Lama juga tak terima kad raya dari kawan2 melainkan dari dentist, kedai cermin mata Me*ara dan juga dari my BIL yang tak serik2 hantar kad raya setiap tahun tapi we all tak pernah balas (apa jenis
My fren HRMZ tertanya2 samada I dah terima kad rayanya sebab dah lama dia post. Baru tadi I terima tapi kalau tak terima, I tak pelik pun sebab posto yang duk hantar surat kitorang mungkin ada masalah pancaindera, suker hati aje hantar surat A ke B, B ke C.
I pernah terjumpa bil telefon tercicir atas jalanraya (jiran seberang jalan yang punya); pernah juga my surat dihantar kerumah no. 44 hingga dikoyak oleh anaknya, dan beberapa kali surat kepunyaan ntah siapa landed in my post box (kenalah hantar surat kerumah situan badan).
You pernah terima kad raya tidak dihantar menerusi posmen tak??
Al-kisah masa umur 14 tahun ... Nadzi, Badar, Nora n I sama2 naik van sekolah Pak Hamid. Dalam berempat tu, I lah yang pendiam sekali (ngaku sendiri tak tipu punya) dan yang kuat mencecehnya ialah Badar. Dia kata van Pak Hamid macam van mayat, rupa van macam kotak dan paling laser bila dia sebut Pak Hamid rupa bulldog! (tentunya tanpa pengetahuan Pak Hamid). Tak macam bulldog pun tapi ada sket tang dagunya .. (YaAllah, ampunkan dosaku.. ).
Satu hari tu, Badar dah go overboard; tak ingat apa yang dia dah terlatah menyebabkan
OK, sambung cewita. Dalam van sekolah tu adalaa 3 orang jejaka yang molek paras rupa, har3. Diorang selalu duduk kat pintu jadi assistant Pak Hamid bukakkan pintu bila ada yang nak turun. Ketiga2 tu dapat gelaran sewajarnya dari Badar.. ada Pondan, Bapok dan Balak (Badar pelupur perkataan Balak yang diguna-pakai muda mudi sekarang. Badar patut dapat royalti, what say you?).
Anyway, tibalah beberapa hari lagi munculnya Syawal. I memang salah seorang orang terakhir Pak Hamid hantar balik. Bila I turun 2 mata anak tangga van
Dipendekkan cerita, tak taulah 'Bapok' ada hati kat any of us or not, malu tapi mau kekdahnya, atau saja peramah nak beri kita kad raya tapi dalam keadaan panic attack atau nervous, kad diberi tanpa nama pengirim dan penerima. Tak boleh nak berfeeling2 pun tapi terkesan jugaklah bila baca "kad pengganti diri...", auwww.
Back to cerita terkini, tahun 2010 ...
Bila malas atau takde idea, maka sotong dalam tin jadi penyelamat. Salah satu lauk untuk berbuka dan bekal TB bersahur kat ofis.
15 comments:
salam aidilfitri..maafkan kami andai pernah terkasar bahasa masa bergurau senda selama ni..
terpaksa buat ucapan kat sini..ciksom x marah kan..kan..kan? :)
Ikhlas: ff-cw-farish
Salam CS...
kenapa ya catatan you ni selalu keluar lewat di senarai kakcik tu?? Tengok2.. dah berjam2 rupa2nya ada post baru! :(
Dolu2.. dolu2 la kannnnnnn... Kakcik ada juga terima kad raya yang ada muzik bagai dan besar gedabak dari mamat yang minat kat kakcik.. yeyeye....
Selamat Hari Raya untuk CS, TB, T dan D... Maaf zahir dan batin. Nak muffin, boleh? ;-)
Salam CIk SOM,
Selamat Hari Raya to you and your family. Maaf ZAhir Batin naaa...
saya kat skolah rendah di penang dulu slalu dpt kad raya dari kawan2 tak kira melayu atau cina atau india..macam iklan petronas lak...ish..memories..memories..
salam CS..selamat hari raya..nnti meh amik kad kt umah kita ye!
