Thursday 30 August 2012

12 Syawal ... TN ...

B'fast pagi nih I makan beberapa keping TN = tart nenas disulami neskopi 3-in-1 mild. Sebulan berpuasa I tak cuit pun neskopi sebab selalunya I minum masa b'fast aje. Ini adalah MOU sah antara neskopi dan peminum kopi tidak tegar *sambil menjeling pencinta kopi 434 yang berada diSP dan BBB dengan ucapan "dah mandi lum?"*.

Orang 1Msia sebut 'tart nenas' tapi orang Indonesia sebut 'nastar'. Kenapa nastar dan bukan tarnas? or better still sebut ajelah tart nenas, kaaan? (I tak eja 'tart' as 'tat' sebab bila ada 'r' dalam ejaan tart, ia seolah2 tambah nilai thedap pada TN tu sendiri, hehe.. lagi pun, ramai yang buat onar dgn perkataan 'tat'. Tak baek gitu taw).

BTW, ada sesiapa tau camana 'nastar' dapat nama cenggitu? namun tekaan tepat tak disediakan apa2 hadiah pun, hehe..

Pemberian adik TB
I lebih suka TN yang nampak jelas dan muai jem nenasnya. Bukan aje suka tengok rupanya tapi suka makan jenis tu. Masa kecik2 dulu teruja dengan tart nenas buah epal bertangkaikan cengkih. Kalau beraya kerumah sedara seberang Tambak Johor, tart epal sure jadi sasaran utama.

Dipanggil tart epal sebab rupanya macam buah epal, tu aje sebabnya pun tapi masa beraya dikampong hari tu, ada hidangan tart epal rona hijau berintikan jem epal sebenar. Somehow tak teruja pulak nak jamah.

Masa kitorang kecik2 dulu, kerja membuat TN disandang oleh Chik sorang diri. Dia yang buat jem nenas, yang mengadun, menorak, menggentel, menyepit dan membakar hingga thelethai kerja ketitisan keringatnya yang terakhir bila mana TN yang siap dibakar disimpan molek dalam tin Milo.

Can't help it but tersenyum simpol sorang diri bila teringat Mak/Chik simpan baulu dalam tin Fab, muahaha... Masa tu Fab serbuk ada dijual dalam tin bulat setinggi >< 1.5' (special promotion). Baulu perisa Fab kekdahnya, kah3.

Bila cikNdja n cikSom mula tunjuk minat menyibuk didapur maka ringanlah sikit 'penderitaan' Chik. Kerja gentel-menggentel dough memang jadi fevret tapi I dibenarkan bubuh 'tanda' pada permukaan jem aje, tu pun Chik yang sediakan sebab dough yang I duk gentel2 dah dikira tercemar! Anyway, 'tanda' tu dibuat dari dough yg sama bertujuan memaniskan rupa TN.

Bak being the QC amat particular dengan rasa dan rupa TN. Tak cukup TN yang terserlah jemnya pada pandangan mata, dia cadangkan Chik buat TN rupa sardin roll. Somehow idea Bak yang tercetus then dah menjadi... shall I say kenyataan/ikutan? (patutnya kitorang patented the 'idea', sure kayo den sekuarga, heheh).

Tak ingat pulak bila masanya Chik bersara dari buat baulu, tart nenas dan kuih gunting setiap tahun menjelang raya. Kalau ditanya Chik, dia sure kata "I forgot".

28/8 - Ndja yang tak suka aiskrim tetiba beli aiskrim hanya kerana dia berpeluang park kereta depan BR. Sesaja nak memontelkan adik dia ler tu. Dah beli tercepat sehari maka takdelah diskaun (diskaun 31% dari 29-31/8).
Jenuh nak dihabiskan

29/8 - Ndja datang lagi, ada aje halnya. Nak ambik air ticket disamping nak tengok rumahnya yang masih tak habis2 direnovet. I sebagai jiran terdekat duk menghitung hari belek kalendar jer 'bila nak habis?'.

Cantik gak!
Sebelum singgah rumah I dia melencung kerumah Teh dulu sebab ada something from Teh untuk T yang mengidamkan kek keladi (tapi bukan Teh yang buat).

Sedap memang sedap tapi jangan teroverdose nescaya muak
Dah 2 hari I tak masak memasak so memang dah sangat lemaklah nih makanya hari nih I berikrar akan lebih cergas dipersada dapur, insyaallah (namun masih memikir cara ringkas untuk terus kenyang.. haha.. how?)

