Wednesday 17 September 2008

Chik and her Baulu Suri ...

Gambar disalin dari 'dapur seseorang'.
Kami panggil Baulu Suri tapi di Indonesia namanya Bingka Ambun dan omputih kata Honeycomb cake. Kuih nostalgia ni sebab ia merupakan kuih feveret kitorang masa kecik2. Dah berdekad tak makan kuih ni kecuali sebulan lepas Mak Engku bawa balik dari Medan. Sebut pasal Mak Engku ni.. (aah, taknak sebutlah nanti kita nangis kang).

Chiklah orangnya yg ditugaskan buat benda2 atau makanan yg rumit sebelum teraju beralih tangan pada kakak2. Mulanya Bak makan kuih tu kat rumah Pak Hashim Mak Jah. Bila dapat resipi tu, Chik tak lengah mencubanya sebab Bak kata kueh tu "spesyel" (sambil angkat ibu jari). Resipi jejemput pun Bak dapat dari kawannya.

Bila Baulu Suri dah siap dimasak maka Chik menjadi selebriti kejap sebab dikelilingi oleh kitorang, anak2 sedara yang dikasihinya ni. Agaknya siapalah akan dapat first slice? Mestilah Bak kan? Bak kan MOTH? Lepas tu Tok. Pangkat Tok jatuh nombor 2 kalau Bak ada, tapi selalunya Tok mesti diberi keutamaan sebab Tok dah jadi Dame gitu. Lepas tu giliran Mak.. tapi Mak ni as usuallah, macam kita2 yg jadi EMAK, selalu menjaga kepentingan anak2 dulu. Aah..syahdunya..

Chik pun gitu juga, biarlah anak2 sedaranya makan atau dapat share masing2 dulu. Chik ni pun dah macam Mak. Chik selalu kata (time dia HOT dgn kitorang) "aku ni tak beranakkan kaurang aje tau..". Alamak! bila Chik keluarkan ungkapan syahdu gitu, maknanya she needs time out.

Kadang2 kedegilan kita bersebab (hihihi). Chik pun patut paham, mana ada budak yang suka baca buku hari Sabtu? For sure bukan budak2 yg duduk kat JB dan jirannya pulak ialah Singapura. Hari Sabtu time tengok tv, bukan RTM tapi TV Singapore. Time tu macam2 cerita dan katun yg PERLU kita tengok. Katun Disney Fantasyland, Flinstones, Popeye, Daktari, Land of the Giants & Voyage to the bottom of the sea. Macam2 yg PERLU ditengok, kan? Tapi kitorang ngaji apaa.. (wpun tertanya2 juga whylah Pak Bilal Minin mesti datang hari Sabtu??).

Let's back on cerita baulu suri semula k? Bila kitorang dah dapat bagian masing2, apa lagi nak tunggu? ngap ajelah kan? Tapi tidaaak.. Kami belek2 dulu penuh kehairanan camanalah kueh tu boleh jadi cantik macam tu. Baulu Suri tu kalau dipotong vertically, rupanya kurang gah tapi kalau dipotong horizontally maka barulah nampak seninya kuih tu (ini pandangan dari mata kanak2 yg mungkin tersangat teruja dgn rupa kuih tu). Cara gigit kueh pun nak kena betul supaya boleh nampak bulat2 kecik yang seakan2 sarang lebah.

Itulah cara kitorang makan kuih tu masa kecik2 dulu. Sekarang mungkin dah tak heran lagi namun kalaulah ada dijual di bazar Ramadhan, I shall angkut and bagi2kan kat adek-beradek terutama pada M, E & K. Mana mungkin nak beri pada M? Alaahai, sedihlah pulak.. Al-Fatihah untuk M, semoga Allah cucuri rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Raya ni raya kedua tanpa M. I miss u so much .. sobx9999.

Sebut pasal Chik. Baru tadi E fone ceritakan perihal Chik. Tak taulah Chik mula nak nyanyuk ke tak. Subuh tadi Chik pegang tisu tapi dia perasan pegang roti kot sebab dia buat seolah2 nak sapu mentiga atas roti. Lepas tu dia basuh kotak tisu. Bila ditanya Chik kata "biarlaa Chik basuh".

Umur Chik 84 tahun pada 28 Ogos lepas. Ni besday 'tarok2' aje. T yg paling ingat besday TokCiknya. Chik jaga D & T sejak baby hingga D sekolah darjah 3 dan T umur 3 tahun. Chik tak pernah kawin w'pun ada gak yg berkenan. Tak taulah betul2 berkenan tapi kakak2 puas gak usik Chik dengan cik Dol (Dol? huhu). Oleh kerana Chik tak de anak, Mak 'beri' T & aruah M pada Chik. Tu sebab Chik macam manjakan lelebih kat T & M. Kadang2 kita jeles gak tapi kita paham hakikat tu.

Biarlah Chik habiskan sisa2 hidupnya tanpa sakit yg terok dan gembira dgn anak2 sedaranya yg 9 orang dan cucu2 sedara yg tak sampai 2 dozen tu. Chik ada 10 orang lagi anak sedara dari anak PakCik M, tapi sayangnya mereka tak ambik pot langsong pada Chik. Never visit her, never ask how she is, never be bothered at all just because their father had a tiff with Chik long2 time ago. When Chik dies, don't you all dare ask whether Chik has left anything for you all...

Haa tu dia, bila CikSom dah naik berang, CikSom sure marah cakap omputih punya.

No comments: