Friday, 27 March 2009

Pemesin rumput 1.2


Chup!!..masih nak cerita kisah pemesin rumput lagi laa. Kenapa Hasan jadi pilihan? Well.. Hasan ni sedara Nabil (sedara camana tak ketahuan .. diorang tu bukan betul, sepupu abang ipar tiri jiran pun diorang kata sedara, kih3). Nabil has 'can-be-trusted' look, lagi pun dia ada aura Rithik, cam budak baik aje. Since Nabil baik, diharap sepupunya Hasan pun baik juga.
Kiranya my sis n I jadi pelanggan tetap Nabil/Hasan.

We all sengaja tak terima pemesin rumput yang lain sebab Nabil/Hasan dah tau apa nak buat dengan tanah sekangkang kera tu. Contoh: cabut daun kering, potong ranting mati, pruning dll. Itu di rumah my sis whereas rumah I, sebelum sesi bermula I kena alihkan kereta dari drive-way supaya lapang untuk penempatan sementara kucing2 dalam kandang. Kesian kalau batu kecik terpelanting kat mata diorang, tak pasal2 jadi Moshi Dayan plak, hehe. Hasan knows what to do.

Serupa halnya kalau kita dah selesa dengan tailor atau dentist, in this case gardener.. tak maunya kita nak tukar2 lain, kan? Sometimes it's not because they are so good, but it's more for convenience sake. It helps soothes my jiwa n raga by having one and only gardener for I dont need to explain what to do over n over again. Kalau setiap kali yang nak mesin rumput tu orang baru, tak ke letih? Lepas berbueh2 kita bercakap, dia pulak tak faham..
Bab bayaran sensitip sket. Dari mula, we all beri Nabil lebih dari gaji sepatutnya. Semakin lama, hinggalah time si Hasan nih, diorang dah seronok dibayar 'lebih' walhal servis yang dibuat tidak sentiasa sama (bukan setiap bulan kena potong ranting atau kembur2kan tanah dalam pasu).

Sejak dua menjak, Hasan datang dengan sepupunya yang baru tiba Msia. Dia gadai tanah disana, duitnya diguna untuk datang kesini tapi kena tipu maka dia takde kerja; and Hasan comes to the rescue. Hasan selalu datang berdua, tapi patut ke I bayar servis untuk dua orang? My answer is tak patut w'pun I kerap juga guna budi bicara sendiri.

Setiap kali sebelum/selepas Hasan buat tugas ad-hoc, I mesti tanya ..

I: berapa awak charge?
H: suka kaka (sejak bila I jadi Ricardo Kaka? kahkahkah)
I: saya tanya betul2, kalau awak kata 100, tapi saya takde 100, macamana?
H: (tersengih2 tak tau dia malu, serba salah atau tak puas dgn gaji yg I offer) ... suka kaka, saya tak cakap apa2.

(sesi berdialog memang panjang, den tak larat nak tulis)

Setiap transaction, I mesti tanya "awak setuju tak?". Hasan: kaka kasi saya ambik juga. I: halal ya?. Hasan: Kaka kasi saya ambik, halal, terima kasih .. Assalamualaikum.


P/S: Santi kerja 5 jam dapat RM50-70 (lunch/drinks free + hantar balik rumah). Pemesin rumput kerja lebih kurang 1 jam nak dibayar RM50-80 (hanya kerana dia datang berdua dengan sepupu sebelah .. haha, sebelah saper ek?). At one time after much persistent, terkeluar juga dari mulut Hasan "200". Ngamok my sis .. maknanya rumah my sis and mine, dia charge RM150 n RM50 respectively. Tu sebab I suka panggil diorang "Expats"..

P/S: Kita nak juga buat pahala pada musafir, tapi ... menduga kesabaran juga ya?

No comments: