Thursday 1 October 2009

October babies ...


Selalunya dia tak pernah nak mintak apa2 hadiah tapi kali ni dia mintak besday kek yang disaluti .............. OMG, camana I boleh lupa nama benda alah tu? Adoii... terok betul my kotak memory nilaah!!.

Nevermind, kali ni I tak nak tanya T, Ndja or even Teh. Biar I google aje as always. How to get the name right? Well .. sambil mengeluh panjang. Katanya mengeluh tak bagus eh? Just last week masa I pergi rumah Teh, while watching TV (namun minda melayang2), tanpa disedari I mengeluh, a deep one. My SIL tanya kenapa mengeluh? If only she knew what had happened before I went to Teh's house, she would geleng2 her kepala. Takper, I spare her from getting migraine.

I pun cubalah berfalsafah just so to distract her attention from mencungkil APAKAH yang bermain2 diminda masa tu. Dengan berhati2 macam bijak sangat I pun berfalsampah "mengeluh is a way to express the unspoken words....". Short and sweet aje kan?

Where was I? I sepatutnya bergoogle tadi kan? Tulah you all nih, you always make me talk talk and talk yang tak relevant. I tak suka cakap banyak. Takut gak nanti orang kata "apa2lah dia nih, membebel aje" BUT on 2nd thought, this is my blog khaaaan? As long as I tak masuk rumah I ikut pagar orang, tu dah dikira baik. Tul tak?

Tapikan tapiii .. masa we all duduk kat Jalan M seketika dulu, rumah yang kawasannya luas tidak berpagar, terus tidak berpagar ala Bel Air. Bak tak setuju kawasan rumah dipagar. Biarlah diorang masuk rumah via kawasan kita. Buat amal jariah pada jiran sebelah menyebelah. Kek - pagar - google = ada kena mengena ke? hehe..

Ehhh.. where was I? Apa sebenarnya I patut buat tadi ehh? Nilah kalau tak fokus; buatlah satu kerja dulu, bila dah habis - sambung lagi satu. Jangan buat kerja bertindih2. Nasihat pada diri sendiri, tapikan tapiii.. bukan ke SEMUA surirumah (yang mithali dan yang tak berapa cam I) selalunya buat kerja bertindih2 gitu? Multi-tasking atau nama Melayunya menyambil? Dalam 1 jam, 8 benda boleh selesai, done!

I dah google tadi. I taip 'almond paste is called ' .. Blablabla ... yes, the word is MARZIPAN. Camana I boleh lupa?? Back to cerita besday kek tu, yang teringin nak makan kek disaluti marzipan tu is none other than MOTH aka tuan besar aka CikLiku <- bukan 'liku2' hidup taw .. (dan I tau ada kawan I sorang tu akan selebret besday TK dia, auwww).

Tengah tulis ni, tv tunjuk majlis pertunangan UmiKalsom aka UmiAida. Lawanya dia. Orang dah lawa, ditambah lagi dengan nama yang lawa .. ahaks.. bertambah2lah lawanya. Jeles I!

Hari Sabtu ni I ada 2 jemputan yang bertindih. Satu kat Bukit N, satu lagi kat Bukit T. Nampaknya I kena pilih majlis bertunang over majlis open house. Nephew I nak bertunang .. yeayyy..

Cerita pasal besday kek masih belum tamat. Semalam T anta pesanan ringkas yang tak berapa ringkas "Umi, t dah oder choc kek for my bday. 2kg RM60". 2kg? Siapa nak makan? Katanya lagi "kita beri adik beradik Umi dan jiran2". Mulianya hati diaa..?

T ni bagus kerja kat pasar borong. Beli banyak dapat harga murah.

14 comments:

kak ja said...

"..(dan I tau ada kawan I sorang tu akan selebret besday TK dia, auwww)."

Awat I terasa bila u kata mcm tu, CS? hehehe..

Queenie said...

Napeer la mengeluh2 tu ciksom oi,
tp falsafah tu hanya boleh dilahirkan oleh org2 yg betul2 bijak, tak gitu?

CS said...

Ja, you terasa ke? Feewit! Jgn lupa mandi pagi taw, heheh.


QJ, sometimes mengeluh does wonder to the soul.
Falsafah hanya boleh dilahirkan oleh org2 yg betul2 bijak, I setuju; manakala falsampah pulak? gugugaga..

Naz in Norway said...

Marzipan?!!!
I dengar je dah sakit gigi :D
Tapi memang cantik kan?
I baca post ni macam duk nampak nampak you dok pot pet pot pet .. haha!

anneaziz said...

Cik som (lama tak pangge u cik som!)

Kawan i selalu kata, bila ada perkataan tersekat kat minda tapi tak dapat keluar di mulut... u kena makan GINGKO BILOBA!

HA, kau! Banyak lah gingko yang dia makan...kadang2 seminggu baru dia ingat apa dia nak bitau i!

2kg = RM60...bunyi macam kek Secret Recipe jer?

Anyway orng yang nak sambut besday TK tu tak penah buat kek tau? I dare dia kali ini,,,buat lah kek buatan sendiri!

CS said...

Naz, boleh dikatakan I tengah potpetpotpetlah tu, hehe. Minda melayang2, nak tulis serba tak kena, tup2 .. tulah jadinya.
Re: Marzipan. I think I nak buat sendiri (rajin ke I ni?). I gi beli marzipan and I uli leper2; pastu I salut over kek kukus yg I sedia ada. OK tak?


Anne, panggillah nama tu selalu2, I sukerr..
I make sure later I gi makan ceekang. I'll make sure AhSoh kasi lebih gingko biloba, tapikan tapiii since your fren remains pelupa wpun dah makan berkati2 GB tu tanpa kesan, I resort to makan kismis ajelah ehh?

Kek tu is home-made one.. not SR's.

(pssst Anne.. kalau beliau tak penah buat kek, abis tu beliau watpe? Berblogging ke? heheehee..)

ain said...

kak CS...sy pun suka mengeluh kak!! pas hubby btau tak baik mengeluh2 ni. tp saya setuju ngan kak CS, mengeluh is a way to xpress the unpsoken words!!! a way to release tense!!hehe

3E said...

Aunty CS....awat ngeluh2 ni...tak baik tau...happy birthday to T...

CS said...

Ain, you setuju ke? hehe, bagus, bagus.


3E, ada sebab nape I ngeluh2. Salah satu sebab kerana you tak buat quotation untuk kueh chiffon tu.
Tq for the wish tho bday T a bit later. Bday TB comes first..

Spices of Life said...

i malas nak google , apa tuh marzipan?
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya nenek to be baru nak belajar,
kalau salah tolong story me kan.

kak ja said...

Cik Somku syg,

I tak buat kek, I cuma buat tatau!! hehehe...

Nnt skali I tunjuk bakat terpendam dan terendam I, terkezut org tu!!

anneaziz said...

Cik som....

i nak ngadu pasai orang yang tulis kat ataih i nihhh....tu yang kat ataih tu....

Bakat dia kan bukan saja terpendam dan terendam...rasanya langsung tenggelam takkan muncul2 lagi dah dlm millenium nih!

mrswongjowo said...

So conclusion nye cake tu jadi cake tak? Mana lah tahu in between dia bertukar jadi benda lain...:)

CS said...

Azieda, almond paste is called marzipan. You kena gak google, mesti mesti mesti. I tengah buli you nih..hehehe..


Ja, cepatlah tunjuk bakat terendam tu. Nanti I bolehlah buat2 melatah tanda betapa terkezutnya I, k?


Anne, you ganazz tau. You tak sedih ke kalau adik you majuk lari berkaki ayam ke BatuCaves? Ooops, I mean ke BatuBelahBatuBertangkup?


MrsWJ, you ni mcm tau2 aje kebolehan I menge'kek'. I tak buat apa2 pun. Now at 9.28am, tetiba I teringat today is his bday. LUPA nak wish dia pagi tadi. Sigh.. harap dia tak majuk, hehe.