Wednesday, 29 September 2010

Fobia dan kokokan 'bapak ayam' ...

Fobia no. 1 ... my laptop dah pandai mengagah aumm-cak dengan I. Tanpa disuruh2 tetiba dia black-out just like that! It takes a while for it to recover dan sedarkan diri. I sabar menunggu cuma terasa bosan sebab tak tau sampai bila dia nak blackout aje. Ada 2 kemungkinan samada anaemic atau low BP, tu yang asyik black-out aje tu, kot?

Bila TB kata "tulah you pergi blog mana ntah" <- cam menuduh aje ek? maka tetiba terasa suam2 kuku cuping telinga I (baru suam2 kuku lum tahap marah lagi). Blog yang I lawati semuanya rona sawo matang; takde rona 'biru atau kuning' pun. I juga tak membebankan bahu laptop dengan mendownload-upload-apa2-pun. Memang tak pernah download lagu atau drama Korea (tapi ada gak hati nak download "My Name is Khan", kih3).

Fobia no. 2 ... bila selesai mengomen pada blog yang I boleh masuk, tup2 dapat pesanan penaja "sorilah you kenot komen". Dengan perasaan geram, nyampah, bosan dan berasap (maklum dah penat tulis password etc), apa nak tunggu lagi kan? Dah orang tak sker kat kita, awat nak tersorong2kan pipi yang gebu dan hidung yang tak semancung mana tu, tul tak? So I blah bawa diri ...

... I bawa diri berkelana kat blog sendiri. I tekan tu, I tekan nih terus I tekan 'draft' untuk tengok all the drafts yang dah dijerukkan. Jom nyanyi lagu Liyan* Jasm*y kejap.. daku tak percaya, daku tak percaya..cinta.. Well, I tak percaya apa yang I tengok! Out of the 695 entries, 193 entries are nothing but drafts! Mendenya yang I tulis hinggakan tak terpublish2 lagi tu?? Resipi lempeng pithang turun temurunkah? Resipi ubat2an tradisional awet mudakah? atau rahsia kehidupan seorang blogger? har3 ..

Yang kelakarnya tu *jom senyom sesama jap* ... ehhh, manislah rupa you all bila senyom ala kerang busuk cam tu, hehe, most drafts terdapat beberapa abjad aje, boleh? Tak kurang juga cerita ceritut yang tidak berkesudahan samada malas pikir habiskan cerita atau memang buntu masa tu. Looks like this would be my baby project. Cantas mana yang patut, publish mana yang tak patut, kih3 dan simpan aje dalam draft mana2 yang agak menyentuh perasaan orang lain (hmm, tapi ade ke??).

Cerita lain? Haha ... Lately rumah I dah ada ayam berkokok. Tiap sejam sekali mulalah dia berkokok. Selalunya bapak ayam (BA) akan berkokok pada masa2 tertentu aje, kan? But not this BA belaan TB. Tiap sejam dia berkokok tapi waktunya cenggini -> kalau BA berkokok pukul 6.55 pagi, kokokan seterusnya pasti, mesti dan for sure berbunyi pukul 7.55, 8.55, 9.55 dan seterusnya 24 jam sehari (ada kalanya dia majuk takde bunyi langsong). Adakah kokokan tu menolong rakyat jelata? Sesungguhnya tidak!

Sila bayangkan bunyi kokokan bapak ayam pada subuh yang hening.. cam best aje kan? (w'pun mungkin selimut terus ditarik dan terus zzzz malas bangun solat subuh, cis!), tapi tidak serupa dengan kokokan BA, TB punya. Kokokan BA bunyinya sama dengan suara anak dara menjerit giler bila sekor cicak masuk kedalam bajunya. Yaa, pejam mata... cuba bayangkan..

T perli abahnya sebab memilih BA yang tak reti berkokok, kah3. I pun kata "biarlah T, abah tu dah rindu dengan persekitaran kampung halaman dia agaknya...".


Nilah dia bapak ayam belaan TB. Very2 low maintenance. Yang bestnya, dia tak bewak, heh. Sesiapa nak jadi ahli Kelly Fan Club *grin* haruslah berlari sekarang juga ke restoran tersebut dan cuba bawa balik BA nih, okay? Hayatilah kokokannya yang seakan2 tercekik tulang amat merdu itew, har3.

15 comments:

Kakcik Seroja said...

Wah... seronok jaga bapa ayam yang tak banyak karenah dan tak reti menelefon untuk mintak duit tu kan??? ;-)

DeLancrettLurpak said...

kureng gula agaknya lappy u tu.. cer bagi makan coklat, elok la tu..heheheh.. jgn pulak siram dgn coklat cair hehehhee...

kak ja said...

Salam KS,

Ada skali tu Adik tak leh masuk blog I n I dah identify problemnya.. I terpaksa remove kalendar hijriah kat sidebar I.. Lps tu dah ok.. Adik dah bleh view.. Heran apasai plak masih jd masaalah kat u.. Adakah kerana u tak cukup belai lektok u tu? Asyik dok belai BA jer..

