Saturday 17 October 2009

Ulam timun ...

I nak lapangkan dada dulu sebelum bercerita pasal 'muslimah wonderful' eeetu .. Jadinya, for my record, I seronok nak coretkan tentang 'pemakanan' I the last few days which was tergendala just because Sewelkom mengejikan diri! (tergendala bercerita aje bukan bab makan2 tu k?).

Ada yg terpikir I betul2 naik hangin ke? hehe.. Angin tu datang dan pergi, tak sempat jadi toxic pun. I tetap camni .. masih maintain angguuu...n, haha.. maaf, I berseluruh seketika. Anggun tak anggun, lately I amat perasan, semua gambar yg ditangkap guna kamera hp atau kamera yg agak canggih, effectnya tetap sama tak best. Nape ek? Silap kamera kah atau silap pantulan cahaya? atau silap empunya badan tu sendiri?

You cuba peratikan selebriti2 gedik bila bergambar. Diorang sure buat pose senget2 lentuk kan? Sebenarnya tektik bergambar senget/lentuk bagus untuk menutup kekurangan diri. I selalu gak guna tektik tu; mula2 memang berkesan sbb dalam gambar nampak OK aje but lately dah tak berkesan. I bukan 'vain pot' tapi tetap rasa tak syok bila unsur kekenduran sangat terserlah disana sini esp bagian mata. Omputih kata, apa tu.. aibeg? aibeg?.. (voice over: it's abt time ciksom oii, stop being in denial).

My sis who is 10 yrs (repeat: TEN YRS) older than me takde eye bag pun, can you imagine? A bit keji on her part as she never shares with me her tips to delude eye bags; tapikan, tapiii.. I dah tau rahsia dia, hmmm.. it has something to do with cucumber. Ya, mentimun yg kita krapkrup dengan nasi lemak tuulah. No wonder fridge dia banyak timun; ingatkan dia sesaje suka makan ulam tu tapi rupa2nya, sambil menyelam minum air ...


Psst.. pasal cakap melencong2, I am no. 1 .. hehe..

Oct 13 - Jamuan malam @HjR&HjhZai. Ada mee kari, tauhu sumbat, sup gearbox n kueh mueh. I telah digelaktawa oleh gangbassekolah (GBS) @jiran rapat bila I keluarkan 3 helai plastik bag dari henbag I yang sangat comel sebaik saja sesi menapau diistiharkan oleh tuan rumah.

Adakah I ni dianggap tak senonoh dan tak malu pergi ke majlis orang bawa beg plastik? Anda sebagai pembaca budiman berhak menilai .. hehe, I redha dengan segala pendapat, tomahan waima cemuhan <- (jgn lelebih dah, nanti I lari masuk lubang ketam kang).

Oct 15 - My sis jemput adik-beradik ke rumahnya sempena b'day dia yang ke dot3. We all tanya masak apa. Amboiii2.. komain rahsia lagi. Dia kata "adalaaa". Adalaa, adalaaa.. kitorang tak datang, nangis golek2 kang namun kitorang tetap datang, hehe. TB as usual kerja jadinya I kenalah drive sensorang, sigh. Tup2 Ndja yg berhati mulia terasa belas kat adek dia yang tak-lagi-syomel nih, sanggup jemput I all the way from S'ban. Lega I..

My sis menjamu kitorang NasiTumpang. Dia n RitaCoolidge aka co-chef/maid of honor masak semua tu. Nasi ni seakan2 nasi ambang sebab lauk2nya yang muai. Nasi Tumpang warna kuning perisa lemongrass (LG kat Perth mesti tersedak, hihi). Lauk2 nya pulak *drumroll pls* ayam gor berempah, udang gor salut tepung, daging kicap, mihun gor, sambal gor - hirisan lada ijau/merah/udang menjadi teraju utama, sambal tanpa belacan dan last but not least paling best ialah kerabunya.

Syarat makan nasi ni .. Ketujuh2 lauk perlu berlaga bahu dalam satu pinggan. Katanya...


Masing2 beri hadiah to the b'day girl. Saja nak buat dia hepi. Minggu lepas dia bersoksek dgn T pasal nak beli handbag tapi belum sempat TnI pergi mencari tetiba my brother & family hadiahkan dia handbag. Rezeki kan? Agaknya hadiah apa yang paling best dia dapat hari tu?? Hehe.., mestilah datangnya dari I, kan kan?

Oct 16 - Lepas jemput PutGunLed dari SA, I bergegas ke rumah jiran. Az n I rewang ringan2 tolong petik sawi, potong tu, angat nih dll. Majlis makan malam sempena besday encik boss @tuan rumah + wedding anniversary. Juadah? Macam2 ada and I mean m a c a m - m a c a m!

Dalam 1 malam I kena attend 2 majlis tanpa berteman. Nasib baik rumah2 tu dekat aje dari rumah I. Takdelah risau orang jahat nak kidnap I ke ape bila jalan malam sorang2 :-)

Sebelum kemajlis pukul 9 tu, I pergi dulu majlis Diwali my jiran .. just nxt door. Dah nxt door, mana boleh buat excuse "sori I tak dapat datang sebab I ada another open house", tul tak? I pergi solo kemajlis tu sebab TB cam biasa - pergi kerja mencari rezki yang halal.. (muah, cayang TB, heheh).

Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rezeki ... semoga segalanya berkekalan. Amin.

9 comments:

Naz in Norway said...

Cik Som,
I baca entry you hari ni, dapat effect *bling! bling! bling!* ala ala paparazzi....sebab soooo happening!

Queenie said...

Timun tu kalu dah guna, Cs watper?
simpan balik n guna balik or....wat cicah sambal belacan? hek3

Ibu n Abah said...

Nampaknya sedap nasi tumpang tu... nanti kalau pergi solo lagi, boleh akak tumpang?...

ain said...

kak cs...selain timun. akak juga boleh guna teabag yg dh guna utk letak kat mata!! cubalah kak. makin cun nanti!!!

ceriaWAN said...

kenapa timun? kenapa tak tembikai ker.. terung ker.. petola ker..durian ker..

CS said...

Naz, bling3 almaklum menyambut Dewali kot?


QJ, hirisan timun terpakai selalunya dibuang aje tapi kalau tak nak membazir, I sarankan buat pickle makan dengan burger ramli. Hehe,amacam? baca boleh percaya jangan!


Ibu&Abah, insyaallah you boleh tumpang makan nasi tumpang bebila I tersolo, tapiii you duduk mana ek? Kalau sehala ok aje, kalau beberapa hala, aduhh..keras I kat jln raya nanti.


Ain, ye ke? U sure can try that at home?? Hilang nak cun jadi lebam plak? hehehe ngeriii...


Mr CeriaWan..Tak semua org suka minum jus timun taw.. so bubuh hirisan timun kat kelopak mata is as good. Gitulah kira2nya.

P/S: Teringin nak tengok CW bubuh kulit derian kat mata.. MMS I ok? har3

Unknown said...

Bawak plastik ok jer... Tapi kan, kita ada bekas yg lagi comel dari tupperware. GoFlex. Boleh dikempiskan dan disimpan dalam bag, after tuan rumah announce kan waktu untuk tapau.. baru kuarkan dan boleh jadikkan dia bekas untuk tapau makanan... heheheh. Kalau selalu ada aktiviti tapau ni.. sesuai sangat bawak dalam handbag... hehehe.

ala kak som.. your sister sangat rajin.. Kiter pun dah ada aibeg ni.. hahahaha

ceriaWAN said...

err.. skrg ni bukan musim derian jadinya susah nak dapatkannya di dusun dan pasaran.. hehehe..
kulit tembikai pun bley kan..kan..kan???

CS said...

CikSom, selain Tup'ware, ada ke jenis plastik yg boleh dikempis2 kan tu? Psst, boleh tak tampal gambo plastik kat blog you? Kalau murah, nak gak beli sekilo dua <- dasar pentapau terlampau nih, haha..


CeriaWAN.. camana kat Jaiyen ada jual derian berpeket2 sedangkan CW kata takde musim derian lagi? Haaa... teeepuuuu kita ehhh?

Alternatif to kulit tembikai is kulit limau bali .. har3, sure cun!