Akhir kata, best ek kalau ada maid? At least mintak tolong dia prepare bahan2 masakan dulu so bila Mem masuk dapur, Mem tinggal menumis se'eyyy aje... *se'eyyy adalah bunyi ketika menumis, sebutannya haruslah sengau sket*.
.

8 comments:

blu4sky said...

org indo mmg suka kasi kawin2 nama.. tart nanas dah jadi nastar nasib baik bkn tarnas..heheheh

masa kecik dulu..i suka bila my mom buat tart nanas sbb jam buat sendiri..but i think my mom mesti tensen ngan kitorang sbb jam utk tart selalu tak cukup sbb kitorang suka makan jam esp yang masih panas..oppsssyyy kantoi tak posa hahhaha.. but now my mom dah tak buat..

haa nak jawab soalan cik som seblm n, tesco yang kat rumah tu under construction bkn renovation.. pindah location kat my area sbb tesco puchong skrg ni nak dijadikan mrt station klu tak silap..

Anonymous said...

Penjual biskut tahun ni tersilap hantar biskut almond london dan makmur. Rasa nak nangis bila tengok tapi semua orang dah balik raya.

Tadi lepas baca blog U sms dia semula bila boleh hantar tart nanas. Dah lah pose hari ni. Eh! kalau dia hantar hari ni, sok pagi boleh la makan sambil minum kopi starbak. eiii

Ahkak

Ibu n Abah said...

kak som...
ada maid memang mudah..
seee'eeyyy .... ketuk2 kuali...
pastu tinggalkan...

Nak kopi 434???? Offer Sempena Raya...

Queenie said...

ai pun sker tart nenas yg bentuk buah epal yg bertangkaikan bunga cengkih. Tu antara kuih wajib selain tart sepit keliling tu...

sygnya semua anak2 ai tak sker tart epal pasal depa tak sker bau cengkih tuh. Tu yg geram sbb sejak tu sampai ler skrg ai takdak chance nak wat tart nenas bertangkai cengkih, tanpa cengkih mana ada ori kan?

ai rasa cuma org sebelah Johor sampai ke Temasek jer yg reti mkn menda2 camni, setuju?

LEEzasTOUch said...

Assalam CS
Kita pun suka tart nenas. Actually my TN pun mcm yg u suka tu tapi mine tambah cross pulak atas tu. Tapi nk senang kerja i just roll it. Tips for u bila nk buat inti nenas...jgn masak dlm kuali...msk dlm rice cooker supaya tk meletup letap...

azieazah said...

SOM,
mata ni naik kelaby seee'eyyy dek kerana Kek Keladi kaler PURPLE tu.
Nak kena U ni... asyik goda orang saja.

CS said...

assalam ...

SUE
Indah rasanya bila kita ada kenangan zaman silam, kankankan? Masa my aunty kopek nenas, tertanya2 gak bilalah nak jadi jem *soklan budak2 yg tak sabar*. Anyway, I hope you masih boleh guna voucher tu tak kira kat mana2 Tesco. Boleh gak beli udang rimau, roarrr... hehe..


AHKAK
Bukan you aje dpt biskut raya 'tersilap', I pun, hehe.. I oder 4 jenis tapi dpt 3 jenis (case tersilap pandang sipembuat biskut). Apa pun, kalau takde biskut pun takpe, kita goreng kropok jer pun boleh, kaaan?


AKAK
Thanks for the offer, lap you. Kita minum real kopi bila orang buatkan aje, or else kita minum yg cepat dibuat dan cepat diminum jer sbb kita 'rajin', heheh..

CS said...

QJ
Hanya TB dgn I aje yg suka TN. Anak2 tak suka maka lagilah I suka sbb boleh dpt diorang punya share, hehe. I setuju bahawasanya orang Johor/Temasik jer yang beriya2 suka pada tart epal (tapi kesian kat sibatang cengkih, nasibnya seumpama hilang madu sepah dibuang, ek ek ek??).


LEEZA
Thanks for the tip untuk masak jem nenas. Memang tak sanggup kalau jem duk meletop2 ek? Selalunya tanda yg we all buat atas tart berbentuk diamond, kecik2 comel2 .. Suka!!


AZIE
Awak kata kita goda awak ya? Selama nih awak goda kita cam nak rak dgn tart nenas tu, caner? (berkata dgn tonasi lembut lagi manja. Oleh kerana riraya, takdelah nak jadi angry bird, kaan? Meh kita salam2 meh?*