Sunday 15 February 2009

Bz bee ...


Since 12/2 I've been busy merewang but this time takdelah nak kupas kentang, blend cili, bawang, halia bagai. Since tuan rumah guna catering service, kitorang makcik2 (yang tersangat) anggun ditugaskan buat kerja2 ringan aje. Pic shows 'geng bas sekolah'.. :-)

Kerja2 ringan like cuci telur dan masukkan dalam plastik (sambil kira 1 sampai 10), maknanya setiap plastik mesti ada 10 bijik tak lebih tak kurang. Plastik tu pulak dilubang2kan so that H2O can seeps in. Why use plastic and not hempukkan the whole lot into the periuk? Haaa.. (biarlah soalan tinggal soalan yek?).

Petua rebus telur in a large scale cam ni rupanya... periuk dialas dulu dgn sokabar pastu penuhkan dengan desired measurement of water, place a few ponjotans telur tadi and pour some few drops of vinegar (so that telur tak merekah but still banyak gak yang merkah2...kih3).

I takde kena mengena dengan hal telur-menelur sebab kawan2 dah tau I ada fobia. Fobia apakah itu? Fobia bahawasanya telur membawa segala jenis hama; dan hama tu akan beterbangan dan hinggap kat badan. I would never buy telur 30 bijik sekali gus dengan alas kertas yang berlekuk2 tu. 30 eggs = 30 juta hama. Nehi! tapi telur yang dah dibasuh bersih kulitnya, I suka pulak.

Truth is, telur pada luarannya memang najis. That's the reason I've stopped eating roti telur done by mamak, any mamak for the matter. This has nothing to do with mengada, memilih or cerewet. Not at all.

And so, tugasan I hanya masukkan apple dalam ponjot n staplekan sekali a small 'tq note'. Mudah kan? Lagi pun diorang kesian kat I sebab masih tak boleh duduk dengan selesa dan dengan simpuhan yang sama lama2 due to THAT operation.

13/2 malam: Thot of sambung tugasan memonjot apple, memonjot wajik etc but surprise, surprise.. semua kerja dah beres. Can u imagine that? Yalaah - tuan rumah anak beranak, relatives and of course jirans all help out big time. Tuan rumah tu bukan aje rajin tapi pembersih gila ... I'm sure hama tak berani nak buat port kat rumah tu.. (and how I wish....).


Since takde aktiviti malam, kitorang tengokkan aje anak bujang tuan rumah mengadun bunga manggar while other men (the itchy oneslah..hahaha), sebok berkaraoke kat luar. While watching bujang buat bunga manggar I teringat kat Cibil .. bagus gak kalau diorang berdua ni dikenal2kan ... Wah!

14/2 - Supposed to go to SDMC for my last kopek dressing at 9am, to send T to the dentist at 1030, then at 2pm to attend the majlis nikah. But.. have to reschedule. I cancelled my appointment, sent T to the dentist and I off to SS12. Dari sini, kami bertiga (ex-office mates) menuju ke Sunway Damansara menziarah a good friend of ours pulang kerahmatullah. Rupa2nya jenazah baru dibawa ke masjid Kayu Ara so kami kesana aje. Kami bertiga nak juga tengok 'wajah terakhir' RA, so kami bertiga dan FJ masuk kebilik mandi mayat dan menyaksikan segala2nya - sebak, pilu & insaf!!!. Sebaik jenazah mula dikafankan, kami beredar.

2pm - majlis nikah. Mula2 girang pastu ada drama sebabak berendam airmata bila pengantin dan parents masing2 meluahkan isi hati .. alaa, macam Ekin dan Mawi buat (baca pre-set text yang syahdu tuu..). Kita yang dengar ni pun dah berendam airmata ..

9pm - majlis berinai. Happening .. siap bunga api dentam dentum, silat, kompang dan berbalas pantun bagai..
11pm - karaoke time.. Syukur alhamdulillah I don't have the urge to show off my bakat terpendam.. (konon terpendam walhal humming pun mengalir ke laut china selatan). If at dagger point orang tanya "nak nyanyi atau nak basuh telur?" .. jawapan yg telus akan kedengaran "telur".

15/2 .. TODAY. The jirans terdekat disarankan datang pukul 1130 pagi. Tolong tengok2kan tu ini and you know what? we'd have the advantage of an early lunch. Yahoo..

2 comments:

Anonymous said...

ehemmm ehemmm ehemmmmm.. eh tetiba pulak cik cibil sakit tekak, nape ekkk? hihihi..

CS said...

Sakit tekak tu ada kena mengena dengan sipembuat munge manggar kah? :-)