Sedap ke sotong dalam tin? Husband i suka makan benda2 dalam tin ni, kalau sedap, leh gak cube...
posmen pernah tersalah hantar stetment kedit kard ke rumah saya.... bila bukak teruih marah somi pasaipa utang banyak sgt... rupanya orang depan punya...hikhik... takkan nak pulangkan ekkk?
Salam Cik Som,
tersenyum bila baca perkataan balak tu...masih digunakan lagi ker taim sekarang? aleh2 teringat gak perkataan belalai...muahhahaha..
anyways CIk Som, Selamat Hari Raya diucapkan..
maaf jika ada terkasar bahasa selama kita 'berkenalan' ya Cik Som..
Salam ...
Fifi
Selamat hari raya maaf zahir batin. Terlebih mintak maaf sebab tak sempat 'merasa telur itik masin', heheh.
Beraya di KB ke? Peluk syium untuk Farish (Farish jer okay?).
KakCik
Selamat hari raya, diharap kakcik pun bergembira menyambut raya bersama keluarga. Psst.. dulu kakcik HOT babe juga ehh?? hehe.
Entry lambat? Sebab I simpan lama dalam draft tak publish cepat2. Haighh, warga emas nih lembap sket, keh3.
Salam
Mami
Selamat hari raya to you and hubby. Maaf jika ada salah silap semasa mengomen, heheh. Dah pikirkan juadah apa nak dimasak nanti??
Inahar
Timakasih kita dah ambik kad tu. Selamat hari raya untuk you sekeluarga..
cik Lurpak
My hubby suka sotong dlm tin tu sebab kes nostalgia masa dia kecik2 dulu. That wld be my last resort kalau takde modal nak masak. Sotong tu mesti lbh sedap jika bubuh cili padi..
Salam
AB
Kes terbukak surat orang, apsal tak baca addressee vetul2? Haa, marah nih, kih3. Mcm I dulu terbukak pay slip my boss.. Nah kau! terperanjat beruk I why suddenly gaji I berkepul2 banyak cam tu? Nasib baik bos senyum jer.
Selamat hari raya AB, maaf zahir batin. 0-0 eh??
Yat
I pun nak mintak mahap dari you, Diharap MOU kita, burn eh? heheh.
Selamat hari raya to you and family. Baju raya sedondon kah??
Cik Som,
Sotong dalam tin jenama REX ke? Fulamaaaaaak, saya suka bebenor! Lembut jek kan daging dia.
Aida
Yess.. REXlah jenamanya. You selalu beli ehh?
Cik Som,
*rendang dah abes masak ke? :D
Ha ah.. sokmo beli. Last time beli dekat 20 tin kat Giant Puchong sebab ada offer, less dalam RM 1 gitu. Saya kasik kat akak saya (kat Mersing susah bebenor).
Cik Som slalu masak apa guna sotong tuh? :D
Woit Aida?? Mata I dah kelat2 n pedih2 nihaa.. haha.
You pencinta T-Rex rupanya ke?? hehe, bolehlah geng dgn my huby. I masak simple aje.. I hiriskan bawang besar, garlic, ginger n cili merah. Tumis2 lebih kurang masukkan kicap manis pastu tuang kuah sotong dlm tin; besarkan api. Agak2 dah pekat sikit, masukkan sotong. That means my sotong tak berkuah cam nak rak.
Rendang? I tak masak rendang sbb my siblings memasing dah memainkan peranan membawa itu dan ini. I escape ... har3.. lariiiiiiiiiii..
Cik Som,
Mata pedih and kelat sebab banyak potong bawang ke.. sebab dan ngantok? Hehehehe!
So Cik Som kasik kuah pekat, ada kicap sama ek. Isk, terliur la pulak membayangkannye.. haishhhh Cik Som nih, naper la describe dengan begitu detail skali. Huhu!
* Jangan lari malam2 raya Cik Som, esok pagi tak de kederat nak beraya lak kang :D
Post a Comment