Sunday, 19 September 2010

... business as usual ...

Hari Ahad. Apa rancangan seterusnya? Kalau ikutkan hati, best bermalas2an duduk rumah, baring2, golek2 dan goyang2 kaki tengok drama khas sempena hariraya; menangis bagai tak mau sambil mengesat lelehan airmata dengan lengan baju bila drama tu mencuit hati (Cikgu BM pasti geleng kepala dek terkesima dengan keupayaan I membina ayat sepanjang tu. Mesti punya, heheh).

Terma bermalas2an to the max tu dipanggil 'membayam' oleh Profesor Chik. Kenapa membayam dan tidak mengangkong atau menyawi? Hmm.. jawab Chik jawaaab..

Anyway, agenda untuk hari nih, insyaallah :
1. Teman T ke Summit. Misi? Nak habiskan duit raya beli something yang diidam2kan.
2. Petang ada open house @Sec. 13 SA. Jemputan dari ex-office mate.
3. Njah ajak sama beraya ke rumah Ngah ... but then... KL is so far away!
4. Harus beli grocery + perishables
5. Nak buat samolina pudding atas permintaan who-else but T
6. Harus masak kah? Sesungguhnya haruuuss.. kesian plak kat TB bila balik opis @4pm nanti, meja makan rupa padang jarak padang tekukur. Yang ada cuma my laptop aje, hehe.
7. Last but not least, the endless kerja rumah.

Lunch semalam.. mee hailam aje. I suka pelepah yang hijau2 tu, lagi banyak lagi bagus. Nampak tak batang celery tu, kih3. Lepas makan, TB sound penuh hemah "lain kali jangan bubuh benda tu .. apa nama tuu?". Heheh .. baiklah wahai kekanda tapi adinda tak janji, ehh? Bila tengah syok2 memasak, adinda selalunya bertindak at the spur of the moment jer..

For dinner? Timun jepun, udang kicap, samtum bilis (berusia sebelum raya) dan gulai asam (berusia 2 hari). Alhamdulillah.

11 comments:

Ibu n Abah said...

oooppppssss
i did it again...

Ibu n Abah said...

kak som...
i perati dan perati... i makin chun lah sejak lepas-lepas raya ni... dan you rajin berkanda dinda dengan TB... I dah musykil ni.... ahar..ahar..ahar..

Ibu n Abah said...

silaplah pulak...
bukan i makin chun... you makin chun... PEMBETULAN...

Kakcik Seroja said...

Salam CS...

selamat memenuhi selera kanda dan anakanda... :)

DeLancrettLurpak said...

nak recipe samtum bilis leh?

Amy said...

slmt hari raya kak =)

wah2 rajin erh die masak..tpkan i xsuka ngn btg sawi tuh sbb pahit..org cakap ketuk2 manja dlu btg tu kalo xnak pahit. tp still me xsuka..tp kan kalo jmpe sawi kt cni mmg xdenya ai nak buang btg tu sbb berharga ekekeke..da la mahal xdenya nak buangkan..saleri lak i leh telan kalo campak lam sup jek..tp mee hailam u mmg la mengiurkan uhhh =)

azieazah said...

Dalam dok malas-malas tu macam2 benda jugak dok buat. Panjang juga mukaddimah dia dok dapat. hahahaha.

Nyaris nak tanya, masa BM dulu jadi murid paberet cikgu BM ker? hehehehe

ehhh berapa banyak nak gelak nihhh.

Last but not least, tahun depan tolong jangan kata KL is so far, ok? Sbb nanti takda harapan dapat makan fee di KL.

CS said...

Salam semua ...

Akak
Janganlah dinda musykil atau terpedaya dengan 'kekandaan dan kedindaan' kanda bergurau mesra bersama kanda TB itew. Semua tu hanyalah sebagai aji-no-moto agar Al-kisah terasa lebih lemaknya :-)


kakcik
Dua beranak tu masing2 punyai citarasa berbeza *sigh* nasib baik I pandai masak .. har3 .. baca boleh, percaya jangan ya kakcik ya? Guwau jer tu.


cik Lurpak
Ehhh ... betul ke you nak resipi samtum bilis? Samtum bilis ialah sambal tumis bilis yg biasa kita makan dgn nasi lemak. Jgn ikut resipi I sbb I selalu derhaka pada resipi.


Amy
Hi.. selamat hari raya.. Nak biskut yg you sendiri buat, boleh x? (yg sama you beri kat Mami, hehe. Ada lagi ke?).
Batang sawi pahit? Ada gak jenis yg tak pahit.. Nanti I tampal gambarnya eh??


Azie
KL tu mmg jauh tapi akan jadi dekat sekiranya I berpindah ke KL by next raya, ngeh2.
Psst.. Mungkin cikgu BM tu sayang kat I tapi kami cool aje sebab tak nak nampak 'crony', hehe. Aruah cikgu BM tu was our family fwen..

DeLancrettLurpak said...

laa..samtum bilis tu sambal ikan bilis ke.. mana la nak tau.. heheheh

Unknown said...

Teman rasa macam nak dzilat monitor lappy ni... kesedapannya dapat aku rasa sampai ke sini. I pun suka pelepah hijau tu. Lain kali Somuffins kena cacakkan kat tengah mee tu, baru nampak macam pokok pisang kat tengah pulau... muahahahaha...

CS said...

cik Lurpak
Mahaplah sebab buat you keliru, hehe.


Elee
Dah dzilat monitor lum? Cukup tak rasa masin/manisnya?? (masin rasa mee, manis ialah wajah chefnya, ahaks). Lain kali I cuba cacakkan pelepah tu. Nape you sebut cam pokok pisang n not pokok kelapa?? Sbb you tau I love pisang ke? hehe..