U suruh segera berlari ke kedai yg menjual BA tu, 'sekarang juga'? u tau tak kalau I berlari skg ke sana, dlm 10 minit je I bleh sampai? (bbpj - mcmlah I kuat sgt, kan? mesti pancit tgh jln!!)Jenuh I nak menunggu depa bukak pintu pukoi 10 ke 11 nnt!!

FaAtip said...

I kan som, kalau tak leh komen kat sini..alaaa...you pun kekadang tutup gak komen tu, I, I, I sedih dan pilu tawwww!! Time tu gak I rasa..nak pegi bekelana entah ke mana....**bbpj** hehe

Sizuka said...

Salam CS,

I pun experiencing the same dgn blogger. these past few days, whenever i post a comment, tak keluar.. huwaaaaaaa... sedih sungguh. tapi alhamdulillah pc i still bernyawa lagi, walaupun nyawa2 ikan.. hehehe

azieazah said...

SOM,
komen 1:
Laptop tu memang konpom minta diganti baru. Tukar jer jenih yang ada gambaq buah apple kaler-kaler kat luar dia. ops! ni impian sapa yang benaq nya nih?

komen 2:
Adakala draft tu jadi bila kita tertaip 1,2 abjad pastu kuar (autosaved) ler tuh.

Komen 3:
Kalu dah tak leh masuk blog orang tu, jangan terhegeh-hegeh. Meh berumahtangga kat laman blog I jer. :)

komen 4:
Bapa Ayam berkokok? Tapi kokokan dia sangat kuat woooo..
I dah kena (ntah mana dah I lempor benda alah tuh).
Tiap kali dia kokok, I rasa nak hempok jer sebab ntah apa2 butang dia tak leh set. Tiap jam nak melalak. Menciiiiikk!

4 komen cukup? hehehehe

ahkakbatik said...

cikSom,
mini laptop i pun kena virus sebab terklik blogspot minah mana ntah... i cari word 'melayu tulsa' rupanya this blogspot ada sikit cerita kunin... terus kena virus..la ni dok lam setor...

gitulah alkisahnya untuk blog alkisah ini...

sekian.

CS said...

Salam semua ...

KakCik
Sebenarnya tak seronok sebab bunyi kokokannya betul2 buat jiwa kacau. Kokokan yg lebih pada bunyi pontianak mengilai. Takot I.


CL
Lappy tu kata dia kurang kasih sayang dan kurang perhatian. Mengada betul walhal dia ajelah yg I usap dan belai setiap masa :-)

Ja
Dah terlebih belai kot lappy tu?? Nihaa nak bitau, kalau you dah jadi ahli Kelly FanClub; you boleh datang bebila masa aje. Cubalaa..

CS said...

Fa
Bebila I tutup kotak komen, I akan bitau kawan2 I seawal mungkin. Dont small heart with me, k?


Shidah
Duduk rumah pun kena banyak bersabar kan? Ada berbagai dugaan kekdahnya.


Azie
Rasanya I berpuas hati dgn 4 komen sekali gus. Timakasih.
1. my lappy dikira baru juga
2. well..
3. berkelana keblog you disediakan jemput2 tak?
4. You pun ada jam kokok ayam jantan je? Dengan bunyinya yg shrieking tu, mmg terasa nak humban aje, hehe.


AB
Apsal laptop yang kecik cepat sakit ek? Nasib baek juga my hubby tau a bit nak membaikinya. Alhamdulillah.

PatinPasta said...

Cik Som,
Haish.. haru lak tetiba laptop buat2 tak sedar diri. Hmm Cik Som guna antivirus jenis apa? Umor laptop saya dah 5 tahun (syukur takat nih sedar diri lagik) and saya guna Avast antivirus. Takat nih orait la, tak de serangan hendap dek memana ke hapa.

CS said...

Aida
I guna AVG anti virus. Sama tak dgn Avast tu?

Memang tak best bila laptop buat2 tak sedar diri. Kalau boleh I resuscitate mouth to mouth, kih3, OK gak.. Bila masalah pelik sikit, I terpaksa guna khidmat TB (yg celik IT).

PatinPasta said...

Cik Som,
Oo.. guna AVG ek. Saya dulu pon guna AVG tapi lelama rasa macam laptop berat gitu, so tukor ke Avast (si Tomi tukor kan).
* AVG tak sama dengan Avast.

Tapi sebab dek TB Cik Som tere IT, so saya tak mo kaco la. Kang ada jugak kena sambor dek petir kang. Hehe!

CS said...

Aida
TB celik IT tapi celikannya taklah sebundar mata Aishwarya Rai. I think betul cakap you, AVG mmg ada sket berat thus lembap.

Have a nice holiday dengan your 'in-laws', hehe.

PatinPasta said...

Cik Som,
Bagus la tak sebundar Aiswarya Rai.. sebab kalo tak jenuh lak Cik Som nak share celak. Hehe!

* TQ! (pandai skang ye? hehe!)

CS said...

Aida
TB guna celak Arab, I guna celak dari Spain, hehe... tetiba teringin nak jadi Flamenco dancer pulak, auwww..