Saturday 27 September 2008

'Gate' comes home...


Post terdahulu 'Gate hilang' dd 30/6/08.

28/6: Gate terjah keluar dari cribnya pada hari T berhijrah ke SA. Dah tiga bulan tu. T selalu tanya tak kira dlm sms/fone "dah jumpa Gate? Dia balik tak?", juga mintak kita jenguk2kan keliling rumah jiran hingga ke padang2 belakang rumah TAPI jawapannya tetap "tak mungkin dia pergi jauh sampai sana", "mmm...dia dah mati agaknya", "tak kuasalah nak cari dia" ..

Ditakdirkan T baca post ni (tak tau bila), sementelah tak berapa hari lagi tiba 1 Syawal 1429H, maka Umi nak minta maaf banyak2 sebab Umi tak cari Gate sepenuh hati jiwa dan raga ... sebab Umi percaya Gate tau jalan balik ke rumah.

Ptg Jumaat baru ni kita drive sorang diri ke bazar. Laluan yg dah 1001 kali dilalui - ada padang rekreasi disitu cumanya sekarang futsal court baru dibina maka setiap petang keadaan disitu lebih meriah. Baru beberapa minit bertolak dari rumah, tiba2 terpandang sekor kucing yg menyerupai Gate turun dari arah futsal court. Brake kereta almost instantly bila yakin tulah Gate!

Bila nama Gate dipanggil 3 kali, 3 kali juga dia menjawab. Mula2 Gate tenung wajah kita, kelip2kan matanya tapi bila kita hampirinya, dia mula berjalan kearah lain. Ada beberapa budak yg sedang bermain futsal cuba nak menolong tangkap Gate, tapi Gate terus pecut kebawah longkang besar akibat kejaran budak2 yg teroverzealous tu.

Bila beritau T kita dah jumpa Gate T menjerit "Umi balik cepat ambik T Miii", namun T tak percaya bahawasanya mata Uminya mampu mengenal Gate. Dah tengok video dirakam kat hp pun masih T tak percaya "ekor dia kembang ntah kucing Persian saper"... "eiii, Umi tau bezakan Gate dgn kucing lain tau" ...

Maka T & uminya mula mencari Gate dari satu lorong kesatu lorong. Beritau T "umi kena cari bubur kacang untuk Abah nih.. dah lewat mesti dah abis" tapi T tetiba termenjerit "Umiii... stop, stop .." apabila ternampak segerombolan kucing2 dibelakang salah satu lorong. T aje yg cari sementara kita duk dalam kereta.

T telefon dari lorong "Umi..memang Gatelaaa. Umi pusingkan keta dekat sikit" dan dalam hati kita berkata "didn't I tell you so"?

Gate cepat aje cair bila dengar suara T, terus mara hampiri T bila namanya dipanggil beberapa kali. Dalam kereta tu macam2lah T menemu-ramah Gate .. terasa nak kahkahkah juga tapi yg satu ni dikira paling klasik, harharhar "Gate.. Gate pegi mana? Gate tak rindu Mama ke........?" (disulami dgn juraian airmata).

Pada 27/9 Gate kembali kepangkuan kami setelah 3 bulan M.I.A. Alhamdulillah, bolehlah Gate menyambut raya bersama kami (tapi sorilah Gate, Mama Gate tak sempat belikan baju raya untuk Gate. Gate pakai baju lama ajelah ehh??)

Sepatah dua kata dari Gate: Unik tak nama saya? Haa..tulaa.. mama meow saya Dot@Bandot (nama sebenar) beranakkan saya kat depan gate karat Wan Umi. Hahaha.. kesian tau Wan Umi masa tu panik gilerr tengok saya dah terpelanting dan terkuit2 kat gate. Susah jugak nak bergerak dgn placenta yg masih melekat kat pusat saya.

Nasib baik Wan Umi dan Kak T aka Mama saya bijak laksana, mereka terus aje potong tali pusat saya guna gunting dapur yg selalu Wan Umi guna untuk gunting ikan, udang, cili kering dan macam2 lagi tu. Dalam keadaan darurat, semuanya possible, kan?

Meow2 untuk Wan Umi, Kak T, Tok Li dan Abhang D. Meow meow... meow..mieuu..mieuu..., ahaks.

6 comments:

Dentist and Me said...

ha ha ha ho ho ho hu hu hu hi hi hi kelako la. tak ada orang komen ! ! !

Anonymous said...

Tak ada orang komen??? Habis tu, lu ni ORANG ke semot? Har3

Anonymous said...

yeay Gate dah balik ye ciksom.. boleh la dia sambut raya ye.. hehe.. ciksom dh balik Melaka ke..?

Dentist and Me said...

eiii melampaw cik SOM ni thau ! tak ske I you know

Dicken said...

Tau sebab apa Gate tak menyahut? Pasal u kasi nama dia Gate. Kasi la Brad ke, baruuu laa ..

Anonymous said...

Nama Gate tak ok ke? Kena bubuh 'S' biar sama cam Bill Gates ke? haha..