pengedar barangan beku). Interview pukul 10 tapi kami tiba awal. Masa yang terluang banyak dihabiskan bertukar2 cerita panas dan dingin, almaklum dah dua bulan tak jumpa face-to-face (hantar berkajang2 sms aje). There are certain things best described face-to-face.. tak gitu? (wink!).

Bila M diinterview, I duduk sorang2 dalam kereta bermain dengan HP snap diri sendiri. Tak lawa, delete. Tangkap lagi.. tak lawa, delete. Macam2 gaya ada, snap dari tepi hidong, tepi tudung, dari bawah dagu dan dari semua penjuru. Hasilnya ... menghampakan, terpaksa dimusnahkan sebab tak lawo!

Haa..nun dibawah pokok nangka tertambat sekor anjing yang cacat telinganya. Diharap kecacatannya bukan dari deraan manusia. Walaupun ditambat, rezeki anjing tu tetap murah sebab ada juga yang perihatin sedekahkan makanan. Besar kemungkinan pokok nangka tu menghasilkan buah2an yang pukal2 belaka hasil dari kerjasama si anjing telinga terkelepet tu.

Interview berlangsong kira2 40 minit. Wah!!! mesti ada chan dapat nih. Kalau dapat, jangan lupa belanja pisang goreng atau belanja kat Kopitiam pun boleh. You orderlah, nanti I bayarkan.

Kami beransur ke Mydin. Nak pergi Selfridges jauh sangat pulak, ahaks. It was an early lunch for me. I had mee rebus franchised dari mee rebus Pak Itam @ Bai Dali dari JB. A plate costs RM5.50. M had a piece of ayam percik without its gravy... Hello M, why you tetiba takde selera nak makan nih? Why you dah tak suka minum manis walhal Milo ais is your favourite? Ada apa2 ke? Auwww...

Bila betul2 dah tiba depan rumah barulah teringat ... duh... kenapalah I TERLUPA?? Sepatutnya I pergi jumpa big boss Mydin tu tadi tapi takperlah, esok masih ada mentari.. Terlupa ni pun bukan sendiri yang buat. Mesti ada hikmahnya ...

Malam nanti ada meeting kaum2 ibu kat rumah S nak bincang pasal tugasan masing2 sempena majlis kawin daranya on Valentine's day..

No comments: