Tuesday 10 July 2012

Mood berblogging kembali ...

Assalamualaikum ...
Hi hi hi ...
Yo yo yo ...

Diharap kengkawan blogger dalam keadaan sihat walafiat, riang ria ceria dan berfikiran positif selalu macam I, ehem..

Bil api, air, telefon dah bayar lum? I baru nak bayar walhal last date was on 7/7. Bagus eh? ada hati ingatkan orang tapi diri sendiri adalah delinquent bersiri, dush! Tapi kita takde berhutang dgn Along, so it's OK to be a delinquent once in a while, tak gitu you?

Aroma durian dibawa angin sepoi2 bahasa menembusi keruang tempat I menaip walhal I dah kuarantin durian2 tu nun jauh dalam bilik basuhan kat belakang. Nun jauh kononnya ek? walhal rumah kecik2 gini manalah ada ruang luas. 8 langkah dari tempat menaip dah tiba bilik basuhan, 7 langkah dah tiba dapur, 15 langkah dah tiba gate karat depan sana, namun rumahku syurgaku, auww..

Anyway, mana datangnya aroma durian tu? Siapa lagi pembawanya kalau bukan dari hero seMalaya yang baru balik dari desa halaman. Durian hasil dari pokok sendiri belakang rumah disana bukan di sini, keh3. TB sehari kesana untuk menguruskan projeknya yang agak mega. Katanya bajet somewhat sudah berlari2 anak, sob3.

Tambah tanah 100x dan naikkan dinding aje dah telan sekian2 amaun. Ada sesiapa nak tolong sponsor seketul dua grand? *cupping both my hands berdoa*. Semoga dipermudahkan usaha TB untuk merealisasikan impiannya bermastautin didesa halaman, menghabiskan sisa2 hidup berbakti pada tanah dan alam semesta, menjadi petani dan peladang moden yang berjaya.. <-- amboi3.. sikit punya awesome semangat namun dia tak pernah kata cenggitu pun, I saja memandai, hehe..

For the past 3 weeks, my daily chores/errands have changed somewhat almaklum sejak dua menjak jadi misi bermisi, kankankan?? TB dah tak dimanjakan lagi sebab dia dah boleh berenyah namun I masih pegang jawatan tanpa portfolio ie jaga hal ehwal kucing - beri makan, bersihkan kumuhan dan pakaikan diorang pampers, ahaks.. *how I wish*. 2 days ago we just bought 2 bigger cages so that those cats could practice bergayut2 and maybe do new circus stunts n tricks in lieu of upcoming hari raya <--- benarkah? haha abaikan...

Reno. at Ndja's hse: Since dia berjimba cuti2 Eropah selama 2 minggu, I jadi penyimpan mohor kunci dan remote contol gate rumahnya. I pastikan gate dibukak bila pekerja datang dan gate ditutup sebaik saja diorang balik. All this dibuat disebalik langsir aje, keh3. Sikit punya berhati2 cenggitu, terlepas pandang juga bila a trespasser masuk kekawasan rumah Ndja bertanyakan sipolan, kononnya dah janji nak buat wiring. Credit goes to D cos he was extra alert dan sempat sergah trespasser tu. I terus calling2 Interpol kontraktor untuk pengesahan. Jawabnya "tak ada.. ". 

Since Teh ikut Ndja berjimba maka kita adik beradik take turns to visit Chik (our auntie who has been living with Teh eversince Teh got married). I have visited her twice, once with D and once with T. Today I plan to visit her with TB pulak. Chik is almost 90 so lapse in memory is expected. Memang kena sabar melayan her repetitive questions. Kadang2 kelakar juga bila dia terlupa atau campur adukkan nama2 kitorang.

Semalam katanya Chik buat pe'el sikit. Dia mandi 2 gayung aje, tak nak dimandikan dan bersabun.  Bila maid nak tolong, dia suruh maid keluar dengan aksi nak rejam maid dengan sabun. Oh, brutalnya dia! Pastu sebelum masuk waktu solat dia dah siap pakai telekung bagai tapi malang tak berbau, dia terwee-wee dalam bertelekung tu. Every nite before Chik goes to sleep, my SIL/maid will make sure Chik wears her pampers tight.. supaya pisang tak berbuah banyak3 kali, ahaks. Jenuh weh hangkut basuh jemur tilam tebal hasil kumuhan owang tuerrr....kan?

My SIL kata maybe Chik dah rhindu kat Teh sebab tetiba dia dengar Chik berteriak "Teh, Teh... where r u?" . Yes you heard it right, kengkadang Chik does speak English. Klas dia, ken? heheh..

Keadaan rumah kembali sunyi (dan tenang) sekembalinya T kemarkas semalam. She was home for 3 weeks so sedihlah pulak bila dia dah balik sana w'pun this coming weekend kita akan berjumpa semula, insyaallah. Dah kata emak dengan anak dan anak dengan emak, faham2 ajelah.

On 6th we had a belated birthday lunch celebrating warga keemas2an punya birthday *dia mengaku still young at heart, walla!*. D janji nak belanja birthday girl makanan Jepun tapi ntah camana birthday girl terlebih fulus kesian, dia pulak foot the bill so jom kita sorak reramai "hidup birthday girrrl!!". Sorak 3x taw, hehe..

Top/bottom: Both are mine. Takat celah2 gigi aje pun..hehe..


D's
T's
I bertiga beranak aje yang pergi. TB? he no fwen with this kinda food. Lagi pun dia masih berpantang keluar rumah (selepas op mata) so dia duduk rumah aje persis anak bujang pingitan gitu, hehe.. Lunch for him on that day adalah hasil airtangan istewi mithalinya yang on-off, off-on rajin bangat itew, ehem..

Last but not least, kenalah juga tampal hasil airtangan bujang trang-tang2 yang dia buat ntah bila, hehe..

Sedap ke? Sedap kot??
 Till then, do tune in for more bebelans n ramblings okay?? Jemputan ikhlas lagi tulus kekdahnya nih :-)

20 comments:

Anonymous said...

Glad to know things are fine with you. Macam kat blog LG, my memory failed me (lupa tentang July babes). May I dah jadi GohBlog.

Anyways, selamat belated birthday dan semoga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah.

Kakcik Seroja said...

You agak2 laaaa kan... ikan tu gosok gigi ke tak?? :)

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Hi CS..
I tot something went wrong with you.
Nway, it's good to know that you are fine and ceria selalu..
"Happy B'lated B'day!"

Anonymous said...

CS, I nak merajuk dengan U. Sbb apa I tak boleh baca post U yang minggu lepas "...something like anak angkat".. every blog I jenguk nampak post tu tapi tak boleh tengok. Cer citer sikit, ngape jadi gitu?

Thodapppppppnya tempura, I loike. Tapi kat rumah ni I dgn si bongsu je boleh fwen Jap foods. Yang lain bagi jeling maut. mencik!

Umur berapa taun?

Ahkak

blu4sky said...

Happy Birthday CS,
alah sowwylah i x tau
..anyway..yeah for july baby sbb i pong july baby..hahahah.. tapi i penutup bulan july :D

p/s: nasib baik you ingatkan pasal bil..i ada satu bil lagi tak bayar.. sbb bil indah water tu orang dah bayar bil lain, baru terhegeh2 dia nak datang..

Ibu n Abah said...

Alhamdulillah...
Rindunya dengan celoteh u dalam majalah AL-Kisah yang terkenal dan tersohor ni...
balik dari bercoti2 i terus carik kot2 i terlepas 2 edisi ker... apa ker...

Amelia said...

Hi CS, apa khabar? Happy belated Birthday.

Welcome back to blogging, you ok?

Have a nice day, regards.

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Don't you dare go MIA on me, ok? Tak suka tau! Kita ngan Mama kita pun July babes jugak. Kita sebintang rupanya....har har har *evil laughs*

Brad

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Tb dah makin molek la ye? Bagus la gitu.

Okojot tengok kepala ikan. Garang walopon hanya tinggal kepala :D

Happy belated birthday Cik Som! Semoga sentiasa sihat dan gumbira di samping keluarga terchenta!

Bintangjauh said...

Salam CS,

Ucapan dari jauh nun disana... Joyeux Anniversaire wahai CS, sudah terlewat rupanya...

Semoga apa sahaja yang ditadah bermohon yakni doa-niat akan dipermudah-senang dariNya.

Salam manis semanis madu.

Anonymous said...

CS nih suka tuleh panjang2 taw...
salu org tuleh panjang2 ni sebab di alam nyata takde saper nk layan dia bercakap.... adakah bener stetmen itu? ^_^

AB guna windows maleh login

CS said...

NOIR
Tak ingat b'day July babes tak per asalkan you ingat b'day Mrs Noir Hussen, kankankan? Thanks for the wish n amin to the doa. Alhamdulillah ...


KAKCIK
Sah ikan tu tak gosok gigi tapikan tapi *rahsia nih* dengar cerita, ikan tu guna Polident ;-)


ARTLOVER
Thanks Iha for the wish. I am very fine cuma adalaa for a few days my notebook buat hal dan juga sebab melayan kerenah/kehendak sidara yang balik bercuti panjang.


AHKAK
Jgnlah merajuk dgn I. Mintak mahap tak dapat siarkan entry yg you maksudkan tu sebab I've not done with editing yet; dan juga tetiba cam rasa muak nak pandang entry tu, hehe. I sure like to eat tempura kat Sakae with you, insyaallah. Hmmm...umur berapa taun? You tanya umur I ke? ekekeke...

CS said...

SUE
Thanks for the wish. Ramai July babies but maybe tak sama bintang depending on date of birth. Pasal bil, nasib baik I tak bayar awal cos ptg semalam I terima lagi satu bil.


AKAK (IBU n ABAH)
Windu sewindu2nya ke? Kalau windu nape tak bawak balik sekilo dua laici dan cherry dari sinun? Sob2 tis3. Niway, mekasih for your support, auwww...


AMELIA
Thank you for the wish. Yes, I am very OK. Gebu, fluffy and spongy, harharhar...and have a nice day to you too.


CAT aka Brad
I bukan sengaja go MIA tapi t'jawab as a human being memang mencabar, MMAda. Tak caya, cer tanya your mama. I kena jaga yang berkaki dua w'out tails n also yang berkaki empat with tails n fangs. Since kita sama2 July babes, let's hug n kiss2 (takmoh gaduh cakar2 ok?).

CS said...

AIDA
Alhamdulillah TB dah ok, molek aje dia bila mengenyit mata kat I, auwwww *BBPJ*. Thanks n amin for the b'day wish. Kepala ikan tu kata 'acah aje, hehe'.


RATNA
Terima kasih diatas ucapan dan amin kerana mendoakan. Mudah2an segala hajat/doa kawan2 blogger dimakbulkan olehNya juga, insyaallah.


AB
Kita tulis panjang2 sebab kita tak beli dakwat so sangat berbaloi2 tang tu. Stetmen you yg mengatakan dialam nyata takde saper nak layan bercakap adalah 50% tepat. Hei, mana you tau? mana you tau? Tapi tulah, kalau semua orang suka bercakap, takde siapa tulis novel tebal2 yg mcm you baca tu, kankankan? auwwww...


TERIMA KASIH SEMUA .. Muah2.

cahya indah said...

happy belated birthday auntie :) semoga pjg umur n murah rezeki. boleh la belanja cahya makan japanese food jugak..hehe

CS said...

CAHYA
Mekasih dan amin kerana mendoakan.. No problem belanja you Japanese food.. You dare to eat kepala salmon tak? Kadang2 tengah makan kepala tu meloncat2 taw :-)

Mulan said...

happy birthday to u... lalalaaaa...

happy, healthy & dirahmati foreber & eber...!!!!

jamu besar gitu.. seronok nya.. terasa nak melompat masuk blog ni join the paaarrtyyy....!!

Fadhil said...

Happy birthday yang ke 40, Cik Som :-)

I can eat most type of Japanese food, tapi sushi tu tak berapa gemar lah...

T said...

Kepala ikan tu mengerikan.

Hope you had a good birthday sebab yang lain mengiurkan, rather than mengerikan.

CS said...

MULAN
Wah, lemak merdunya suara you mendendangkan lagu besday untuk I. Tahun depan nyanyikan lagi k? Thanks for the wish n amin to the doa. Seronok dapat doa dari kawan wpun tak pernah bertemu muka. Jamuan suka2 3 beranak. Kalau teragak nak join, lompatlah sekarang. I sambut, hehe..


OLDSTOCK
You said moi 40? tssk..tssk... Nih nak mintak I belanja kat mana nih hehe.. Re: makanan Jepun, I pilih2 juga tapi takat sushi bolehlah makan sikit2..


T
Yes, it was a good bonding event, alhamdulillah. Kepala ikan dan giginya memang mengerikan, cant deny that :-)