Thursday 8 October 2009

berkemas ...

What a day it was! Kalau LG kemas rumah sebab ada inspection, what is it with me that I did my spring cleaning only yesterday walhal raya, duit raya n kuih raya pun dah habis. Actually I've not had a thorough cleaning up of my abode in lieu of hari raya. Bukan malas dan bukan tak kemas langsong but NOW I am in dire need of someone to help me out and it's none other than my part-time helper ...

I sms S a week before raya "bila awak boleh datang?". A week has passed by but received no response still. Fine! (dah mula majuk). Finally after a lapse of 3 weeks "asll mu ala ikum kak sy S. kak apa kabar sehat bsk blh datang". I perasan S guna nombor hp baru. Mesti ada cerita sensasi nih. Anyway, pucuk dicita ulam mendatang tapi tak moh ulam yg pahit2, k?. I pun apa lagilah "besok datang pukul 9 boleh?"

S came the next day, as punctual as ever; in fact 10 mts early. Before start kerja, diharuskan sesi temubual. Apsal awak senyap aje? Dah balik kampong ke? Ingatkan awak dah kena colek tadi. Memula katanya hp masuk air pastu SIM kad pergi tak kembali. Kesian.. dah jatuh ditimpa tangga, tu sebab senyap sunyi aje tapi nasib baik juga dia terjumpa my fone no. terselit dicelah2 .... hehe, kenot tell.

So, bibik Indon dengan bibik Msia sama2 berhempas pulas; 1Malaysia kan? Spring cleaning kali ni I lebih daring, cepat aje kata "buang!" tak toleh kebelakang lagi tak macam dulu; dah buang boleh kutip balik. Begitulah lemahnya hati ini.

Seronok pulak tengok berbondong2 garbage bag berjaya dibawak lari silori sampah. Tapikan.. tapiii.. cuba bayangkan garbage bag tu dipaksa panjat sendiri lori sampah tu tanpa rela dengan muka yang amat masam. Ada juga yang menjerit2 "nehi..nehi" sebab tak mau dibawak pergi silori sampah tuu.. Aduhai, I dapat gambarkan suasana yang menyayat hati ..

Cian bear nih. Nak buang ke, nak beri orang ke atau nak simpan semula? Bear ni ada sentimental value (T dah tak nak namun I masih hang on to its memory), maka I rescuelah dia. Lepas mandi manda pusing2 dalam washing machine, bear kembali bersih dan wangi. Patut ke I simpan bear nih untuk anak D or T? atau I hadiahkan aje pada cucu dari Bukit N tu?

Selama ni I tak simpan pinggan mangkok harta pusaka aruah Mak I ni dengan elok. Tak baik I kan? Bak yang agih2kan setelah Mak takde tapi siapa yang belum kawin masa tu tak dapat share langsong. Pinggan jenis nih menguasai setiap rumah seluruh dunia (kot?). Seingat I ada 3 warna - light pink/green/blue. We all punya light pink. My late MIL pun ada pinggan mangkok jenis nih.. aruah punya light blue, or is it light green? Kalau I tanya TB, mungkin dia ingat..

Nilah trademark pinggan mangkok tu. Ntah2 you all pun ada jenis nih. Baru kejap tadi I google.. Wah, bestlaah.. tak sangka kefemesannya.

Back to sesi mengemas tadi, tak perasan dah 5 jam rupanya kita berdua berhempas pulas non-stop; penatnya OMG! Rasa macam kena dera seharian hangkut kelapa sawit kat FeldaTaibAndak Kulai (mesti mensyen Kulai.. tu tempat Mawi World, kan kan kan?).

I cuba 'pakai kasut S' (tamsilan). I swear I tak sanggup buat kerja macam dia. Penat taw. S tu, tiap hari dia pergi kerja bersihkan rumah orang. She has a few fixed bosses. Bila ada boss pergi holiday, masa tulah dia cari ad-hoc boss. Ndja and I are one of the ad-hoc bosses <- nak juga title nih, hehe.
.
TB dapat free benda 'H' tu bila dia renew insurance kereta. It came at the right moment. Benda tu tolong melegakan sengal2 kat badan nih.. I wish that thing comes with a remote. I tekan aje and it knows what to do.. tapi bila TB yang jadi remotenya, hahaha, penatlah dia sebab kejap I kata "kiri sikit.. aaah, kanan sikiit.. aah..aah.. kat situ.. kuat sket.. kiri..kiri.. aaah".

Kesimpulannya S hepi gilerr sebab dapat macam2. Lepas hantar dia balik rumah, I rasa hepi sebab bermacam2 sebab. Syukur alhamdulillah.

Just for QJ: During temubual tu, I did terjah S "apsal bapak2 kat sana tu nak cari gaduh dgn orang Msia?" blablabla .. Jawapan diberi sungguh menyenangkan hati I. Kalau tak, I dah pasang niat nak ikat dia kat pokok kelapa sawit kat bawah nih ..

6 comments:

ain said...

kak CS...selalunya sy minta tlg maid kwn utk bersihkan umah sy. sy tak berapa berani panggil yg sy tak kenal. klu guna maid kwn, maid tu mesti buat betul2 punya sbb nanti kena marah ngan kwn sy pulak.hehe

mak kita pun ada pinggan tu, kale blue. banyakk!!!

psst..cutenya bear tu..sayang klu akak buangg!!!

CS said...

Betul tu Ain. Memang tak boleh panggil sebarang2. Malang tak berbau.. kan?

Mak Ain pun simpan pinggan2 cam tu juga? Hehe, gaknya southern people aje yg menyimpan pinggan/mangkok cam tu tak?

Queenie said...

Baguslah kalau baik sgt maid tu..clap3....mudah kijer u kan?
I pun pernah tanya kat 'beberapa' indon ttg sebab musabab naper derang nak main ganyang2, apa yg I dapati memasing2 tu wlp jawapannya berbeza2 tp semuanya amat menyenangkan sekali n masuk di akal(tp kdg tu mcmlah dia bercakap dpn org yg tak berotak)...hanya satu persamaan yg terdpt pada mereka iaitu 'cara menjawab', semuanya mencari 'jalan selamat', mungkin kalau soklan tu I tanya disaat kaki dan diri ni kat tanahair mereka, harus2222....

U takyahlah pasang niat yg bebukan tu..usah keruhkan fikiran dan perasaan u terhadap mereka kerana situasi kita jauh berbeza...dah ter lanjur dia baik ngan u, balas jer kebaikan dia sewajarnya, pokonya....pokoknya....ermmm....
pokoknya yah pokok kelapa sawit! nggak gitu buk?

btw, my sister pun ada plate cam u punya tu...tapikan tapiii...kaler dia grey, betul ada kaler grey...
naper? tak caya?

Queenie said...

pst xtra..
biarpun my cleaner tu wat kijer cam tak ikhlas tp sumpah, I mmg ikhlas bila dia mintak mcm2 dari 'kedai runcit' I tu...of course lar hepi gillers hehee...

Cs, hopefully u dont get me wrong, sebenarnya kalu dikampung mereka, mereka lebih teruk bekerja tp fulus tak masyuk, demi fulus apa saja sanggup! sini adalah lubuk emas bg mereka. Kita mmg dianugerahkan Allah sebgai berjiwa lembut sbb tak pernah lalui kehidupan seperti mereka hingga payah bg kita nak terfikir apa yg terselindung disebaliknya kecuali setelah terkena n terkena n terkena...

I'm sorry....am I still ur fren?

Dilip Mutum said...

Thanks for dropping by my blog. Take care. Cheers

CS said...

QJ, of course I am your friend. Seadanyalah kita disini, kan kan? Siapa lagi yg akan komen apa yg I tulis selain beberapa org kenalan yg I memang tak kenal luar dan dalam. Yang memang dah kenal I pun tak sudi memberi sepatah dua kata. Takper, itu bukan menjadi masalah pun. Conclusionnya, I appreciate segala komen yg diberi samada dari you atau dari kenalan lain. Tqvm.

Pasal maid on honor yg diimport dari sinun tu, well... I terima penjelasan you berdasarkan pengalaman you sendiri. Tentunya I boleh belajar sesuatu dan berwaspada. Apa yg you coretkan tu memang banyak yg betul.

Cumanya kelemahan I ni (or mungkin kekuatan?), I suka beri peluang kat orang. Maid yg dtg rumah I tu bukanlah yang terbaik, tu sebab I kena turun padang sama2 'bermesra' berhempas pulas. Sementelah I ni 'boss', maka I boleh curik tulang sesuka hati sambil tengok Sehati Sejiwa, guests Hamid Gorkha n wife. U tengok tak? I belajar sesuatu dari Pak Hamid kita tu.

Nantilah I cerita sedikit sebanyak tentang maid of honor I tu. You baca jer tapi tak perlu percaya.

Bab nak ikat dia kat pokok tu, itu adalah gurauan I dgn dia. Memang I kata "S, kalau awak ikut sama mcm diorang tu, saya ikat awak kat pokok tu" <- sambil pointing kat pokok kelapa sawit tu.


Adam, hoping that your research a success! good luck.